Wednesday 13 March 2019

Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP


NAMPAKNYA Andrea Dovizioso tidak boleh bergembira sangat dengan kemenangannya pada aksi pembukaan Kejuaraan MotoGP 2019 di GP Qatar, Ahad lalu berikutan protes daripada pasukan lawan terhadap jentera pasukanWinning Mission Ducati Team.

Bukan satu, tetapi empat pasukan mengemukakan protes, iaitu Aprilia, Suzuki, Honda dan KTM yang mendakwa Ducati menggunakan peranti aerodinamik baharu yang dipasangkan pada swingarm jentera Desmosedici. Protes tersebut kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan MotoGP.

Aduan rasmi sudah dibuat seawal Ahad lalu selepas tamat perlumbaan, tetapi ditolak pihak Panel Pengelola FIM MotoGP. Bagaimanapun, rayuan kemudian dibuat dan disebabkan masa terhad untuk menyiasat hal tersebut pada keesokan hari (kerana perlumbaan berakhir sebelah malam), aduan akhirnya dibawa untuk perhatian Mahkamah Rayuan MotoGP.


MotoGP dalam satu kenyataan rasmi berkata:

Pada GP VisitQatar, Panel Pengelola MotoGP FIM menerima pelbagai protes mengenai peranti aerodinamik pada swingarm belakang jentera Ducati yang dipandu Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati Team), Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati Team), dan Jack Miller (Alma Pramac Ducati).

Protes dibuat Aprilia Racing Team Gresini, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda Team dan Suzuki Ecstar, yang menyatakan kebimbangan masing-masing kepada Panel Pengelola FIM MotoGP. Berdasarkan garis panduan dan peraturan yang dikuatkuasakan kini, protes mereka ditolak Panel Pengelola FIM MotoGP.

Proses rayuan kemudian dimulakan dan panel rayuan kemudian memutuskan untuk merujuk kes itu kepada Mahkamah Rayuan MotoGP untuk mendapar lebih maklumat berhubung perkara tersebut.

Keputusan GP Qatar kekal seperti kedudukan sedia ada."

SUMBER: Pandu Laju

Monday 11 March 2019

17 SIFAT WANITA YANG TIDAK BOLEH DINIKAHI. JIKA DINIKAHI JUGA, BURUK PADAHNYA


Bila sudah cukup umur, panggilan untuk bernikah selalunya tiba. Bila semuanya cukup, eloklah dipercepatkan untuk elakkan maksiat. Lagipun, perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut.

Namun bagi seorang lelaki, amat sukar untuk mencari pasangan yang secocok ataupun sesuai. Banyak berlaku kes-kes perceraian adalah mungkin kerana tersilap memilih pasangan. Berikut adalah paparan beberapa sifat wanita yang tidak boleh dinikahi.

1. Wanita yang suka mengeluh

Sifat wanita yang tidak boleh dinikahi pertama adalah yang suka mengeluh atau tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan.

2. Wanita yang suka mengadu
Jika wanita mempunyai sifat ini, rumahtangga biasanya tidak akan bahagia. Isteri tidak boleh memburuk-burukkan suami kepada orang lain.

3. Wanita yang suka mengungkit kebaikannya

Sikap sentiasa berasa dia benar dan orang lain salah adalah satu punca perkahwinan tidak bahagia. Lebih bahaya lagi jika isteri suka mengungkit kebaikannya kepada suami atau orang lain.

4. Wanita yang tidak pernah merasa puas
Wanita yang tidak pernah merasa puas, tamak dan sentiasa mahukan segala-galanya lebih patutnya dihindari. Sikap mereka ini bakal membawa keretakan rumahtangga.

5. Wanita yang suka mengingatkan keburukan orang lain
Sikap ini amatlah negatif kerana sering melupakan kelemahan sendiri. Sifat ini bakal memusnahkan kebahagiaan rumahtangga.

6. Wanita yang suka bersosial
Menikahi seorang wanita yang amat gemar bersosial sebenarnya membawa banyak keburukan kepada alam rumahtangga.

7. Wanita yang hobinya berdandan
Berdandan memang tidak dilarang dalam Islam maka seorang isteri digalakkan menghias diri demi menyenangkan hati suaminya. Walaupun begitu, berdandan berlebihan juga tidak baik kerana ini membuatkan seorang wanita melupakan tugas utamanya sebagai isteri. Ia juga menjurus kepada sifat boros and riak.

8. Wanita yang cerewet
Memang lumrah kaum wanita lebih banyak bercakap daripada lelaki namun ini adalah kebiasaan. Apa yang boleh mendatangkan mudarat adalah apabila wanita terlalu banyak bercakap sehingga mendatangkan dosa umpamanya fitnah atau menghina orang lain.

9. Wanita yang sombong

Sikap sombong atau suka membangga diri adalah sifat yang tidak baik. Sebaik-baiknya elakkan diri dari menikahi wanita yang bersifat sombong. Ucapan dari orang yang sombong selalunya menyakiti hati orang lain, walaupun mereka tidak menyedarinya.

10. Wanita yang bersifat kelaki-lakian
Wanita bersifat kelaki-lakian atau tomboi juga sebaiknya tidak dinikahi. Jelas agama Islam melaknat wanita yang menyerupai laki-laki, atau pun sebaliknya.

11. Wanita yang pemalas
Sifat seorang isteri yang baik di sisi Islam adalah wanita yang berupaya melaksanakan kewajipannya sebagai ibu atau ratu rumahtangga. Jika isteri seorang pemalas, hal ehwal rumahtangga yang lain akan turut terjejas. Anak-anak juga mungkin akan diabaikan.

12. Wanita materialistik
Islam tidak menggalakkan lelaki mengahwini wanita yang materialistik kerana isteri sebegini selalunya akan merugikan suami dengan berboros dan meminta-minta lantas merosakkan ekonomi keluarga.

13. Wanita yang tidak tahu menjaga kehormatannya
Kedudukan wanita dalam Islam sangatlah mulia dan dilindungi. Namun wanita yang mulia adalah wanita yang mampu menjaga kehormatannya. Elakkanlah dari mengahwini wanita-wanita yang tidak tahu menjaga kehormatannya.

14. Wanita pendengki
Hasad dengki dan irihati adalah jelas sifat yang dibenci Alllah SWT. Perkahwinan tidak akan bahagia sekiranya isteri dipenuhi sifat hasad dengki dan iri hati.

15. Wanita yang terlalu pencemburu
Ada batasnya dalam cemburu. Cemburu buta atau cemburu berlebih-lebihan akan mengundang pertikaian atau perbalahan antara suami isteri. Sebaiknya jangan menikah dengan wanita yang terlalu posesif dan cemburu buta.

16. Wanita yang suka mengumpat
Perbuatan nengumpat adalah perbuatan yang cela. Seseorang yang suka mengumpat tidak hanya dibenci manusia lain, tapi juga dibenci Allah Ta’ala. Lihatkah keperibadian seorang wanita sebelum mengahwininya.

17. Wanita keras kepala
Wanita yang keras kepala tidak akan menerima pandangan atau nasihat orang lain. Mereka akan sentiasa berasa bahawa mereka betul maka ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada rumahtangga.

Setelah kita amati 17 sifat ini, mungkin kita diingatkan kepada sesiapa yang kita kenali dan kita teringat pula kenapa perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian, dan setelah bercerai pun masih banyak lagi timbul pelbagai masalah.