Wednesday 30 May 2018

Lebam palsu, tuntutan palsu, akaun penyokong pun palsu


Permainan simpati Emilia Hanafi berterusan…

Kali ini, sejurus selepas terima ‘notice of demand’ daripada peguam bekas suami, SM Faisal Nasimuddin, drama simpati & palsu Emilia Hanafi diteruskan lagi di laman sosial.

Melalui peguamnya, SM Faisal berniat untuk kemukakan saman fitnah terhadap Emilia sekiranya gambar-gambar serta caption berunsur fitnah di laman sosial Instagram milik Emilia tidak dipadam, dan permohonanan maaf tidak dibuat.

Bagi yang tidak mengetahui perkara sebenar, ‘kes pukul’ yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah pun selesai. Mahkamah membuat keputusan bahawa SM Faisal tidak bersalah kerana hanya mempertahankan diri dari serangan bertubi-tubi Emilia yang mengamuk.

Ingatlah, Emilia bukannya seorang wanita lemah yang tidak berdaya. Dia ada ‘black belt’ dalam taekwondo.

Usaha untuk rayuan juga ditolak oleh mahkamah. Mahkamah berpuas hati dengan semua bukti, afidavit, laporan polis serta pembelaan kepada pihak SM Faisal. Bahkan, mahkamah turut memutuskan bahawa sepatutnya Emilia yang dibicarakan, bukannya SM Faisal.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Emilia cuba raih simpati dan dapatkan sokongan melalui posting Instagramnya yang menunjukkan kesan kecederaannya. Dia tulis caption yang cuba menipu netizens. Kononnya ada perintah perlindungan dari mahkamah untuk menghalang SM Faisal dari mendekati dirinya dan anak-anak.

Itu semua tidak benar. Faktanya, lebih banyak perintah mahkamah dikeluarkan kepada Emilia, bukannya SM Faisal. Ini termasuklah perintah agar Emilia membenarkan bekas suaminya itu berjumpa anak-anak. Perintah itu juga tidak dipedulikan oleh Emilia sehingga beberapa kali mendapat ‘contempt of court’.

Satu perkara yang ramai tidak sedar, banyak juga akaun-akaun media sosial palsu yang kononnya menyokong tindakan Emilia Hanafi. Akaun-akaun ini majoritinya baru saja dibuat, dan dengan jumlah posting dan follower yang sedikit.



Jika diteliti, kemungkinan akaun-akaun tersebut telah dicipta sendiri oleh Emilia dan gengnya untuk tunjuk betapa orang ramai menyebelahi beliau. Difahamkan, komen-komen dari netizens yang menyoalkan kesahihan kecederaannya itu, atau pun mempersoalkan motif sebenar Emilia semuanya telah dipadam.

Kesemua akaun-akaun palsu ini hanya mahu menunjukkan sokongan dan mencerminkan seolah-olah seseorang atau sesuatu pihak berada di pihak yang benar dalam sesuatu pertikaian. Ia juga dipraktikkan dalam dunia pemasaran untuk menjual produk atau perkhidmatan.



Dalam kes Emilia Hanafi ini, akaun-akaun tersebut telah diletakkan (‘planted’) dalam ruang komennya sendiri agar beliau nampak mendapat sokongan dari netizens. Akaun-akaun tersebut juga ‘berkunci’ iaitu bersifat ‘private’ kerana tidak mahu orang ramai mengesan kesahihan akaun-akaun tersebut.

Ada juga dalam kalangan akaun tersebut yang mencadangkan agar orang ramai mengutip derma dalam membantu Emilia berhadapan dengan saman fitnah dari SM Faisal. Setelah bertahun mengikis harta SM Faisal (dan sehingga kini masih tak cukup hingga buat tuntutan RM250 juta), kini mereka mahu mengikis dari orang ramai pula!

Sudah-sudahlah, Emilia!

