Sunday 30 June 2013

5 Lagu Mengarut Abad Ini!


Aku suka pergi karaoke dengan kawan-kawan aku. Aku bukan suka menyanyi pun tapi apa yang menghiburkan aku adalah membaca lirik-lirik mengarut lagu-lagu Melayu kita. Kalau tidak percaya cuba pergi karaoke dan perhatikan betul-betul setiap bait lirik kebanyakan lagu-lagu di Malaysia atau Indonesia. Kadang-kadang aku gelak sampai menangis terkenangkan lirik-lirik yang kononnya puitis tetapi langsung tak masuk akal. 

Aku tahu bukan senang hendak bikin lagu. Penyatuan irama dan juga lirik tidak semestinya membuahkan hasil yang logik dan masuk akal. Asalkan pendengar suka, siapalah aku untuk tentukan lagu itu bagus atau tidak. Aku rindu lagu-lagu lama seperti yang dinukil oleh arwah Loloq yang punya maksud mendalam dan 
menggunakan simile yang tidak melampau pada fikiran aku. Ini pendapat aku dan aku senaraikan di sini beberapa lagu yang layak masuk senarai lagu mengarut aku.

1. Putra – Cinta Kain Putih

“Kain putih, yang kuberikan padamu. Kini pudar warna-warnanya..”

Aduh. Kain itu dah sah berwarna putih. Bagaimana kain putih itu pudar warna-warnanya pun aku keliru. Mungkin ada darjah keputihan pada kain tersebut yang melayakkan sifatnya dirujuk seolah berwarna-warni. 

2.  Melly Goeslaw & Yusri KRU – Dibius Cinta

“Kau membiusku dengan cinta, cinta yang malu kukatakan..”

Bercinta sampai tidak dapat merasa apa-apa? Agung sungguh cinta yang cuba dibayangkan dalam lagu ini sampai membuatkan diri kita terasa dibius. Dibius bermaksud tidak dapat merasa apa-apa pun? Aku pun bercinta juga, tapi tidak pulak rasa sampai dibius. Kalau pasangan aku buat aku sampai aku tidak mampu 
rasa apa-apa, aku cabut.

3. Amelina & Iwan – Yang Tersayang

“Andainya matahari terbit dari barat, tak akan goyah cintaku padamu”

Lagu Dangdut memang “favourite” aku untuk dijadikan bahan jenaka. Banyak lagu Dangdut kalau hendak disenaraikan di sini tetapi paling legenda adalah lagu “Yang Tersayang”. Kalau matahari sudah timbul di barat bermaknanya hari kiamat sudah sampai. Kiamat bai! Kalau sudah kiamat sempat lagi hendak bercinta? Ironinya, abang Iwan sekarang sudah jadi pendakwah dan bikin lagu-lagu ketuhanan.

4. Iklim – Bukanku Tak Cinta

“Sudah sering kau kirim surat, namun tak pernah aku jawab…Lalu ku kirimkan undangan, agar kau tak berharap..”

Aku suka lagu ini sebenarnya. Aku suka suara Saleem yang serak-serak basah itu. Tapi bila aku teringat Video Muzik lagu ini dan lirik-liriknya memang aku hendak gelak.  Jalan cerita yang cuba dibayangkan dalam lagu ini adalah berkisar cinta tidak kesampaian di antara seorang Melayu dan seorang  perempuan berbangsa Jepun. Cinta “interracial.” Bila difikirkan balik, masing-masing tak faham bahasa. Kalau sudah tidak faham bahasa Jepun, kenapa hendak hantar undangan pula.  Lagu satu, kejam rasanya bila cinta tidak kesampaian hantar pula kad undangan kahwin kau. Niat kononnya hendak buat dia lupakan kau? Kejam, sangat kejam.

5. Lefthanded – 3 Dimensi

“Tiada cinta tiga dimensi, sesama kita lagi. Engkau hanyalah gurisan hati, dilukis di atas bumi..”

Abg Man Kidal memang gitaris terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia namun satu lagu ini aku rasa layak tersenarai. Tapi bukan kerana liriknya mengarut atau tidak langsung masuk akal. Lagu 3 Dimensi menunjukkan bahawa penulis lirik ini terkehadapan kerana dapat berfikir secara “3 Dimensi” atau 3D. Cara 
berfikir di luar kotak imaginasi di dalam percintaan ini wajar dipuji. Tapi hakikatnya, hidup kita semua memang sentiasa dilihat dalam bentuk 3 dimensi, bukan setakat aspek bercinta sahaja.  Aku pun kurang faham sebenarnya maksud di sebaliknya. 




