Monday 25 December 2017

Berhati-hati apabila menyebarkan mesej berkaitan boikot McD


Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, operator francais McDonald telah membuat laporan polis bagi menangkis seruan untuk memboikot restoran McDonald melalui media sosial. Mereka juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan syarikat tersebut tuduhan bahawa McDonalds Malaysia menyokong Israel adalah palsu dan fitnah. Katanya juga bahawa sumbangan McDonald di Amerika Syarikat melalui Jewish United Fund (JUF) adalah dibuat melalui suatu program “Matching Gift” yang dibuat pada tahun 2014 yang membenarkan syarikat untuk memadankan (matching) niat sumbangan pekerja-pekerjanya itu dengan penerima sumbangan. Sebanyak 2000 derma telah dibuat di bawah program itu dan hanya 3 derma daripada pekerjanya yang padan dengan JUF. Ada juga derma lain yang padan dengan badan-badan kebajikan Muslim.

Laman web McDonald United Kingdom juga menafikan ada membuat apa-apa sumbangan kepada JUF atau apa-apa badan politik atau apa-apa yang berkaitan konflik politik atau keagamaan.

Antara yang menyeru supaya diboikot McDonalds ini adalah laman web www.inminds.co.uk, Viva Palestina Malaysia, laman fb Aqsa Syarif, mycare.org dan lain-lain. Sejauh manakah benar dakwaan mereka itu? Tuan Puan boleh membuat penyelidikan sendiri berkaitan hal ini.

Dari sudut undang-undang, setakat kajian yang banyak dimasukkan dalam internet ini masih belum menampakkan bukti yang cukup bahawa McDonalds Malaysia menyokong Israel. Dalam kata lain, jika McDonalds Malaysia menfailkan tindakan fitnah ke atas NGO ini maka setakat bukti yang telah dibentangkan itu belum memadai untuk memberikan mereka pembelaan justifikasi atau komen berpatutan.

Dalam satu-satu kes yang melibatkan kausa tindakan fitnah (defamation), plaintif perlu membuktikan tiga elemen utama iaitu bahawa kata-kata fitnah itu merujuk kepada plaintif, kata-kata fitnah itu bukan sahaja tidak benar malah ianya telah menyebabkan orang kebanyakan akan memandang rendah kepada plaintif dan akhir sekali bahawa kata-kata fitnah itu telah disebarkan kepada pihak ketiga.

Setelah plaintif membuktikan ketiga-tiga elemen ini maka defendan perlu mengemukakan pembelaan mereka. Antara pembelaan yang lazim dipakai adalah pembelaan justifikasi, komen berpatutan atau lain-lain. Justifikasi ini bermakna bahawa defendan boleh membuktikan bahawa kata-kata fitnah itu bukannya fitnah tetapi ianya adalah suatu perkara yang sebenar.

Selain tindakan fitnah, McDonald juga boleh menggunakan kausa tindakan lain dalam undang-undang tort berkaitan ekonomi. Dalam tort berkaitan ekonomi ada tiga jenis tort yang biasa digunakan iaitu konspirasi (conspiracy to injure or conspiracy using unlawful means), campurtangan tidak sah dalam perniagaan (unlawful interference with trade), pendustaan yang berniat jahat (malicious falsehood.)

Konspirasi ini berlaku apabila dua atau lebih orang melalui perbuatan mereka telah berbuat sesuatu untuk mendatangkan kemudaratan ke atas kepentingan orang lain.

Manakala, campurtangan tidak sah dalam perniagaan adalah keadaan yang mana satu pihak contohnya, (A) telah melakukan tort ke atas pihak yang lain (B) jika (A) telah berbuat sesuatu perbuatan yang tidak sah di sisi undang-undang yang menjejaskan (c) dengan niat untuk menjejaskan kepentingan (B) dan berikutan itu kepentingan (B) telah terjejas teruk.

