Friday 29 June 2018

Pentingnya aktiviti minyak dan gas di Malaysia dikawal selia oleh badan yang stabil


Penolong Profesor Asia School of Business, Dr. Renato Lima de Oliveira, berkata jika setiap negeri berunding semula terma minyak dan gas mereka, ia akan menjejaskan pembangunan industri. Beliau memberi komen semasa mengulas pertikaian pemilikan minyak dan gas di antara syarikat petroleum nasional, Petronas dan negeri Sarawak.
“Apabila semua negeri berunding semula terma mereka, ia akan menyukarkan Malaysia untuk melaksanakan isu agenda negara. Ia adalah lebih baik jika hanya satu entiti sahaja yang menentukan kepentingan hal minyak negara.
“Dengan entiti berasingan mengawal selia semua sumber minyak dan gas negara, had sempadan akan menjadi kabur. Ia juga tidak jelas sama ada syarikat Petros mampu memainkan peranan mereka seperti kejayaan yang dicatat oleh Petronas.
“Saya fikir isu ini bukan sahaja mengenai sumber semula jadi tetapi lebih kepada mencari hak dan saksama untuk Sarawak memaksimumkan pegangannya dalam hasil minyak,” katanya dalam laporan Bisnes NST.
Dr. Oliveira berkata, ini adalah aspirasi yang sah oleh kerajaan Sarawak dan tindak balas semula jadi untuk berkongsi hasil di antara syarikat Petronas dan negeri Sarawak.
"Bagaimanapun, sangat penting untuk sebuah negara seperti Malaysia untuk memiliki syarikat minyak yang lebih dipercayai dan lebih kukuh seperti Petronas untuk mengawal sumber dan aktiviti minyak.
"Ia juga akan mewujudkan ketidakpastian peraturan apabila setiap negeri mempunyai peraturan minyak dan gas tersendiri yang boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi.
"Pelabur lebih tertarik kepada negara yang mempunyai badan pengawalseliaan yang kukuh dan stabil untuk mereka melabur," katanya.
Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 menyatakan, keseluruhan hak pemilikan dan hak eksklusif, kuasa dan kebebasan serta hak meneroka, mengeksploitasi, memenangi dan memperolehi petroleum sama ada di darat atau di luar pesisir Malaysia diletakkan di bawah satu Perbadanan yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang berkaitan dengan perbadanan syarikat.
Perbadanan yang dinyatakan dalam PDA 1974 adalah Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Kerajaan Sarawak mendakwa bahawa PDA 1974 bukan satu pajakan perlombongan kerana Parlimen tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk meluluskan undang-undang berkaitan dengan pengeluaran pajakan perlombongan.
Ia turut mempertikaikan bahawa PDA tidak mengecualikan Petronas daripada mematuhi undang-undang negeri seperti Ordinan Perlombongan Sarawak 1958 dan Kanun Tanah Sarawak.
Petronas bagaimanapun menyatakan bahawa Ordinan Minyak dan Perlombongan tidak lagi berkuatkuasa dan tiada bantahan dari kerajaan Sarawak sejak 1974 mengenai aktiviti huluannya di negeri itu.
Dr. Oliviera yang juga ahli Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), berkata Malaysia adalah antara salah satu negara yang berjaya di dunia di mana ia mempunyai syarikat minyak nasional sebagai pengawal selia dan pengendali sumber minyak dan gas.
"Banyak negara mempunyai Syarikat Minyak Negara yang dikenali sebagai NOC, namun tidak semua seperti Malaysia.
"Petronas adalah salah satu daripada sebilangan kecil syarikat minyak global yang telah mencipta kejayaan di dalam dan luar Malaysia serta berupaya membentuk rantaian bekalan, pengurusan bakat dan memainkan peranan dalam pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, ia mempunyai kehadiran besar di luar pasaran domestik,” katanya.

Ditulis oleh: Sarah S.

