Friday, 1 June 2018

Kecelaruan Emilia Hanafi


Banyak betul kontroversi Emilia Hanafi sejak bercerai dengan suaminya SM Faisal Nasimuddin. Dan kalau kita lihat, segala-galanya bermula apabila dia meluahkan perasaannya di laman media sosial. Di situlah tempat dia mengadu, tempat dia tunjukkan kekuatan, tempat dia tunjukkan kasih sayang pada keluarga, tempat dia pamerkan keakraban dengan teman-temannya.`
Malangnya, media sosial juga tempat dia meroyan, menfitnah, menanam akaun-akaun palsu dan memulakan kempen benci terhadap bekas suaminya itu.
Kempen kebencian yang dia mulakan dan semarakkan setiap hari itu akhirnya membuatkan bekas suaminya hilang sabar.
Bertahun-tahun bekas suaminya difitnah, dilemparkan tuduhan, dihina - bukan sahaja oleh Emilia Hanafi sendiri, malah oleh ahli keluarganya, teman-temannya, dan yang paling sedih sekali, followers yang termakan hasutan dan permainan simpati seorang wanita penuh kebencian yang bernama Emilia Hanafi.
Baru-baru ini surat peguam telah pun dihantar oleh SM Faisal kepada Emilia, dan jika Emilia masih berdegil dan meneruskan agendanya, dia bersama beberapa ahli keluarganya akan disaman oleh bekas suaminya itu.
Ada beberapa perkara menarik yang saya perhatikan menerusi akaun Instagram bekas isteri bos Naza ini. Pemerhatian saya menimbulkan pelbagai soalan, dan soalan-soalan ini akhirnya menimbulkan kesangsian dalam diri saya.
Saya tidak pasti bila mereka bercerai, tapi saya tahu dan mengikuti perkembangan kes yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung tuduhan Emilia bahawa SM Faisal telah memukul dirinya. Isu ini kembali hangat bila Emilia mengepos gambar kecederaannya itu beberapa minggu lepas di akaun Instagramnya.
Kes mula dibicarakan pada 2015, namun hanya awal tahun ini ianya selesai setelah mahkamah memutuskan SM Faisal tidak bersalah kerana hanya mempertahankan dirinya dari serangan Emilia yang memegang ‘black belt’ dalam taekwondo.
Apa yang menimbulkan persoalan, bermula 2013 hingga 2015 terdapat sejumlah 231 gambar SM Faisal bersamanya dan anak-anak serta keluarga atau rakan-rakan yang lain di dalam akaun Instagramnya itu. Jika benci, kenapa masih menyimpan gambar-gambar tersebut untuk tatapan umum?
Persoalan yang timbul dalam benak seorang follower (saya mengikuti kedua-dua Emilia dan SM Faisal menerusi Instagram) adalah ini: Adakah Emilia masih menyimpan perasaan terhadap bekas suaminya itu, dan mungkin menggarap harapan agar mereka kembali bersama sebagai sebuah keluarga yang bahagia (dan jangan lupa, kaya raya)?
Kenapa setelah menuduh bekas suami dengan pelbagai tuduhan termasuk dipukul dan diperlakukan seperti haiwan dia masih menyimpan gambar-gambar tersebut? Kenapa masih menyimpan gambar-gambar bekas suami untuk dikongsi umum?
Dan jika kita lihat posting demi posting sebelum gambar ‘kecederaan’ disiarkan kepada umum, Emilia nampak seperti seorang yang melalui kehidupan yang mewah. Setiap hari dia menonjolkan gaya hidupnya. Tidak nampak pun kesusahan atau keperitan hidup sebagai seorang yang dipukul atau ditindas.
Jika kita seorang mangsa domestic violence, tidak mungkin kita akan tonjolkan kehidupan serta gaya hidup kita setiap hari untuk tatapan umum. Kita akan diselami kemurungan, kemarahan atau pun kekecewaan. Dalam Instagram Emilia Hanafi, dia hanya paparkan kebahagian dan kemewahan.
Sejak kebelakangan ini pula, dia cuba paparkan dirinya sebagai seorang yang warak pula. Dia mula mengikuti program-program usrah, takzirah, kelas-kelas agama dan sebagainya. Jika dia sedang mencari keamanan diri menerusi program-program kerohanian, alhamdulillah. Kita patut mendoakan agar dia dapat temui keamanan yang dicari.
Tapi, pada masa yang sama pula, dia tidak berhenti menabur fitnah terhadap bekas suaminya itu. Paradoks dalam dirinya menguatkan lagi kata hati saya bahawa itu semua hanyalah lakonan.
Jika dia betul-betul sedang belajar ilmu keagamaan, sepatutnya dia sedar dan tahu bahawa fitnah itu termasuk dalam tujuh dosa besar dalam Islam, dan dosanya lebih besar daripada membunuh.
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih." (al-Buruj: 10)
“Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh." (al-Baqarah: 217)
Selain menfitnah, Emilia sedar atau tidak bahawa dia sedang membuka aib bekas suaminya itu? Bukan setakat membuka aib, dia juga mengharapkan orang ramai juga mengaibkan bekas suaminya itu. Dalam zaman serba moden ini, semuanya pantas, semuanya laju. Satu aib yang dibuka oleh Emilia dengan pantas akan dikongsi oleh beribu orang lagi. Maka bercambahlah aib itu.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW, “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi aibnya pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)
Jika Emilia menjaga dan tidak membuka aib orang lain, maka sudah pastilah Allah akan menjaga aibnya juga. Ini tidak. Satu demi satu disiarkan oleh Emilia, maka kita tidak boleh salahkan pihak yang difitnah dan diaibkan untuk mempertahankan maruahnya.
Bila pelbagai cerita mula dibongkar tentang sikap dan perangai Emilia dan beberapa ahli keluarganya, kita tahu betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.
Kata pepatah Inggeris, “you reap what you sow.”
-mir

Di Petik dari Facebook Lek Lu, Pikir Lu

7 comments:

  1. So in other words, kalau kena domestic abuse, jangan buka aib suami. Terima saja. Okay. Got it.

    ReplyDelete
  2. ni blogger mne ni. cerdik Sgt domestic violence bukan sehari ye nk berlauk. gradually. ko sekolah x?????

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Si bodo mn yg jd penulis ni....bebal ya amat ko ni...teruk sgt jilat jubo si pejal ni🤣🤣🤣???

    ReplyDelete
  5. There is 3 versions to any 'story', His story, Her story and the Truth. It is sad to see what is happening to both of them. I know both of them way back in 2004 and they were both simple and
    and down to earth prople.

    ReplyDelete