Contohnya dalam kes Lumley & Gye (1853) 2 El & Bl [119 ER749), wujud suatu kontrak antara plaintif, sebuah syarikat opera dan Miss Wagner, seorang bintang opera terkenal. Miss Wagner telah diupah untuk membuat persembahan di Queen's Theatre, London. Walau bagaimanapun, sebuah syarikat opera lain telah memujuk Miss Wagner untuk menyanyi dengan operanya dan Miss Wagner telah membatalkan kontrak asal dengan plaintif sehingga plaintif mengalami kerugian teruk.

Manakala, pendustaan yang berniat jahat pula berlaku apabila seseorang itu secara berniat jahat (malice) telah membuat suatu kenyataan palsu dengan niat untuk memusnahkan reputasi atau nama baik seseorang atau sesuatu syarikat dan sekaligus menyebabkan kerugian daripada segi ekonomi. Niat jahat itu boleh dibuktikan jika plaintif dapat menunjukkan bahawa orang itu tahu bahawa kenyataannya itu tidak benar atau cuai dalam kenyataannya sedangkan beliau mempunyai kemampuan untuk mengesahkan kenyataannya itu.

Dalam kes McDonalds ini nampaknya kes pendustaan yang berniat jahat itu nampaknya lebih relevan berbanding tort yang lain.

Oleh itu, jika McDonalds Malaysia mendapati mana-mana kausa tindakan ini sesuai maka McDonalds Malaysia boleh menyaman pihak atau NGO yang berkaitan itu bagi mendapatkan keadilan bagi pihaknya.

Selain itu, harus diingat bahawa melalui laporan polis yang dibuat oleh McDonalds Malaysia itu bahawa suatu tindakan penyiasatan jenayah boleh dibuat ke atas NGO yang berkenaan. Sekiranya ada bukti yang mencukupi NGO yang dilaporkan itu terdedah kepada pendakwaan jenayah. Lazimnya, pihak pendakwa raya akan mendakwa orang yang membuat sebaran palsu tersebut atau pegawai NGO terbabit.

Pendakwaan boleh dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kesimpulannya, maklumat mengenai boikot McDonald atas alasan McDonalds menyokong Israel itu masih berstatus samar-samar dan belum mempunyai bukti yang konkrit yang boleh dipertahankan di Mahkamah. Jika saudara/i ingin memboikotnya itu secara peribadi itu adalah pilihan masing-masing. Tetapi jika saudara/i ingin menyebarkan maklumat berkaitan boikot McDonalds itu di mana-mana media sosial maka saudara/i mungkin menghadapi risiko untuk didakwa secara jenayah atau sivil.

Oleh itu, dinasihatkan orang ramai berhati-hati apabila menyebarkan mesej berkaitan boikot ini. Jika saudara/i tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menyebarkan maklumat tersebut maka lebih baik saudara/i hanya berdiam diri sahaja. Usah pergunakan sentimen agama untuk menjustifikasikan tindakan boikot itu kerana alasan sedemikian tidak mampu dipertahankan di mahkamah. Setakat ini pun, belum ada mana-mana mufti yang mengeluarkan kenyataan menyeru untuk memboikot McDonalds. Maka dalam hal ini, berdiam diri itu lebih mulia dan lebih dekat dengan taqwa jika saudara/i sendiri tidak mampu mempertahankan maklumat boikot McDonalds itu.

Friday 22 December 2017

LCCT benci OKU


Masih segar dalam ingatan aku, LCCT yang lama sangat sempit, panas, dan tidak teratur. Dari beratur ketika untuk check-in bag sehingga ke untuk ke gate perlepasan. Aku juga masih ingat disuruh untuk pergi buat check-in melalui kiosk mereka dahulu sebelum mereka dapat meneruskan proses check-in aku. Selepas aku dah beratur lama dalam queue yang panjang! So aku pun terpaksa lah check-in dekat kiosk diorang lepastu beratur balik untuk check-in bag. Hadoi.