Sumber: Kwiknews

Tuesday 12 June 2018

Makwe Ini Kena Lempang, Rakan Lelaki Ini Tampil Jelaskan Apa Sebenar Terjadi


Viral di media sosial video seorang lelaki menampar muka gadis yang dipercayai teman wanitanya menimbulkan kemarahan warga netizen.
Kejadian itu sempat dirakam oleh penduduk, Tikah Abu Samah, yang ternampak kejadian yang tidak dijangkakan itu sebelum memuat naik video tersebut di Instastorynya dan tersebar di Twitter.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kondo 900 Jitra, Kedah.
Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pasangan berkenaan dilihat sedang berbincang. Namun lelaki terbabit kelihatan geram lalu mengetuk-ngetuk motosikalnya.
Gadis berkenaan cuba menghentikannya, malangnya secara tiba-tiba ditampar oleh lelaki itu yang kemudian memerhatikan keadaan di sekeliling kerana bimbang perbuatannya itu diperhatikan orang lain.
Menurut Tikah, dia mengenali pasangan berkenaan yang juga merupakan junior beliau.
“Since ramai yang view Instastory saya selepas video kejadian itu viral, saya nak mengesahkan yes saya kenal mereka berdua yang merupakan my junior classmate and yes they are involved in aa toxic relationship,” jelas Tikah.

Ini Sebenar Yang Terjadi

“Teman wanita dia melawak kasar sangat dengan dia dan dia gagal mengawal diri,” demikian jelas Enin, rakan kepada pasangan dalam video viral di media sosial baru-baru ini.
Jelas Enin, teman wanita kepada rakan lelakinya itu bergurau secara kasar menyebabkan lelaki itu berang dan gagal mengawal diri lalu ‘naik tangan’. Namun jelasnya, kedua-duanya sudah berdamai dan meminta netizen berhenti menyebarkan video tersebut.
Berdasarkan screenshot yang dimuat naik, individu terbabit menulis,
“Okey, macam ini cerita dia. Dia terjumpa gambar lelaki lain dengan aku. Selepas itu aku bohong dia, kata lelaki itu pakwe (teman lelaki) baru.
“Selepas itu dia naik geram la. Memang patutlah marah. Tapi tak sangka sampai macam tu. So please jangan duk viral,” tulis individu terbabit.

Terdahulu, viral di media sosial video seorang lelaki menampar teman wanitanya dan kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam sebelum memuat naik video itu di Instastory.
Rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang tergamak memukul wanita yang sepatutnya dilindungi, bukannya dikasari.
SUMBER : THE REPORTER

Thursday 7 June 2018

Tech3 Sah Ikat Hafizh Musim Depan, Bakal Tunggang Jentera KTM Sama Seperti Zarco


PELUMBA harapan Malaysia, Hafizh Syahrin sah akan kekal bersama pasukan Tech3 musim depan walaupun pasukan Perancis itu beralih kepada mesin KTM, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai masa depan rookie tersebut.
"Susah aku nak cakap dan percaya. Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih banyak kepada Herve (Poncharal) yang percayakan aku dan berikan aku peluang ini untuk kekal dengan familik Tech3 dan pada masa sama menyertai famili KTM. Aku juga mahu ucapkan terima kasih banyak kepada pengurus, Dato' Razlan (Razali) yang membantu aku mencapai impian dalam kelas MotoGP, dan terima kasih kepada KTM kerana percayakan Herve dan aku.
Aku akan berkerja keras untuk 2019 dan aku akan bersiap sedia lebih baik kerana ia bukan lagi kejutan seperti musim ini. Aku sangat gembira kerana dapat peluang ini. Malah aku rasa hampir nak menangis sebab gembira. Terima kasih kepada semua orang, terutama Herve dan Dato' Razlan kerana selalu percayakan aku," ujar Hafizh dengan penuh berwibawa.

TUNGGANG JENTERA SAMA SEPERTI ZARCO

Menurut Herve, Hafizh pada musim depan akan menunggang jentera KTM spesifikasi 2019 mewakili pengeluar dari Austria itu.
"Daripada hampir hari pertama kami mula bekerja dengan dia, saya mahu berikan Hafizh tahun kedua kerana tahun pertama adalah penting untuk belajar, tetapi tahun kedua mungkin lebih penting untuk membuktikan diri kita. Apa yang jelas, semuanya berubah kepada projek baharu dengan KTM yang mana kami ada insurans yang mana empat jentera KTM atas grid 2019 nanti ialah evolusi yang sama. Ia akan jadi lonjakan besar buat Hafizh.
"Dia akan tunggang motor yang sama seperti Miguel Oliveira, Johann Zarco dan Pol Espargaro dan inilah cabaran hebat. Aku sangat bangga galas cabaran ini bersama Hafizh, sentiasa dengan sokongan Razlan. Aku fikir kami sudah dapat penunggang terbaik, aku hampir pasti Oliveira dan Hafizh akan jadi pakej kuat untuk penunggang bakat baharu dan bercita-cita tinggi," kata Herve dengan mata bersinar.
Sumber: Pandu Laju