Wednesday 26 June 2013

Mak nak handbag baru untuk raya

Sempena raya yang dah tak lama lagi, mak aku awal-awal dah cakap, nak handbag baru.  Spesifikasinya pun dia bagi.  Nak yang warna biru sebab nak padankan dengan baju raya katanya, saiz nak yang muat bawak iPad, handle tak nak yang panjang. Apa lagi entah yang mak cakap, aku dah tak ingat.  Yang aku tahu, paling kurang aku kena bajet untuk handbag yang mak nak tu, RM1,000. Pengsan!

Sebenarnya aku memang tak faham langsung dengan konsep handbag perempuan ni.  Handbag tak pernah cukup.  Mak aku dalam almari dia kat bawah tu penuh dengan handbag, tapi aku tengok yang dia asyik guna, yang satu tu aje. Yang lain, bila ditanya, ada yang untuk pergi kenduri lah, untuk pergi majlis lah, 
untuk pergi teman ayah kat padang golf lah (huh?).  Bukan handbag tu fungsi dia untuk bawak barang-barang yang sama ke. Perlu ke nak tukar-tukar? 

Lepas tu mak cakap, habis tu awak, nak motor besar lagi buat apa? Kan dah ada EX5 dengan Blade tu? Mak sebut Blade je aku dah tersentap, tiba-tiba teringat motor aku tu yang dah lama kat bengkel.  Vavi punya bengkel … bila motor aku nak siap entah. 

Ala mak ni, motor tu lain, kalau tambah satu, baru tiga … mak punya handbag dah tiga puluh! 
Mak sambung, “Kita kena hormat orang.  Masing-masing ada minat sendiri.  Kadang-kadang kita memang tak faham kenapa orang tu suka sesuatu benda tu sampaikan sanggup berhabis duit dan masa.  Sebabnya,  bila kita ada hobi, minat dengan sesuatu aktiviti atau benda, bila kita berhabis tu, kita beri kepuasan pada diri sendiri, sebagai reward, sebagai tempat kita divert attention kita dari masalah seharian.  Macam ayah tu, hari cuti je ada kat padang golf.  Tak cukup lagi tu, sanggup pergi jauh-jauh sebab orang ajak.  Ingat mak tak terasa ke? Tapi mak nak buat macam mana.  Mak kena hormat lah minat ayah tu.  Cumanya, kenalah cari minat yang positif sebab itu sebahagian dari hidup kita.  Tapi, kalau ayah tiba-tiba berminat nak tambah cawangan, memang mak hayun kayu golf tu kat kereta dia.”  

Eh mak ni tiba-tiba emo pulak…

Hmm … betul jugak cakap mak tu. Kita kena hormat orang.  Kalau kita tak setuju dengan apa yang orang lain suka, jangan la nak persoalkan banyak-banyak sampai tahap mengeji.  Kalau minat kita orang dok mengutuk, bengang la jugak kan.  Janji apa yang kita suka tu tak memberi kesan-kesan negatif pada kita dan orang-orang sekeliling kita, sudah lah.  

Ok lah mak… nanti mak dapatlah handbag baru mak tu.    

Lepas ni aku nak jumpa boss.  Nak mintak buat OT bulan puasa ni nanti. 

Tuesday 25 June 2013

The Red Son: Hail Comrade Superman!

Selain motor, aku jugak minat baca dan kumpul komik tapi sekarang dah kurang sikit sebab duit aku banyak habis ke motor dan girlfriend he he he. Dah lama aku tulis post kat bawah ni, saja kongsi kat sini. Mana tau ada jugak peminat komik yang baca blog aku ni. Maaf my England not so good.

Imagine… take a moment and use your imagination. Imagine that the Superman you know wasn’t the pride of Uncle Sam, the champion of freedom and democracy but as“…the champion of the common worker, fights a never-ending battle for Stalin, Socialism and the international expansion of The Warsaw Pact. Superman: Pride of the Soviet State…
An excerpt taken from the comic “Superman: Red Son” that wraps everything that Superman we know as, turn completely the opposite. That is what “Superman: Red Son” does. To tease your imagination; to delve into the “What If…” scenario. The teasing game of imagination brought to you by the famous Mark Millar, where he reimagines the great American icon as a Soviet hero.