Riuh-rendah dengan suara passenger dan staff diorang, macam pasar malam! Lepastu, lalat juga penuh di area luar terminal. Tak tahu kenapa.


LCCT ni jugak sangat lah tak user-friendly untuk orang kurang upaya especially those yang naik wheelchair. Yelah, macam mana diorang nak bergerak dari gate ke kapal terbang yang terletak jauh di tarmac. Kalau hujan, memang menyusahkan. Terpaksa lah menghadap hujan demi nak masuk dalam kapal. Lepastu, nak kene naik tangga lagi. Siapa nak angkat diorang untuk masuk dalam kapal terbang time hujan-hujan camni. 

Sebab tu diorang pernah protest, supaya disediakan “aerobridge’ untuk memudahkan proses pergerakan daripada gate untuk terus masuk ke dalam kapal terbang tanpa perlu turun dan naik tangga. Aku ni yang cukup sifat pun lebih prefer untuk gunakan aerobridge. Lebih cepat dan selamat. Yelah, kalau hujan lebat siap petir, mahu tak kene sambar petir. Mampus aku.


Lagipun kalau difikirkan, LCCT ni dulu kecik je. Memang pack nak mati. Macam mana AirAsia sebuah airline yang dah berkembang maju ni nak teruskan dengan beroperasi kat LCCT kan? Kapal terbang dah bertambah beratus-ratus, tapi still nak operate dekat LCCT? Kau ghase?! 

Elok je aku rasa KLIA2 ni. Memang airport ni besar, tapi AirAsia sendiri pun semakin berkembang. Kene la ade airport yang elok untuk menampung pertambahan penumpang. Walaupun aku ni takdelah travel seluruh dunia, airport lain pun besar jugak. Tapi cuma orang kita je yang banyak complain banyak sangat yang tak betul.

“Agungnya” LCCT di mata AirAsia.


Sorry Tony, tak agung bagi aku dan pada ramai netizen lagi. Padatnya wei! dah macam pasar malam and puduraya suatu ketika dahulu. Bayangkan airport ada aircond tapi kita nie berpeluh bagai nak gila, dengan tak selesanya berhimpit dengan orang. Itu ke level service yang AirAsia nk bagi kat kami sebagai penumpang? Walaupun komplen pada sesuatu produk/service tu di kira normal, komplen terhadap LCCT adalah yang paling win!

Ni luahan netizen di media sosial:

Kotor, ‘crowded’, sempit, panas, bahang, usang, buruk, tiada tempat untuk berehat adalah antara bende2 yang orang ramai kongsi masa diorang datang ke LCCT. Dan aku perati je semua komplen tu bertambah-tambah dari sejak LCCT wujud lagi. (LCCT takde fb lg untuk korang troll waktu tue hahaha) 
Aku ingat orang kita je yang dok bising2 komplen, orang luar yang datang ke LCCT kita ni pun tunjuk rasa tak puas hati dengan keadaan & kemudahan yang tak semenggah ada kat LCCT ni. 

Aku ni jarang nak komplen bising2 pada sesuatu perkara, tetapi bila pasal LCCT ni..aku memang sependapat dengan netizen dengan yang lain sebab aku ada pengalaman yang serupa macam diorang.

Sedara - mara aku toksah cakap lah, dari semasa ke semasa bila jumpa diorang memang luah benda yang sama. So, aku tak terkejut bila ramai orang benci LCCT. Memang teruk pun airport tu. Cukup lah dengan banyak pengalaman yang tak bagus semasa kat sana. Aku dah give up lama dah.

Mari kita baca lagi luahan netizen yang lain:

Ramai jugak yang kata you get what you pay for. Tapi untuk level LCCT sebagai airport budget kena amik kira jugak keselesaan penumpang. Ini bukan bus stand tepi jalan!

So, selepas luahan & komplen yang berterusan pasal LCCT, patut ke AirAsia bina airport macam tu? korang sendiri dah tahu jawapan dia.

