Friday, 22 December 2017

“Agungnya” LCCT di mata AirAsia.


Sorry Tony, tak agung bagi aku dan pada ramai netizen lagi. Padatnya wei! dah macam pasar malam and puduraya suatu ketika dahulu. Bayangkan airport ada aircond tapi kita nie berpeluh bagai nak gila, dengan tak selesanya berhimpit dengan orang. Itu ke level service yang AirAsia nk bagi kat kami sebagai penumpang? Walaupun komplen pada sesuatu produk/service tu di kira normal, komplen terhadap LCCT adalah yang paling win!

Ni luahan netizen di media sosial:

Kotor, ‘crowded’, sempit, panas, bahang, usang, buruk, tiada tempat untuk berehat adalah antara bende2 yang orang ramai kongsi masa diorang datang ke LCCT. Dan aku perati je semua komplen tu bertambah-tambah dari sejak LCCT wujud lagi. (LCCT takde fb lg untuk korang troll waktu tue hahaha) 
Aku ingat orang kita je yang dok bising2 komplen, orang luar yang datang ke LCCT kita ni pun tunjuk rasa tak puas hati dengan keadaan & kemudahan yang tak semenggah ada kat LCCT ni. 

Aku ni jarang nak komplen bising2 pada sesuatu perkara, tetapi bila pasal LCCT ni..aku memang sependapat dengan netizen dengan yang lain sebab aku ada pengalaman yang serupa macam diorang.

Sedara - mara aku toksah cakap lah, dari semasa ke semasa bila jumpa diorang memang luah benda yang sama. So, aku tak terkejut bila ramai orang benci LCCT. Memang teruk pun airport tu. Cukup lah dengan banyak pengalaman yang tak bagus semasa kat sana. Aku dah give up lama dah.

Mari kita baca lagi luahan netizen yang lain:

Ramai jugak yang kata you get what you pay for. Tapi untuk level LCCT sebagai airport budget kena amik kira jugak keselesaan penumpang. Ini bukan bus stand tepi jalan!

So, selepas luahan & komplen yang berterusan pasal LCCT, patut ke AirAsia bina airport macam tu? korang sendiri dah tahu jawapan dia.

-Social Ninja

5 comments:

  1. bangang lcct bukan air asia yg buat yg punya.. malaysia airport berhad yg jaga & x mampu nk tampung air asia yg laju expand dr 2 biji kapal jd puluh2.

    ReplyDelete
  2. Ape pn aku duka lcct ni..mudah dan dekat..sesuai la utk aku org kg yv x brp pandai sgt ni..sampai kt pintu depan beberapa langkah je terus nampak pintu pelepasan..x kalut dh..

    ReplyDelete
  3. Aku suka lcct drp klia2 yg besar tu..utk aku org kg memang panik bila pergi klia 2 tu..

    ReplyDelete
  4. Aku suka lcct drp klia2 yg besar tu..utk aku org kg memang panik bila pergi klia 2 tu..

    ReplyDelete