-Nur

Di Petik dari laman Facebook Lek Lu Pikir Lu

Punca Demak Bungkus!


DemakDNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd, pemegang jenama Demak Motor akan menamatkan sepenuhnya operasi syarikat ini pada 31 Mei 2018. Seperti yang tersebar gambar di media sosial, papan tanda kilang Demak di Banting yang disimbah cat dengan caption. “Demak bangkrap”.
Kemudian, terdengar beberapa khabar angin punca syarikat ini menutup operasi. Desas-desus bertiup kencang mengenai masalah HUTANG, SAMAN dari Honda dan juga sebab-sebab POLITIK. Namun begitu, kami boleh sahkan dari sumber yang rapat dengan industri ini bahawa kesemuanya TIDAK BENAR. Anda boleh rujuk di sini.
Jadi apakah puncanya? sedangkan motosikal ini masih bagus jualannya?
KERUGIAN OPERASI
Sejak ditubuhkan pada 2002, DNC Asiatic yang membawa masuk jenama baru ini telah membuat strategi untuk “menawan” pasaran tempatan menerusi perang harga. Mereka menyasarkan jumlah jualan (volume) berbanding keuntungan.
Pada peringkat awal, strategi ini berkesan.
Sebagai jenama baru, mereka berjaya menjual motosikal ini dengan jumlah yang bagus dengan memberikan insentif tinggi kepada pengedar dan kedai-kedai motosikal. 
Malah komisen jualan motosikal Demak Motor adalah yang tertinggi sehingga mencecah berbelas peratus berbanding komisen yang biasa diberi oleh syarikat motosikal lain sekitar 6 hingga 7 peratus sahaja kepada pengedar.
Apa kesannya?
DNC Asiatic terpaksa menanggung kerugian bagi setiap motosikal yang terjual. Bayangkan jumlah yang ditanggung oleh syarikat ini sejak 2002 hingga 2015 sehinggalah DNC Asiatic membuat keputusan untuk menstruktur semula agihan komisen jualan dengan pengedar motosikal.
Namun, ia ditentang oleh majoriti pengedar Demak yang sudah “selesa” mengaut keuntungan besar. 
Masalah utama dalam industri motosikal negara kita ialah pengedar motosikal lebih “berkuasa” berbanding pengeluar sendiri. (kecuali untuk jenama Yamaha dan Honda)
Khuatir diboikot oleh pengedar, Demak Motor mengekalkan struktur jualan dan sistem komisen yang sama dengan harapan dapat meningkatkan jualan, menambah jumlah pengeluaran sekaligus menurunkan kos.
Mereka mula melabur ke kilang “mega” baru yang terletak di Olak Lempit, Banting Selangor. Ia adalah kilang pengeluaran kedua selepas di Kuching, Sarawak.
Kilang seluas 260,000 kaki persegi ini menempatkan semua kemudahan terkini dan sistem pengeluaran, acuan (molding) yang dipindahkan dari China. Ia mempunyai kapasiti pengeluaran yang mempu mengeluarkan sehingga 200,000 unit motosikal setahun.
Tetapi, walaupun dengan kapasiti pengeluaran sebegitu, jualan Demak Motor di Malaysia masih kekal pada angka 3,500 hingga 4,500 sebulan atau sekitar 54,000 setahun.
Bayangkan kerugian yang ditanggung akibat pelaburan ini dan walaupun begitu, DNC Asiatic masih bertahan dan cuba untuk memanfaatkan kemudahan yang mereka ada dengan membawa masuk jenama MV Agusta
OPERASI SRI LANKA JUGA RUGI
Selain di Malaysia, DNC Asiatic turut mempunyai kilang pemasangan di Sri Lanka. 
Secara keseluruhannya, perniagaan di Sri Lanka juga bagus namun beberapa keputusan operasi dan polisi nyata membebankan syarikat ini.
Kebanyakan bahagian motosikal Demak Motor diimport dari China dan dipasang di kilang di Malaysia. Bagi operasi di Sri Lanka, sepatutnya peralatan-peralatan ini diimport masuk terus dari China, namun disebabkan keperluan polisi CKD di sana, ia perlu diimport masuk dari Malaysia.
Ia menyebabkan proses dua hala yang merugikan syarikat kerana terpaksa menanggung dua kali kos penghantaran dan karenah sistem import eksport dari dua negara. 
Walaupun begitu, ia masih boleh meneruskan operasi, sehinggalah polisi kerajaan Sri Lanka tidak membenarkan aliran tunai keluar.
Menurut sumber kami, polisi tersebut hanya membenarkan separuh sahaja dari keuntungan perniagaan di Sri Lanka dibawa keluar dan sudah tentu, dengan keuntungan yang kecil, ia sangat membebankan syarikat ini.
Walaupun berusaha dengan pelbagai strategi perniagaan, DNC Asiatic ternyata tidak dapat lagi bertahan. Namun selepas dua tahun bergelut dengan masalah kewangan, jelas mereka tidak lagi dapat menampung sepenuhnya operasi dan terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan sepenuhnya perniagaan pada 31 Mei 2018.
Kami di mekanika berdoa agak para pekerja dan semua kakitangan DNS Asiatic mendapat perhatian sewajarnya. 
Sejujurnya, walaupun kami sering troll jenama Demak, sebenarnya ia adalah satu jenama tempatan yang patut diberikan pujian. Ia sudah beroperasi lebih 15 tahun dan ternyata sebuah syarikat yang bercita-cita tinggi walaupun dengan strategori perniagaan motosikal dari China.
Mereka adalah syarikat Malaysia pertama yang menyertai pameran motosikal berprestij di dunia EICMA, Milan Itali. Mereka juga syarikat kecil yang berani membuka kilang di Sri Lanka dan ketika tiada orang yang sanggup mengambil jenama MV Agusta, mereka maju ke depan.
Tapi inilah realiti perit dunia perniagaan.