-Social Ninja

Now Everyone Can See: AirAsia Tipu lagi


Kecoh kat Facebook pasal PSC KLIA2 sampai ada page “Move Against Mavcom” dan ada satu Airline je yang bising pasal PSC nie. Semestinya AirAsia dan aku yakin page ini diwujudkan oleh AirAsia jugak. 

Kenape perlu tipu penumpang? Kenape suka putar belit alam tentang PSC. Part yang paling tak masuk akal kenapa bandingkan KLIA2 dengan airport Changi berdasarkan fakta yang salah. 

Hari tu Aziz Laikar menipu, cakap di KLIA2 tak cukup kemudahan seperti kerusi, padahal penumpang kena duduk luar sebab AirAsia yang tak benarkan diorang duduk kat waiting lounge. Baca Sini

Sebab paling jelas ialah AirAsia tak nak bayar airport tax sama dengan airline lain. Sampai bila AirAsia nak makan subsidi tax? Tak malu ker makan duit rakyat untuk kepentingan sendiri?


Sikit-sikit nak compare dengan Changi, cakap sana kena bayar S$19.90 je, tapi AirAsia lupa orang Singapore pun ada Facebook dan diorang pun boleh komen yang kat Changi sebenarnya kena bayar:

PSC – S$19.90

Aviation Levy – S$6.10

PSSC (Passenger Security Service Charge) – S$8.00

Total kena bayar: S$34.00 = RM103.00 (ape gila?)

Korang tengokla sendiri. Kat Changi, kau transit pun kena charge. Kat Malaysia satu sen pun tak kena.

Keempat-empat terminal Changi Airport memang semuanya S$35 (RM103) walaupun berbeza kemudahan. AirAsia patut tahu yang Changi Airport juga tidak lagi menyediakan budget terminal ala-ala LCCT puduraya pasar malam (S$15) yang digantikan dengan Terminal 4 (S$35) untuk keselesaan dan keselamatan penumpangnya.

Aku nak tanya kau Tony tapi ko block aku pasal complain flight delay.. hahahahaha



-Social Ninja

Uztaz Zul Pandan Temui Kebenaran Disebalik Boikot McDonald's


Pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran (Mcdonald Malaysia)

Hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran (Mcdonald Malaysia).

Jawapan dari mcdonald mengenai status mereka.

1- Mcd Malaysia,Singapura dan Arab Saudi adalah milik muslim 100%.

2- Owner Mcd malaysia adalah lionhorn pte ltd syarikat bawah reeza group (Arab Saudi). Jadi dia adalah milik muslim sepenuhnya (100%)

Kedudukan Mcd di Malaysia hari ni sama kedudukan KFC Malaysia yang dimiliki oleh (JCORP).

3- Maknanya Mcd malaysia bukan milik mcdonald’s corporation. Yakni bukan milik US.

4- Mcdonald’s corporation adalah pemilik asal mcd satu dunia.

5- Lionhorn membeli seluruh share yang dimiliki oleh mcdonald corporation di arab saudi malaysia dan singapura.

6- Memang dahulu Mcd malaysia melalui Golden Arches Restaurants adalah milik Mcdonald Corporation. Tetapi tahun 2016 sudah dibeli oleh Reeza group melalui lionhorn dan dijadikan sebagai milikan penuh mereka 100%.

7- Di malaysia Mcd diuruskan oleh Gerbang Alaf restoran anak syarikat lionhorn.

8- Adakah Mcdonald Malaysia bayar royalti pada Mcdonald’s Corporation? Ye ada tetapi bayaran kerana memakai brand mcdonald. Keadaan ini sama mcm KFC, A&W dan sebagainya yang memang kena bayar utk lesen jenama.

9- Jangan sesiapa kata KFC tidak bayar royalti penggunakan brand kepada KFC US. Kerana memang ada bayaran itu melalui Yum Brand Inc.(yang menguruskan KFC US). Boleh rujuk 

10- Adakah Mcd bantu Israel. Setakat ini belum ada fakta dan bukti yang benar yang tunjuk bahawa Mcd bayar secara kewangan syarikat kepada Israel. Maksudnya di US. Di Malaysia lagilah tidak ada penglibatan dengan Israel.