MV Agusta kembali ke perlumbaan Grand Prix


Jenama Itali MV Agusta akan berkerjasama dengan Forward Racing berlumba di dalam Kejohanan Dunia Moto2 ™

Sejarah perlumbaan motosikal berkait rapat dengan sejarah MV Agusta, pengeluar motosikal Eropah paling Berjaya dengan 75 kejuaraan dunia (38 rider dan 37 pengilang) dari 1952 hingga 1974. Pasukan MV Agusta adalah diantara pengeluar pertama yang berbaris pada permulaan untuk perlumbaan pertama dalam siri perlumbaan ini yang kini menjadi Kejohanan Dunia MotoGP ™. Pada mulanya Carlo Ubbiali mendapat tempat keempat, dan kemudian memenangi perlumbaan minggu berikutnya di Belanda.

Pada Julai 3, 1949. John Surtees, Ubbiali, Mike Hailwood, Phil Read dan kemudian, tentu saja, Giacomo Agostini: pelumba yang menjadi legenda dan orang penting dalam sejarah motosikal, menunggang motosikal MV Agusta. Seorang legenda yang mencatat sejarah Itali, dengan MV Agusta sebagai lambang kelahiran semula dan kejayaan negara Itali.

Empat puluh dua tahun kemudian, MV Agusta kembali, dengan peranan utama sebagai pengeluar Itali untuk menyertai Kejohanan Dunia Moto2 ™ bersama Pasukan Racing Forward.

MV Agusta memutuskan untuk berkerjasama dengan Pasukan Forward Racing, sebuah pasukan yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk bertanding di dalam Kejohanan Dunia Moto2 ™. Sejak dari awal penubuhannya, pasukan Forward Racing mencapai podium dalam perlumbaan sulung dan kemenangan pertama mereka pada pusingan kelima di Silverstone. Pasukan Forward Racing turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia MotoGP ™, dengan Aleix Espargaró mengungguli kedudukan kelas Terbuka pada akhir musim 2014.

Prototaip pertama untuk  Kejohanan Dunia Moto2 ™ sudah dalam fasa terakhir dan bakal beraksi pada bulan Julai 2018.

"MV Agusta adalah jenama paling berjaya dalam sejarah motosikal" kata Giovanni Castiglioni, Presiden MV Agusta. "Kembalinya MV Agusta ke Grand Prix adalah satu penghormatan yang besar bagi saya. Kejuaraan Dunia Moto2 ™ sangat kompetitif dan untuk berjaya kami perlu menggunakan teknologi dan pengalaman terbaik dalam pembangunan motosikal lumba".

"Impian membawa MV Agusta kembali ke Kejohanan Dunia dilahirkan bersama Claudio Castiglioni, yang saya selalu dikaitkan dengan harga diri dan persahabatan, dan impian itu menjadi kenyataan dengan anaknya Giovanni," kata Giovanni Cuzari, CEO Pasukan Forward Racing.  Saya bekerja selama bertahun-tahun untuk ini berlaku, dan sekarang saya berasa bangga untuk mengumumkan bahawa MV Agusta akan berlumba dalam Kejohanan Dunia Moto2 ™ dengan Pasukan Forward Racing. Saya juga menyedari tentang tanggungjawab besar yang digalas dalam mempunyai jenama yang berprestij di atas badan motosikal kami. MV Agusta dan CRC, akan berusaha dalam masa yang sesingkat mungkin demi impian semua peminat,"