SAH! DEMAK MOTOR SUDAH “BUNGKUS”. MV AGUSTA BAKAL TERIMA NASIB SAMA.


Sejak beberapa hari lalu tersebar gambar ini di media sosial, papan tanda kilang Demak di Banting yang disimbah cat dengan caption. “Demak bangkrap”.
Kami cuba mendapatkan maklumat sahih dari sumber yang boleh dipercayai. Dan daripada apa yang yang kami boleh sahkan. DemakDNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd, pemegang jenama Demak Motor akan menamatkan sepenuhnya operasi syarikat ini pada 31 Mei 2018.
Pun begitu, operasi pengeluaran sudah mula dihentikan malah cawangan Demak di Batu Caves sudah mula menghentikan operasi lebih awal pada 23 Mei yang lalu.
Apa sebenarnya yang berlaku?
SAMAN HONDA
Terdapat beberapa khabar angin antaranya ialah kesan saman yang difailkan Honda terhadap rekaan motosikal EX-5 yang ditiru oelh Demak. Apa yang kami boleh katakan, ia tidak benar. Kes ini telah berlaku pada 2015 ( rujuk  di sini ) namun sebenarnya ialah halangan terhadap penjualan model “Spark” yang mana telah pun dihentikan sepenuhnya.

HUTANG
Dikatakan juga DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd berhutang dengan peminjam wang. Teori ini berdasarkan simbahan cat pada papan tanda di pintu masuk kilang Demak di Banting Selangor.
Dari sumber maklumat kami, ini juga TIDAK BENAR. Demak mempunyai masalah lain yang lebih kompleks. DNC Asiatic tiada masalah dalam pemasaran motosikal mereka dan tiada sebab mereka berhutang. Ia lebih kepada masalah operasi.