11- Sumbangan peribadi pekerja mcdonald kepada dana Israel yang itu tidak boleh dinamakan sumbangan mcdonald kepada Israel.

12- Lagipun sumbangan itu tidak pernah direkodkan maksudnya tidak ada dalam catatan. So itu masuk dalam (zann) yang tidak boleh dijadikan hujah.

13- Jumlah pekerja Mcdonald malaysia 12k. Pekerja Muslim 80%.

14- Pekerja muslim Mcdonald ini terselamat dari serve arak dan benda haram lain. Anak orang Islam kita tidak terselamat dari serve arak di 7 eleven, KK mart dan lain lagi syarikat yang terlibat dengan arak.

15- Mereka dbenarkan dan digalakkan solat. Tidak seperti syarikat lain yang tidak patuh Syariah yang tidak membenarkan pekerja muslim mereka solat tutup aurat bahkan solat jumaat.

16- Polisi Mcdonald mengikut Jakim yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama. Menutup aurat, Solat dan Solat jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki.

17- Mcdonald malaysia bayar zakat keuntungan mereka.

18- Mengenai sumbangan mcd US kepada JUF (Jewish United Fund) sila rujuk link video di bawah.

19- ini satu lagi video yang agak terpeinci sedikit.

20- Kesimpulannya Ada lima persoalan besar di sini

a - Adakah Mcdonald malaysia milik Mcd US?
Jawapannya tidak. Ia sudah dimiliki sepenuhnya oleh muslim

b- Adakah Mcd malaysia bayar royalti utk gunakan brand Mcdonald?
Jawapannya Ya ada, sama seperti KFC, Burger King, A&W dan lain lain lagi yang membayar kepada syarikat induk mereka untuk guna brand mereka.

c- Adakah pernah mereka yang terbabit dengan Mcdonald memberi duit kepada Israel?
Ye ada tetapi bukan sumbangan syarikat tetapi sumbangan secara individu yang tidak mengambil langsung dana Mcdonald. Sumbangn dari wang poketnya sendiri. Sumbangan secara individu tidak patut dinamakan sumbangan Mcdonald. Kerana kenyataan demikian tidak adil. Seperti kenyatan melayu pemalas. Kenyatan ini tidak adil. Sedangkan bukan semua melayu malas.
Lagipun individu itu sudah tidak lagi menjadi pekerja Mcd.

d- Adakah Mcdonald milik yahudi?
Jawapannya tidak. Mcd adalah syarikat public listed. Yang dimiliki oleh shareholder yang ramai. Mcdonald dimilki oleh 1.8 juta orang shareholder yang membeli saham Mcdonald. So segala aktiviti kewangan melalui audit yang ketat dan mustahil boleh melarikan wang itu untuk Israel tanpa melalui audit dan pengetahuan shareholder.

e- Adakah Mcdonald ada buka restorannya di Israel?
Ya ada dan itu diluar kawalan Mcdonald Malaysia. Perkara itu susah untuk diambil sebagai kayu ukur. Kerana semua jenama dunia ada di Israel. BMW Mercedes Volkswagen Iphone samsung Hyundai dan lain lain.Kalau itu alasan boikot maka kena boikot semua produk itu juga.


Ini hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran pada selasa 19/12/2017.


Tidak ada niat nak membela Mcdonald.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa sebelum menuduh.

Kami bertanya pihak Mcdonald. Kalau ada orang yang ingin berjumpa mereka bagi menyelesaikan kekeliruan. Mereka menyatakan kesediaan bila-bila masa saja untuk berjumpa.

Itu yang kami perolehi dari mcdonald. Jika ada yang hendak menyanggahi fakta di atas sila bawa fakta (yang boleh disandarkan kepada pihak yang sanggup bertanggungjawab atas fakta itu).