For those who didn’t follow Superman comic can still pick this up and enjoy it as much as those who follows due to the way Mark Millar cleverly wrote the story to blossom into something intriguing, away from your typical “what if” scenario. The story is written with the depth of alternate story that brought forth by the stark difference between the real Superman and his Red Son’s counterpart. From the difference in his uniform; the way he thinks; his ideals that reset what we know about Superman to the characters that inhabited the Superman’s world like Lex Luthor, Lois Lane (her family name changed in Red Son. Won’t want to spoilt further surprise), Jimmy Olsen, even Batman, Wonder Woman and the Green Lantern, Hal Jordan. All of these characters are different but at the same time inherit the things that made them who they are that we came to know. Even with all these differences, there is one thing still the same – Superman believe he is doing the right thing, to make the world a safer place only this time using force to uphold his belief.

The story in “Superman: Red Son” began with a twist that change the how the whole story unravel – baby Kal-El fell somewhere in Ukraine instead of Smallville, Kansas. Small change that alter the whole course of the story. The story didn’t touch how life for Kal-El when he was a kid, instead it jump straight to the most interesting period of Kal-El’s life, being a Superman. The story basically follows through Superman’s character development from the era of the Cold War where Joseph Stalin is helming Mother Russia and he’s just their answer to US’s nuclear threat to his usurpation the mantle of supreme leader of Earth, but, not without resistance from his famous nemesis, Lex Luthor. 
“Superman to the rescue! : Comrade Superman decide to change the system, Superman-Style”

After going through all 3 series of the “Superman: Red Son”, it is apparent that it is not just your run of the mill comic. By reading the writer’s name, you can expect it to be more than just a comic. Mark Millar infuse the story with the idea of Morality, confrontation between ideals, Capitalism vs Communism, and the question of Totalitarian Utopia vs Freedom and Free-will. Superman with his steadfast belief that what he is doing is the right thing and the confrontation between people who oppose him are the manifestation of Mark Millar’s infusion of the confrontation of ideals and morality.

Overall, “Superman: Red Son” is a great read especially for those who love with the idea of tinkering with alternate universe (with your imagination of course) and for anyone who love a good story that isn’t empty and bland. And for those who worry that the idea of alternate version of Superman as tasteless and you hate the idea because you’re an ardent fan of the original Superman, fear not, because deep down he is still the same Superman who believe in doing the right thing even though doing it Big Brother style. To sum it all up, “Superman: Red Son”: Great Story, Surprise Ending and Imaginative.



Monday 24 June 2013

Rebiu Filem : "Man of Steel" – Sempurna

Apabila berita tersebar sebelum ini yang seorang pengarah “visionary” bernama Zack Snyder akan membikin filem Superman terbaru, Aku merasa sangat teruja. Aku telah menonton filem "Man of Steel" dua kali dan satu sahaja perkataan yang dapat menggambarkan pendapat Aku tentangnya - "sempurna".

Teruja kerana Zack Snyder yang terkenal dengan filem berbentuk artistik seperti “Watchmen” dan juga “300” akan menghembus nafas baru kepada ikon besar, Aku membesar dengan komik-komik DC yang mana "Superman" adalah adiwira teragung dalam sejarah mereka. Walaubagaimanapun filem-filem Superman yang diadaptasi sebelum ini lebih banyak berkisar tentang keupayaan Superman dan permusuhan dengan musuh-musuh beliau. Filem-filem sebelum ini juga ada kekuatannya namun masih tidak dapat mendalami watak Superman yang sebenar. "Man of Steel" arahan Zack Snyder telah berjaya membawa suatu dimensi baru tentang penceritaan kisah Superman yang sungguh memukau.

Aspek utama yang ingin aku komen adalah tentang bagaimana Zack Snyder mengembangkan watak-watak penting dalam kehidupan Superman dan asal usul beliau. Watak yang paling membawa kesan pada aku adalah Jonathan Kent iaitu bapa angkat   Clark Kent/Superman. Kebetulan pula "Man Of Steel" ditayangkan ketika sambutan hari bapa dan aspek ini yang ingin aku ketengahkan. Cabaran yang dihadapi oleh Jonathan Kent untuk membesarkan Clark Kent sebagai seorang  manusia biasa di bumi telah berjaya digarap oleh Zack Snyder dengan sangat berkesan.