POLITIK
Ada juga mengatakan ia disebabkan hilangnya pelabur akibat pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan BN (Barisan Nasional) kepada PH (Pakatan Harapan). Dikatakan bahawa pasaran saham yang merudum menyebabkan operasi syarikat ini terjejas. Kami juga sahkan perkara ini TIDAK BENAR. Ia tiada kaitan langsung.
APA NASIB MV AGUSTA
Selain Demak Motor, DNC Asiatic Holdings turut memiliki hak jenama motosikal Itali, MV Agusta untuk pasaran tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.
Agak malang juga bahawa MV Agusta akan turut mengalami nasib yang sama. Buat masa ini Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd sedang berbincang dengan boss mereka di Itali tentang keadaan semasa. Jika mereka mendapat elabur baru yang sanggup untuk meneruskan hak edaran MV Agusta, Moto Varese Asiatic akan membantu dari segi transisi semua kemudahan yang mereka ada.
Buat masa ini, mereka sedang menghabiskan stok sedia ada.

Monday 28 May 2018

Mata Lebam Emilia Hanafi - Fakta Atau Fiksyen?


Bila isu keganasan rumahtangga mendapat publisiti meluas, lebih-lebih lagi bila satu pihak mempamerkan gambar-gambar kecederaan di laman media sosial, pastinya masyarakat akan terus membuat kesimpulan dan menghukum pihak yang satu lagi. Biasanya, kesimpulan dan penghukuman ini dibuat tanpa mendengar penjelasan pihak yang satu lagi.
Emilia Hanafi, satu nama yang sebelum ini kurang dikenali, kini melonjak naik popularitinya apabila beliau mengepos beberapa keping foto yang menunjukkan kecederaan pada dirinya, kononnya akibat dipukul teruk oleh suami beliau (kini bekas suami) iaitu SM Faisal Nasimuddin.
Keadilan harus ditegakkan. Pihak yang salah harus menerima akibat daripada perbuatannya itu.
Namun, dalam kontroversi ini, saya berpendapat pihak yang bersalah adalah Emilia Hanafi sendiri.
Kes ini menjadi sebutan ramai sejak ia mula dibicarakan pada 2015 hanya kerana pihak yang terlibat adalah seorang tokoh perniagaan muda. SM Faisal boleh dianggap sebagai seorang ‘public figure’ yang dihormati dan disegani, hingga mungkin boleh dianggap sebagai selebriti dalam arena perniagaan. Maka tidak hairanlah kes ini menjadi buah mulut orang ramai.
Saya menulis ini kerana tiada siapa yang mempertahankan SM Faisal dari serangan bekas isterinya dan juga netizens. Walaupun SM Faisal telah menafikan segala tuduhan yang dilontarkan melalui akaun Instagramnya, kecaman demi kecaman masih lagi dilontarkan kepada beliau. Dan mereka yang mengecam beliau bukannya orang yang betul-betul mengenali beliau dan keluarga secara dekat.
Dengan kata lain, mereka sekadar berspekulasi, dan mereka ‘termakan’ hasutan dan permainan simpati bekas isteri beliau.
Untuk pengetahuan semua, ‘kes pukul’ tersebut telah pun dibicarakan di Mahkamah dan mahkamah telah membebaskan SM Faisal dari segala pertuduhan. Mahkamah memutuskan bahawa SM Faisal hanya mempertahankan dirinya dari serangan Emilia Hanafi.
Pihak Pendakwa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah memfailkan rayuan pada 30 Ogos 2017.
SM Faisal melalui peguamnya pula memfailkan notis permohonan pembatalan rayuan tersebut 27 Oktober 2017.
Setelah mengambil kira semua fakta kes, pada 29 Januari 2018 Mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah berpuas hati untuk membenarkan permohonan pemohon untuk membatalkan pertuduhan pemohon di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Dalam bahasa mudah, permohonan rayuan yang difailkan oleh pendakwa bagi pihak Emilia Hanafi telah ditolak oleh mahkamah. Mahkamah memutuskan bahawa SM Faisal tidak mencederakan bekas isterinya dengan sengaja, dan Mahkamah bersetuju bahawa beliau hanya mempertahankan diri dari serangan bertubi-tubi bekas isteri.