Insyaallah saya akan pergi berjumpa pulak pihak yang mengeluarkan fakta yang menyanggahi Mcdonald ini.

Ustaz Zul Pandan tak mahu bergaduh cuma hendakkan perdamaian dan kebenaran.

Sumber: Uztaz Zul Pandan 

Thursday 21 December 2017

Boikot McD Bermusim

(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku rasa umat Islam seluruh dunia terkesan bila Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan sasaran pertama rakyat Malaysia ialah McD. Apa kena mengena McD dengan Israel? Rata2 berkata McD sasaran paling senang nk di boikot.

Apa salah McD sampai kena boikot? Kenapa tak boikot FB?? Nestle? ROKOK especially Philip Morris syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia.

Aku ada buat research sendiri dan refer orang yang lebih banyak ilmu dalam hal boikot ni. Satu gerakan yang diiktiraf di peringkat global malah di Malaysia pon turut ada gerakan ini. Iaitu gerakan yg diberi nama Boycott Divestment & Sanctions Malaysia - BDS Malaysia digerakkan oleh seorang academician dr UM bernama Prof Mohd Nazari Ismail.

Kau nak boikot mesti ada ilmu, bukan boikot menggunakan perasaan dan buat video bodoh prank staff McD. Dan untuk pengetahuan korang, video tue dari tahun 2014.



Jawapan dari BDS Malaysia
"BDS Malaysia sangat berhati-hati dalam memiilih syarikat untuk diboikotkan. Hanya syarikat yang jelas terbukti terlibat dalam kezaliman yang berlaku di Palestin yang akan dimasukkan di dalam senarai. Pada masa yang sama BDS Malaysia juga memberi perkiraaan kepada kekesanan kempen boikot yang akan dijalankan dan oleh itu memilih hanya 5 yang terpenting untuk difokuskan. Setelah membuat kajian yang mendalam, BDS Malaysia telah mengenalpasti 5 syarikat berikut yang wajar diboikot:

1. Caterpillar
2. Hewlett Packard (HP)
3. Hyundai Heavy Industries (HHI)
4. G4S
5. Ahava

Kita bukan nak boikot semua syarikat yg ada hubungan dgn Israel sbb nanti kempen kita akan jadi terbeban dan tidak popular. Sebenarnya Intel dan Microsoft pun ada hubungan dgn Israel, tapi JK BDS interational fikir bahawa tidak bijak utk masukkan mereka dlm list. Saya sebut tadi bahawa kita kena BIJAK.

Kalau syarikat tersebut milik seorang Yahudi tetapi ia tidak menyumbang kepada Israel, tak perlulah diboikot. Contohnya Facebook.

Kalau sesebuah produk itu asalnya dibangunkan oleh Yahudi Israel tetapi kemudiannya dibeli hak ciptanya/berpindah milik kepada syarikat lain, apa kewajarannya produk tersebut diboikot? Lebih-lebih lagi jika produk tersebut memang bermanfaat. Contohnya Waze!

Banyak lagi contoh kalau aku nak senaraikan tapi serahkan pada kebijaksaan korang untuk membaca sedalam dalamnya bukan sekadar baca headline dan ikut kawan boikot.




4-McDonald’s Malaysia Tidak Pernah Membayar Royalti Kepada McDonald’s Israel
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/21/mcdonalds-di-malaysia-tidak-pernah-membayar-royalti-kepada-mcdonalds-di-israel/

5-Kebersihan Penghasilan Daging McDonald’s Dan Persijilan Halal JAKIM Melalui SOP yang Amat Ketat
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/23/kebersihan-penghasilan-daging-mcdonalds-dan-persijilan-halal-jakim-melalui-sop-yang-amat-ketat/

6- Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/24/fakta-menolak-tohmahan-mcdonalds-malaysia-menyumbang-kepada-israel/


Akhir skali, aku nak tekankan McD nie dah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi, di bawah system francais yg dikenali sebagai “Developmental Licensee” (DL).