Sumber: MotoGp

#MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020. PETRUCCI NAIK TARAF KE PASUKAN FACTORY DUCATI


PELUMBA Ducati Team, Jorge Lorenzo mengesahkan diri sebagai pelumba Repsol Honda menggantikan Dani Pedrosa dalam saingan MotoGP 2019 dan 2020. Ini bermakna pelumba Sepanyol itu akan menjadi regu kepada rakan senegaranya, adinda Marc Marquez.
Berita terbaharu itu langsung menamatkan segala spekulasi yang tercetus tentang kemungkinan dia menyertai Suzuki Ecstar atau Yamaha dibawah tajaan konglomerat Malaysia, Petronas.
Lorenzo menjadi berita hangat di Eropah selepas merangkul kejuaraan GP Itali hujung minggu lalu, juga kejayaan pertama sepanjang penyertaannya bersama Ducati Team. Sebelum itu, dia dilaporkan tidak gembira dengan pasukan dari Itali tersebut selepas bergelut mengekang mesin Desmosedici.
Kini, segala persoalan sudah terlerai dan memang sahih Lorenzo akan menjadi pelumba baharu Repsol Honda.
"Orang ramai patut percayakan Jorge Lorenzo apabila keputusan tidak berapa bagus, dan percaya apa aku mahu, tetapi tidak cukup orang yang percaya.
"Aku bukan bagi alasan dan aku beritahu kebenaran, dan apabila Ducati akhirnya buat ubah suai ke atas motor, aku dapat buktikan diri aku.
"Aku harap bermula sekarang orang ramai akan lebih percayakan apa aku kata. Sebahagian hati aku sangat gembira dengan kejayaan ini dan sebahagian lagi sedih, kerana aku percaya jika aku dapat apa aku nak sebelum ini, aku boleh cakap bahawa aku akan sambung (kontrak )dengan Ducati, tapi aku tak boleh cakap macam tu," kata Lorenzo seraya menitis air mata kehibaan.
Susulan pemergian Lorenzo, pelumba Danilo Petrucci melengkapkan perpindahan ke pasukan Ducati Team, menyertai rakan senegara dari Itali, Andrea Dovizioso selepas dua tahun bersama pasukan satelit Pramac Ducati.
Kini beban ditinggalkan Petrucci itu bakal digalas rakan sepasukan lama dari Australia, Jack Miller yang mana dia dikhabarkan akan menunggang motosikal sama seperti jentera pengilang.
Sumber: PAnduLAju