Kekalahan Emilia Hanafi dalam kes ini adalah punca kenapa beliau terus menerus menyerang SM Faisal di laman sosial. Selain itu, ramai berpendapat bahawa kes perceraian mereka yang masih belum selesai turut menjadi faktor kenapa kedua pihak saling berbalahan.
Perbalahan pasangan ini yang kerap dipapar dalam media hanyalah kerana satu motif - tuntutan berjumlah RM250 juta yang dibuat oleh Emilia Hanafi.
Bekas isteri kepada SM Faisal ini telah melakukan pelbagai perkara, termasuk engkar kepada perintah mahkamah dan melanggar undang-undang, demi mencapai cita-citanya itu. Beliau masih menghalang anak-anak mereka untuk bertemu dengan ayah dan ahli keluarga yang lain.
Emilia Hanafi kerap menampilkan diri beliau sebagai seorang mangsa di laman sosial, namun faktanya ramai yang rapat dengan keluarga Naza bersepakat bahawa beliau seorang yang agresif, pemboros, "drama queen" dan lebih-lebih lagi, pembohong.
Sikapnya yang kasar turut dikongsi oleh keluarganya sehinggakan banyak laporan polis telah dibuat oleh pembantu-pembantu rumah dan pengawal keselamatan kediaman SM Faisal. Mereka pernah mencederakan serta membuat ancaman bunuh terhadap pembantu rumah SM Faisal. Mahkamah telah mendapati bahawa pihak polis "dilihat tidak menyiasat kes tersebut dengan sempurna dan tidak mengambil tindakan."
Emilia Hanafi bijak menggunakan statusnya sebagai seorang wanita serta ibu tunggal untuk menagih simpati masyarakat selanjutnya menggambarkan SM Faisal Nasimuddin sebagai pihak yang bersalah.
Namun, orang ramai tidak mengetahui bahawa Emilia Hanafi adalah seorang pemegang tali pinggang hitam dalam taewondo. Dakwaan bahawa beliau tidak berdaya mempertahankan diri dari bekas suami adalah pembohongan semata-mata.
Pendapat peribadi saya bahawa SM Faisal tidak bersalah dalam kes ini turut dikongsi oleh Mahkamah yang berpendapat bahawa "Mahkamah berpendapat pengadulah (Emilia Hanafi) orang yang sepatutnya dituduh di Mahkamah ini dan pemohon (SM Faisal) sebenarnya adalah mangsa keganasan yang perlu diberi perhatian dari pihak yang berkuasa."
Ini adalah fakta, bukannya spekulasi. Saya mempertahankan SM Faisal dalam hal ini berdasarkan segala fakta-fakta kes yang tiada kena mengena dengan emosi.
Atas sebab yang sama saya berharap orang ramai kini lebih memahami kes yang mendapat publisiti meluas ini kerana Emilia Hanafi dan keluarganya akan terus melakukan pelbagai perkara lagi untuk menggambarkan diri mereka sebagai mangsa. Mangsa keganasan rumahtangga, mangsa perceraian dan mangsa macam-macam lagi.
Faktanya, Emilia dan keluarganya yang selama ini hanya mengikis harta serta tidak pernah bekerja hanyalah untuk mendapatkan tuntutan berjumlah RM250 juta daripada perceraian mereka. Tuntutan yang tidak masuk akal ini telah menyebabkan sepuluh firma guaman yang dilantik oleh Emilia Hanafi menarik diri. Sekali lagi, ini adalah fakta.
Memang mudah untuk mengecam. Namun lebih baik jika kita mengetahui perkara sebenar sebelum menjatuhkan hukuman. Biarlah pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab mereka, dan biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh pihak yang terlibat secara aman. Lagipun, kontroversi ini adalah hal dua keluarga.
SM Faisal enggan membawa isu ini ke medan umum atas alasan yang sama, namun, bekas isteri beliaulah yang tidak berhenti memberi publisiti dengan meminta simpati serta menabur fitnah dan memutarbelit fakta-fakta dan keputusan Mahkamah atas kepentingan peribadi.
Janganlah kita mudah terpedaya semata-mata kerana beliau seorang wanita, dan kerana mangsa tuduhan adalah seorang ‘public figure’ yang bernama SM Faisal Nasimuddin.
- Mir
Di petik dari laman Facebook Lek Lu, Pikir Lu