Diorang nie siap ada McD kat Mekah and Madinah, dan kalu korang boleh relate kepada Israel laknatullah tu jugak tak tau lah. 

-Social Ninja

Monday 23 October 2017

Permainan Dedak Maju Holdings

Sumber dari Malaysia Chronicle

Aku ada terbaca pasal Tan Sri Abu Sahid dari Maju Holdings yang bersungguh-sungguh nak beli PLUS Malaysia Bhd. Isu orang kaya nak beli PLUS ni macam pernah berlaku dulu, so aku google dan kali pertama dulu ada individu (Halim Saad)  nak beli PLUS rupanya. Tahu apa persamaan dua orang ni? Dua-dua kroni TUN M dulu.

Tan Sri Sahid kata kononnya dia dapat restu daripada pemimpin tertinggi negara, tapi sorang pun tak tahu siapa. Nazri Aziz? Portfolio dia jaga pelancongan. Takde kena mengena dengan highway!

Apa relevannya Tan Sri Abu Sahid nak beli PLUS?  Katanya “PLUS not well run” tapi mampukah Maju Holdings uruskan Lebuhraya PLUS yang sepanjang 1,200 km? Lepas tu dia tanya “What's so difficult about running a highway?”

PLUS Highway bukan sebarang highway. PLUS Highway ni antara yang terbesar di Asia Tenggara, dan ia milik rakyat!


MEX Highway yang 26 km tu dia bandingkan dengan 1,200km! Hebat! Bongkak! 

Tan Sri, sebelum kondem highway lain elok tengok highway sendiri dulu. 26 km je kot! Memang banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam lagi. Kecewa betul bila nak pegi kerja motor pancit kena paku! Mana maintenance MEX Highway?? 

Lagi satu contoh, kesian brader ni. Dia telefon MEX untuk minta tolong, MEX tak nak tolong! Tak kan takde budi bicara langsung? Tol nak kutip tapi service berkira!  Kalau Maju Holdings buat macam ni pada pengguna-pengguna PLUS yang berjuta orang, habislah!

Aku ada juga baca kononnya Tan Sri Abu Sahid janji tak akan naikkan kadar tol selama 20 tahun. Ini macam nak beli jiwa rakyat Malaysia yang pantang dengar tol naik. Sebenarnya, kadar tol PLUS tak pernah naik sejak 2005. Kadar tol MEX yang pernah naik dan dengar ceritanya akan naik lagi. Soalannya hanya bila. Kalau betul-betul nak tolong rakyat Malaysia, apa kata MEX Highway bagi free je, tak payah tol. Ini hanya permainan tabur dedak dari Maju Holdings. Nanti bila dah dapat, JANJI DICAPATI! Kita dah banyak kali dengar janji-janji macam ni.

Kita juga tak akan lupa sejarah MEX Highway ni. Kerajaan bagi geran hampir RM1 bilion untuk bantu Maju Holdings. Bila bisnes dah jalan dan ada untung sikit, Maju Holdings nak jual MEX pada EP Manufacturing. Alih-alih kena hentam dengan Tun Mahathir. Padan muka. Ha ha ha.


Tan Sri Abu Sahid tak pernah kata dia akan buat sebarang penambahbaikan untuk Lebuhraya PLUS. Masalah traffic jam masa hari-hari perayaan akan tetap ada! Dia sedar dan dia tahu dan dia tak akan buat apa-apa pun.

Katanya lagi kerajaan kena panjangkan konsesi lagi untuk kerja-kerja penambahbaikan PLUS Highway! PULAK! Elok-elok habis tahun 2038, dipanjangkan lagi and time tu confirm mencanak naik harga tol! Tak payah sembang buat kerja untuk rakyatlah, ini semua untuk poket dia sendiri. Buat apa berniaga kalau tak untung?

Kalau betul nak bantu rakyat Malaysia, MEX Highway kasi free dulu!