Jonathan Kent telah membayar dengan harga nyawa beliau sendiri bagi memastikan identiti Clark Kent kekal rahsia. Jonathan harus memupuk Clark Kent dengan nilai-nilai murni serta sikap tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat. Konflik ini telah digarap dengan begitu teliti oleh Zack Snyder khususnya dalam babak kemalangan bas sekolah. Jonathan Kent terpaksa mendidik Clark Kent agar harus berhati-hati dengan kuasa luar biasa yang ada pada beliau.

Babak yang paling terkesan pada aku adalah ketika puting beliung melanda dan Jonathan Kent menghalang Clark Kent daripada menyelamatkan beliau. Akhirnya kerana berpegang teguh dengan prinsip beliau, Jonathan Kent terkorban dalam babak tersebut. Luluh hati Clark Kent ketika itu yang merasakan sangat tidak berdaya walaupun beliau mampu untuk menyelamatkan bapa beliau. Aku akui, air mata jantan aku menitis menonton babak tersebut.

Aspek sinematografi yang digarap oleh Zack Snyder sangat memukau pada aku. Mungkin ramai yang lebih mengharapkan lebih banyak efek khas namun cara Zack Snyder penuh artistik. Teknik “flashback” acapkali digunakan bagi memudahkan penonton memahami konflik yang dihadapi oleh seorang adiwira bernama Superman. Cuma Zack Snyder harus lebih berhati-hati dengan aspek suntingan kerana ada babak yang kelihatan tidak berapa masuk akal seperti batu yang jelas satu “prop” yang tidak berguling secara normal. Grafik yang digunakan juga amat menarik sekali walaupun kadangkala agak kelihatan gelap khususnya semasa babak di planet “Krypton”.

Perdebatan juga masih dilakukan tentang aspek kostum baru Superman yang jauh tersasar dari apa yang telah digambarkan oleh Komik DC. Namun begitu pada Aku, Zack Snyder jelas telah berjaya menaikkan imej Superman dan membawa dimensi baru tentang adiwira agung bernama Superman.

Sunday 23 June 2013

Habis? Aku tak kena jerebu?

Aku baru baca The Star semalam ni:

PETALING JAYA: Frustrated Malaysians took to Twitter to express their thoughts on the haze, which has hit high levels in some areas and forced a few events to be postponed.

Twitter user @fahmyvevo shared a picture of him covering his face with an orange cloth, with the message “wearing this even inside my office. #myhaze”.

Another user @akmalredzwan also posted a picture of him in a white face mask, saying he had to start wearing it everyday now.

Xola Xavier (@nanibiol), who is asthmatic, tweeted “I have to lock myself in my room. Even the living room is not safe for me.”

Other users also offered advice on taking care of oneself during the haze period.

“#myhaze drink more water, wear sunglasses and use saline eye drops to overcome eye irritation, and stay indoors as much as possible,” tweeted @Amu_Ma, while @haniisafra urged those affected to “get your blanket and stay in”.

Although many had their weekend plans disrupted, some expressed confidence that they could still have a good time.

Part-time writer Dayang Noor (@dayangnoor) said she would be spending time indoors playing Candy Crush and having a movie marathon.

Twitterers @dinodelan and @mfazlee were also up for movie sessions, jokingly tweeting that a cinema theatre was the “safest place to be until the haze is over”.

Wey, aku pun kena jerebu. Aku pun susah nak pergi balik kerja sebab aku bawak motor. Tekak aku pun rasa tak sedap. Masa lunch, aku pun malas nak keluar makan. Aku pun duduk ofis je … main Candy Crush.

Pesal tweets aku tak masuk paper? Aku pun TWITFEMES apa!

Eh. He he he.

#MyHaze #SelamatkanMalaysia #CandyCrush



Friday 21 June 2013

Bahaya Pakai Spek Ciplak

Aku tahu ramai di luar kat luar sana yang suka beli spek pasar malam. Memang best, beli sepuluh ringgit pun dah boleh dapat sepasang spek branded, boleh nampak cool dengan mudah. Kalau siang hari, boleh letak atas kepala sambil buat muka keras control macho. Tapi ramai yang tak tahu bahayanya pakai spek tiruan nih. Mari aku kopek benda yang aku dah research dan kongsi untuk pengetahuan umum supaya tak ramai rakyat Malaysia yang buta mata dan buta hati.