Wednesday 23 May 2018

Emilia Hanafi Masih Berdegil Dengan Tuntutan RM250 Juta?

Tindakan Emilia Hanafi, bekas isteri kepada Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin mengepos gambar-gambar kononnya beliau dipukul teruk oleh SM Faisal di laman sosial baru-baru ini membangkitkan persoalan yang serius – kenapa sekarang baru beliau menghebahkan perkara ini, dan apa pula sebenarnya motif di sebalik tindakannya itu?
Bagi mereka yang mengenali SM Faisal dan keluarga secara rapat mungkin sudah tahu jawapannya. Bagi mereka yang tidak mengenali pasangan ini, mungkin anda kini bergelumang dengan bermacam persoalan. Adakah benar perwatakan Datuk Wira SM Faisal seperti yang didakwa bekas isteri beliau?
Pertuduhan kononnya tokoh korporat muda ini telah mencederakan isteri beliau sebenarnya telah pun dibicarakan di mahkamah. Dalam perbicaraan tersebut, Datuk Wira SM Faisal telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada segala pertuduhan. Datuk Wira SM Faisal sendiri telah menampis tuduhan tersebut menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Dalam apa-apa situasi pun, sudah pastilah kita kena mendengar penjelasan atau cerita kedua-dua belah pihak dan tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sebelah pihak semata-mata. Datuk Wira SM Faisal berharap masyarakat umum dapat menghormati privasi beliau dan keluarga sementara mereka menyelesaikan pertikaian yang berlanjutan ini sesama mereka sendiri.
Ramai berpendapat tindakan Emilia Hanafi menghebahkan semula kes tersebut hanyalah bermotifkan wang semata-mata kerana selama beberapa tahun ini beliau telah melakukan pelbagai perkara untuk menagih simpati masyarakat umum menerusi pos-pos di laman sosialnya. Tindakan terbarunya ini adalah rancangan terancang yang telah bermula sejak beberapa tahun lepas.
Emilia Hanafi tidak teragak-agak mengupah wartawan, memanggil kru agensi berita ke mahkamah serta membayar agensi-agensi media sosial untuk memburuk-burukkan bekas suami, keluarga serta syarikat milik bekas suaminya itu. Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Datuk Wira SM Faisal hanya berdiam diri kerana enggan membawa urusan peribadi dan keluarga ke pengetahuan umum.
Ingatlah, Emilia Hanafi pernah mewujudkan kekecohan di dalam kamar mahkamah dengan tujuan untuk memburukkan nama baik Datuk SM Faisal dan keluarganya. Kekecohan yang telah ditularkan di internet tahun lepas telah mendedahkan siapa sebenarnya diri beliau - seorang diva yang dahagakan perhatian umum.
Lebih menyedihkan lagi, beliau kerap menggunakan anak-anak sebagai “senjata” untuk “berperang” dengan bekas suami beliau itu, termasuklah sengaja membawa anak-anak ke mahkamah dalam proses pengurusan kes (case management) yang sebenarnya tidak memerlukan plaintif untuk hadir.
Walaupun pihak mahkamah telah memberikan hak kepada Datuk Wira SM Faisal untuk bertemu dengan anak-anaknya, Emilia Hanafi telah menafikan hak tersebut dengan menggunakan pelbagai helah termasuklah engkar dengan keputusan mahkamah. Datuk Wira SM Faisal kesal kerana sejak tiga tahun lepas, beliau telah dinafikan hak untuk bertemu tiga orang cahaya matanya itu. Anak-anaknya juga telah dihalang untuk berjumpa dengan nenek mereka.
Kes penceraian pasangan ini masih belum dapat menemui jalan penyelesaian hanya kerana tindakan Emilia Hanafi yang melengah-lengahkan proses perbicaraan dan membuat tuntutan yang sangat tidak munasabah. Selain itu, beliau juga kerap bertukar peguam yang mewakilinya, menjadikan kes ini terus berpanjangan sehingga hari ini.
Dikhabarkan, Emilia telah membuat tuntutan berjumlah RM250 juta daripada Datuk SM Faisal. Tuntutan tidak munasabah ini telah mengakibatkan sejumlah sepuluh firma guaman yang mewakilinya menarik diri. Bukan satu atau dua, tapi sepuluh firma guaman yang dilantik telah menarik diri. Lebih melucukan lagi, bil-bil firma guaman yang dilantik telah dihantar ke rumah keluarga Datuk Wira SM Faisal sendiri!
Datuk Wira SM Faisal tidak berniat langsung untuk memanjangkan kes perceraian beliau. Beliau hanya mahu menjamin masa depan anak-anaknya yang kini menjalani kehidupan yang tidak tenteram mahu pun stabil bersama bekas isteri beliau itu.
Mereka kerap berpindah randah dengan menyewa atau menumpang sehinggakan mengganggu alam persekolahan anak-anak tersebut. Di samping itu, gaya hidup bekas isteri beliau itu yang masih mahu bersosial dan mengabaikan anak-anak cukup merisaukan Datuk Wira SM Faisal.
Tindakan Emilia Hanafi memberi gambaran bahawa Datuk Wira SM Faisal enggan membayar nafkah bekas isteri serta anak-anak adalah sangat dikesali. Ramai tidak mengetahui bahawa Datuk Wira SM Faisal telah menawarkan pakej penyelesaian yang sangat lumayan kepada bekas isterinya itu.
Tawaran sebuah rumah banglo di Lembah Klang, dua buah kereta serta pemandu untuk kegunaan mereka, wang perbelanjaan persaraan dan persekolahan anak-anak berjumlah RM10,000 sebulan semuanya telah ditolak oleh Emilia Hanafi.

