Tuesday, 8 November 2016

BRIDGESTONE BATTLAX HYPERSPORT S21 SPORT TIRE REVIEW

Setiap biker akan sampai waktu dan ketika dalam dilemma bila time nak tukar tayar. Mana tayar paling murah tapi quality superb and tahan lama. Dah jadi kewajipan tiap2 tahun mesti kena tukar baru, (bagi akulah) option untuk tayar secondhand memang tak pernah terlintas sebab banyak risiko.
Masa mula beli CBR600rr 09, Madani bagi Michelin Pilot Power 3. Sepanjang aku guna memang xde masalah, dan tak sangka mileage pun tinggi jugak aku dapat ngan tayar nie. 1st time guna, mileage terakhir yg aku dapat lebih kurang 18k KM, so aku pun tukar tayar yg sama tapi untuk rear sahaja. Depan boleh pakai lagi time tue, nak jimat kononnya hahahaha tp lepas beberape ratus KM tayar depan dah start mintak tukar.

Punya la mencari merata untuk tayar depan nie, sebab aku prefer guna tayar brand yang sama. Semua takde stock, tapi dah terdesak dah nie. Alkisahnya, setelah mendapat nasihat dan cadangan dari member, aku cuba S20 Evo. Dari situlah jatuh hati dengan Bridgestone.
Maka bermulalah perjalanan selama setahun untuk kitaran menukar tayar. Setelah 12,938 km ini hasilnya.

Kenapa sikit sangat mileage kali nie? Hehehehe… Nampak tak bunga tepi tue?  Tebal yang amat. Tahun lepas tahun paling kurang pergi meleper. Banyak main highway je untuk balik kampung. Betul2 pakai sampai habis tahap tunggu meletup je tue. Tayar depan biasala, bunga banyak lagi. Aku pun contact lah otai bikers yang lain mintak pandangan. Kebetulan S21 baru beberape bulan masuk Malaysia dan review kat MCN cakap tayar nie superb. 

Highlight untuk tayar nie ialah dual compound (3LC) untuk front tyre untuk higher grip ketika meleper dan triple compound (5LC) untuk rear yang menjamin better stability dan durability. Tayar S21 nie lebih lebar dari tayar biasa untuk better contact patch pada permukaan jalan. 

24 September 2016

Lokasi kedai yg dipilih ialah Takong Racing kat Cheras.  Servis terbaek! Waiting time tak lama dan yang paling penting skali harga! Jumlah kerugian tayar 1 set 120/70 (front), 180/55 (rear) adalah RM1155 + Valve RM20 = RM 1175 *termasuk GST. Kali nie tukar 1 set terus, senang dan menjimatkan masa. Tayar depan yang lama aku sedekah je pada yang memerlukan.

Seperti biasa, pomen mesti pesan “tayar baru, jangan coner laju haa” hahahaha jawapan aku standard “ini orang bawak slow, lutut tak pernah sampai jalan tau” Ondaway balik, terus ikut jalan jauh untuk ke rumah dengan harapan dapat la buang lilin tayar baru. Tak boleh test meleper lagi, ingat pesan pomen, jatuh tak berbaloi wei. Sampai rumah terus snap gambar.

Keadaan tayar lepas balik dari Takong.  Banyak rambut lagi, hehehehe.. Dalam seminggu nie pergi balik office naik cbr untuk membuang lilin. Sepanjang minggu nie belum test meleper dengan tayar nie lagi.

3 October 2016 (Road Test)

Hari yang dinanti tiba. Road testing untuk S21 Battlax. Destinasi yang di tuju adalah Genting, sebab paling dekat. Macam biasa port RV BHP karak.. tunggu member CBR1000rr. Dari BHP Karak ke kaki Genting digunakan untuk panaskan tayar. 1st impression dengan S21 ialah stabil. Terasa confident bila meleper. Grip level sangat memuaskan. Turn in rate pun senang dengan excellent feedback. Every corner terasa stabil bila braking. Untuk measure lean angle aku guna app kat phone “Diablo Super biker” dan phone diletakkan dengan velcro di atas tank untuk better accuracy. 


Pitstop kat kitorang kat Nanyang Kopitiam Genting Permai. Minum dulu! Lepas Sejam kitorang pun sambung meleper balik ke rumah masing-masing.

8 October 2016 (Trackday Test)

Hari nie aku diberi peluang oleh MOS untuk masuk trackday anjuran Trackday at Sepang. Special thanks to Nic Wang. Peluang macam nie susah nak datang selalu dan tak boleh miss.  Aku join sessi pagi. Pengalaman masuk track nie akan aku cerita dalam next posting. Sebelum masuk track aku dah kena warning jangan push sangat tayar nie sebab tayar nie dibuat untuk road bukan track sebab takut tayar overheat. Pressure tayar depan 30 PSI dan belakang 28 PSI untuk lebih grip bila tayar dah panas. Nubis kubis macam aku nie menganguk je tanda faham. 1st time masuk track so ikut je cakap otai, jangan melawan. HAHAHAHA.

1st Session is sesi pengenalan untuk track Sepang. Sepanjang session nie tayar tak memberi sebarang masalah. Nic guide aku sepanjang 4 lap. Aku share overall result


Level grip memang sangat memuaskan. Confident level naik.. Setakat nie belum lagi rasa geli-geli kat tayar depan mahupun belakang.

2nd Session. This time aku nak improve sket the timing and push lg tayar nie mencari limit. Nic dengan baik hati telah rakam session aku this time. 

 

Aku share jugak result by lap.

1st Lap – Panaskan tayar.. tak susah pun sebab pada masa tue dah around 10 am lebih, so track condition dah sangat panas.

2nd Lap – On this lap aku dah start push sikit. Confident level dah high sebab S21 punya grip sangat stable at the moment.  

3rd Lap – ini boleh dikira as the peak la.. aku memang push abis tayar nie. Time nie dah mula rasa geli-geli kat front and rear. Especially bila heavy breaking masuk turn 1. Tayar rasa macam span wei! Exit corner mesti rasa tayar blkg macam spin lebih. 

4th Lap and 5th Lap – Time nie dah kurang sikit sebab tayar memmg rasa dah tak boleh pergi, so aku rilek sikit and tak push dah macam 3rd lap. Korang boleh notice timing dan lean angle makin tinggi.

3rd dan 4th Session takde sebab aku dah tergolek- golek kat turn 15 masa 1st lap of 3rd session. Hahaha Itu cerita next posting tapi aku share sket 1 gambar, kebetulan jatuh betul-betul depan photographer. Bukan salah tayar tayar tapi salah tuan moto silap raceline and overconfident turun lebih sangat dan xcukup skill lagi.


Overall, S21 memang bagi aku kepuasan dari segi stability dan grip tahap tahap ketahan dalam track, korang best dalam 3 to 4 lap je la.. lepas tue tayar dah overheat.  Bukan silap tayar sebab tayar nie dibuat untuk road condition bukannya track, so expectation jangan tinggi mengunung sangat bila pakai dalam track. Last gambar yang aku share keaadan tayar lepas trackday. 


-Adan-