1.    Spek ciplak tak ada perlindungan UV

Spek original mahal sebab material dia mahal dan juga sebab dia ada lapisan yang menapis dari UV pada cerminnya.  UV ni singkatan dari Ultra Violet rays dari matahari. Ia adalah sejenis carcinogen kepada kulit, bermakna ia boleh menyebabkan kanser kalau terdedah dalam tempoh yang lama. Kalau UV Ray ni terdedah kepada mata, boleh menyebabkan katarak dan juga buta.  Spek ciplak tidak ada lapisan yang menghalang UV Ray ini jadi mata anda terdedah kepada UV.

Katarak mata

2.     Kurang cahaya membuatkan mata lebih peka

Apabila memakai spek ciplak, mata memberi isyarat kepada otak yang keadaan cahaya di sekeliling adalah malam, lalu anak mata membuka dengan lebih besar

untuk menyerap cahaya UV Ray yang merbahaya.  Spek original pun memberi kesan sama tetapi ia ada penghalang UV Ray.

3.    “Power” spek ciplak tidak menentu

Spek ciplak dihasilkan tanpa memikirkan kualiti plastik yang dijadikan lensa. Ketebalan plastik di lensa kanan dengan lensa kiri mungkin berbeza-beza . Apabila ketebalan lensa adalah berlainan, “fokal” power mata kiri dan kanan anda akan berbeza menyebabkan terasa pening dan tidak stabil. Ini amat bahaya bagi pemandu dan penunggang superbike.

Jadi, jangan lah kedekut sangat membeli spek mata gelap. Duit boleh dicari, mata tak dapat dibeli. (Kalau boleh belipun mungkin kita tak mampu dan insurans tak tanggung.)




Wednesday 19 June 2013

Malaysia Superbike Newbie

Superbike is a generic term for motorcycles with large capacity engines that are very powerful and so can accelerate extremely quickly and attain very high speeds. These can include super-sports, cruisers, hyper-tourers and even some super-motards.  Sbk’s are motorcycles nonetheless and eminently rideable provided the rider calibrates his/her actions in strict accordance with the dynamics of the motorcycle.
 

Tips and points-to-ponder for riding superbikes:
 

Be clear and honest about your mindset. An aggressive attitude that gets triggered into competitiveness at the smallest pretext is a very dangerous and usually fatal combination with a superbike. These bikes demand that you ride your own ride.
 

Learn to become focused and stay focused on the ride. Superbikes can really stretch human ability and reflexes to their utmost and even beyond, in a jiffy. Only concentration on the ride at hand can save a riding situation from transiting from close to risky to fatal in the span of a few seconds.
 

Proper riding gear is of paramount importance when riding superbikes, not just for protection from a fall but as protection from the wind and debris thrown up by other traffic. At speeds around 150kmph, a small stone chip can hit hard enough to puncture and penetrate human skin. Think of what it can do to an unprotected eye.
 

A high level of riding skills already developed through serious learning-oriented riding on lower capacity bikes goes a long way towards safe super-biking. Learn as much as you can both off-road (through reading, videos, televised racing events, the internet, interacting with experienced superbike users) and on-road while riding. Remember, learning never ends in motorcycling and more so when riding superbikes.
 

Smoothness in operation of all controls is of utmost importance with superbikes. Rough handling of the throttle can induce a sharp wheel-spin that can have your ‘rear’ on the road before you realize what happened. And so it is with the brakes. Respect both these controls and learn to shift gears as smoothly as you can, taking special care while down-shifting (even on bikes with the ‘slipper-clutch). The engine-induced braking can lock the rear and send the bike in a skid.
 

Increase your margins of safety under given conditions when riding a superbike compared to what you did while riding smaller capacity bikes. For example, go easy in heavy traffic, avoid weaving through lanes and keep an alert eye on those rear-view mirrors. Remember your bike can brake quicker than almost every other vehicle behind you. Getting rear-ended on a superbike is a very real possibility.
 

Keep the motorcycle’s equipment level in the best of shape. Stick to the recommended maintenance schedule but still keep a sharp eye for obvious and impending mechanical failures. Slack chains, worn brake pads, low oil or coolant levels, weak battery, low tyre pressure, fused lights or worn out tires, all or individually can contribute more or less to an unsafe ride. Some safety issues like worn brake pads, low oil level or slack chain are obvious for their effects but others like a fused brake light bulb that can make the following car rear-end you at night even when you braked ‘normally’ are not so obvious.  So ‘all-ship-shape- is all-safe’.
 