Lebih menyedihkan lagi, yuran persekolahan untuk tiga tahun di sebuah sekolah antarabangsa terkemuka di ibukota telah pun dibayar oleh Datuk Wira SM Faisal, namun Emilia Hanafi sehingga kini gagal membawa anak-anak ke sekolah tersebut.
Datuk Wira SM Faisal sangat kesal dengan tindakan bekas isteri beliau memandangkan selama ini beliau telah membantu seluruh keluarga bekas isteri dengan menawarkan peluang pekerjaan di syarikat Naza. Beliau turut menanggung kehidupan keluarga Emilia yang rata-rata tidak bekerja tapi mahu menjalani kehidupan yang sangat mewah.
Datuk Wira SM Faisal hanya mahu mencari jalan penyelesaian yang adil untuk semua pihak yang terlibat tanpa melibatkan publisiti yang boleh melukakan atau mencemar nama mana-mana pihak. Kebahagiaan dan kehidupan anak-anak beliau adalah perkara yang paling penting dalam hidup beliau.
Dalam posnya di Instagram, Datuk Wira SM Faisal turut menggesa masyarakat umum agar tidak mudah terpedaya dengan segala andaian atau spekulasi yang berpandukan kepada pos-pos laman sosial bekas isterinya itu.

Sumber: Love Malaysia