These bikes have complex and expensive hardware and so take care to ‘feed’ them the proper fuel, oil and coolant. Bad fuel causes a drop in power and overheating in the short term and can severely damage the engine internals in the long term. So take care where you refuel  from. And keep a mileage log for the bike. Not primarily for economic reasons but because ‘fuel consumption’ is a good indicator of engine health.
 

Most superbikes are so made these days that at least one of their headlights is always on while the engine is running. This is a very good safety feature making the bike visible from far off and even through heavy traffic. If this is not a standard feature on your bike, remember to ride on the low beam all the time, night or day.
 

Other road users in a country like ours, that have a sparse superbike population, don’t expect a motorcycle to move so fast as a superbike can. Don’t expect them to anticipate your high approach speeds and get out of your way. They usually won’t. Slow down to ‘common motorcycle’ speeds when riding through a populated area or where people are expected to cross the roads.
 

Riding on our mountain road like Gerik or Cameron Highland on a superbike seems very enticing and is admittedly very enjoyable. But always remember that a superbike is NOT flickable as our ‘kapchai’ and so keep a very safe inside line during turns. High speeds invariably result in wider turns and you will have no chance to change your position towards the inside of the turn if another vehicle has encroached upon your outside lane. Braking while leaned is also no remedy as it too will result in a skid and a fall. In fact while on mountain roads, it would be safer to ride a trifle slower on a superbike than you would on your smaller bike.
 

Wet roads, whether due to rain or spilled water or whatever, can be a real pain on superbikes. Their soft-compound tyres have minimal grooves (to keep the maximum amount of tractable rubber on the road) and so are not very efficient at dispersing water from under the contact patch. Also the powerful engine can easily induce a wheel-spin under such low-traction conditions. So be very gentle with the throttle, especially while exiting turns and when starting from a stop. And the same care is critical while braking too. Locking up either or both the wheels is a distinct possibility on wet roads.
 

Take a pillion with you on a superbike only after you are thoroughly familiar with its behavior with just ‘you’ on it. As a thumb rule, do a few hundred miles on the bike alone, under differing conditions and at differing speeds to get the hang of things. Then take as pillion only someone who explicitly trusts your riding abilities. A pillion who ‘resists’ leaning and tenses up during acceleration and while braking can seriously upset the bike’s balance and things can go from bad to dangerous in a moment. Compared to a small bike, the acceleration on a superbike will necessarily feel a LOT stronger and this can scare most pillions. Same with braking. Talk to them before the ride and tell them what to expect.
 

It is extremely important to wear safety gear from top to bottom when astride a Superbike, in fact any kind of bike!

Tuesday 18 June 2013

CARA BIJAK AWEK BAGI PESANAN TERSIRAT

Pesanan ini mungkin nampak macam pesanan biasa dalam buku tahunan sekolah atau kolej. Kelihatan sungguh skema dan “dorky” bila sekali pandang. Tapi, jangan tertipu. Sediakan jadual berkala di sebelah anda!


Gambar ini adalah pesanan milik Jessica Lee dalam buku tahunan yang diposkan oleh Redditor. Sekali pandang, ianya hanyalah senarai elemen dalam Jadual Berkala yang kita belajar dalam subjek kimia masa sekolah dahulu, iaitu "Fluorine uranium carbon potassium bismuth technetium helium sulfur germanium thulium oxygen neon yttrium."
 

“Apa skema sangat pompuan ni post elemen dari Jadual Berkala”
 

Pasti anda rasa begitu bukan?  Haa, inilah masa untuk anda semak kembali Jadual Berkala yang dah berhabuk tu. Sebenarnya simbol-simbol bagi elemen tersebut bila dibaca:
“F U C K Bi Tc He S Ge Tm O Ne Y”
 

Ianya merupakan lirik dari lagu “Get Money” oleh Biggie Smalls dan Jr. M.A.F.I.A.  Fuhh..gadis ini memang seorang yang “Cobalt Oxygen Lithium Oxygen”
 

Mat-mat skema di luar sana tu, boleh la tulis surat cinta dalam bentuk elemen Jadual Berkala dekat gadis popular yang hanya minat “jocks”. Oh ya…benda ni tak “dumb-proof”…

Sumber