Friday 1 June 2018

Kecelaruan Emilia Hanafi


Banyak betul kontroversi Emilia Hanafi sejak bercerai dengan suaminya SM Faisal Nasimuddin. Dan kalau kita lihat, segala-galanya bermula apabila dia meluahkan perasaannya di laman media sosial. Di situlah tempat dia mengadu, tempat dia tunjukkan kekuatan, tempat dia tunjukkan kasih sayang pada keluarga, tempat dia pamerkan keakraban dengan teman-temannya.`
Malangnya, media sosial juga tempat dia meroyan, menfitnah, menanam akaun-akaun palsu dan memulakan kempen benci terhadap bekas suaminya itu.
Kempen kebencian yang dia mulakan dan semarakkan setiap hari itu akhirnya membuatkan bekas suaminya hilang sabar.
Bertahun-tahun bekas suaminya difitnah, dilemparkan tuduhan, dihina - bukan sahaja oleh Emilia Hanafi sendiri, malah oleh ahli keluarganya, teman-temannya, dan yang paling sedih sekali, followers yang termakan hasutan dan permainan simpati seorang wanita penuh kebencian yang bernama Emilia Hanafi.
Baru-baru ini surat peguam telah pun dihantar oleh SM Faisal kepada Emilia, dan jika Emilia masih berdegil dan meneruskan agendanya, dia bersama beberapa ahli keluarganya akan disaman oleh bekas suaminya itu.
Ada beberapa perkara menarik yang saya perhatikan menerusi akaun Instagram bekas isteri bos Naza ini. Pemerhatian saya menimbulkan pelbagai soalan, dan soalan-soalan ini akhirnya menimbulkan kesangsian dalam diri saya.
Saya tidak pasti bila mereka bercerai, tapi saya tahu dan mengikuti perkembangan kes yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung tuduhan Emilia bahawa SM Faisal telah memukul dirinya. Isu ini kembali hangat bila Emilia mengepos gambar kecederaannya itu beberapa minggu lepas di akaun Instagramnya.
Kes mula dibicarakan pada 2015, namun hanya awal tahun ini ianya selesai setelah mahkamah memutuskan SM Faisal tidak bersalah kerana hanya mempertahankan dirinya dari serangan Emilia yang memegang ‘black belt’ dalam taekwondo.
Apa yang menimbulkan persoalan, bermula 2013 hingga 2015 terdapat sejumlah 231 gambar SM Faisal bersamanya dan anak-anak serta keluarga atau rakan-rakan yang lain di dalam akaun Instagramnya itu. Jika benci, kenapa masih menyimpan gambar-gambar tersebut untuk tatapan umum?
Persoalan yang timbul dalam benak seorang follower (saya mengikuti kedua-dua Emilia dan SM Faisal menerusi Instagram) adalah ini: Adakah Emilia masih menyimpan perasaan terhadap bekas suaminya itu, dan mungkin menggarap harapan agar mereka kembali bersama sebagai sebuah keluarga yang bahagia (dan jangan lupa, kaya raya)?
Kenapa setelah menuduh bekas suami dengan pelbagai tuduhan termasuk dipukul dan diperlakukan seperti haiwan dia masih menyimpan gambar-gambar tersebut? Kenapa masih menyimpan gambar-gambar bekas suami untuk dikongsi umum?
Dan jika kita lihat posting demi posting sebelum gambar ‘kecederaan’ disiarkan kepada umum, Emilia nampak seperti seorang yang melalui kehidupan yang mewah. Setiap hari dia menonjolkan gaya hidupnya. Tidak nampak pun kesusahan atau keperitan hidup sebagai seorang yang dipukul atau ditindas.
Jika kita seorang mangsa domestic violence, tidak mungkin kita akan tonjolkan kehidupan serta gaya hidup kita setiap hari untuk tatapan umum. Kita akan diselami kemurungan, kemarahan atau pun kekecewaan. Dalam Instagram Emilia Hanafi, dia hanya paparkan kebahagian dan kemewahan.
Sejak kebelakangan ini pula, dia cuba paparkan dirinya sebagai seorang yang warak pula. Dia mula mengikuti program-program usrah, takzirah, kelas-kelas agama dan sebagainya. Jika dia sedang mencari keamanan diri menerusi program-program kerohanian, alhamdulillah. Kita patut mendoakan agar dia dapat temui keamanan yang dicari.
Tapi, pada masa yang sama pula, dia tidak berhenti menabur fitnah terhadap bekas suaminya itu. Paradoks dalam dirinya menguatkan lagi kata hati saya bahawa itu semua hanyalah lakonan.
Jika dia betul-betul sedang belajar ilmu keagamaan, sepatutnya dia sedar dan tahu bahawa fitnah itu termasuk dalam tujuh dosa besar dalam Islam, dan dosanya lebih besar daripada membunuh.
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih." (al-Buruj: 10)
“Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh." (al-Baqarah: 217)
Selain menfitnah, Emilia sedar atau tidak bahawa dia sedang membuka aib bekas suaminya itu? Bukan setakat membuka aib, dia juga mengharapkan orang ramai juga mengaibkan bekas suaminya itu. Dalam zaman serba moden ini, semuanya pantas, semuanya laju. Satu aib yang dibuka oleh Emilia dengan pantas akan dikongsi oleh beribu orang lagi. Maka bercambahlah aib itu.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW, “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi aibnya pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)
Jika Emilia menjaga dan tidak membuka aib orang lain, maka sudah pastilah Allah akan menjaga aibnya juga. Ini tidak. Satu demi satu disiarkan oleh Emilia, maka kita tidak boleh salahkan pihak yang difitnah dan diaibkan untuk mempertahankan maruahnya.
Bila pelbagai cerita mula dibongkar tentang sikap dan perangai Emilia dan beberapa ahli keluarganya, kita tahu betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.
Kata pepatah Inggeris, “you reap what you sow.”
-mir

Di Petik dari Facebook Lek Lu, Pikir Lu

Harga Proton Saga Sekarang Hanya RM29k?


BUAT pertama kali dalam tempoh 10 tahun, Proton Saga dijual pada harga di bawah RM30,000 bersempena dengan pengumuman kadar sifar Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan bersama promosi Hari Raya sepanjang Jun 2018.
Ya, anda kini boleh memiliki Proton Saga pada harga serendah RM29,623.87. Bukan saja menikmati sifar GST,  Proton turut memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM3,500 bagi pembelian model Saga.
Bukan itu saja, Proton turut menawarkan ‘duit raya’ sebanyak RM4,000 bagi pembelian model Iriz dan Ertiga serta RM3,000 untuk Persona.
Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, inilah masa terbaik orang ramai untuk memiliki Proton di mana mereka boleh berjimat antara 12 hingga 18 peratus, bergantung model kereta.
Tambah Rashid, kesemua model Proton kini sudah lebih murah dan pada masa sama mengekalkan ciri keselamatan premium seperti penarafan 5-bintang ASEAN NCAP, enam beg udara dan struktur badan HPF bagi model Persona serta Iriz.
 Proton Ertiga juga tidak kurang hebat kerana memiliki kelebihan jimat minyak yang terbaik dalam kelasnya. Ia turut mampu memberikan keselesaan tambahan kepada penumpang dengan adanya penghawa dingin pada ruang belakang.
“ Manakala tempat duduk barisan ketiga juga luas selain memiliki ruang kepala lebih selesa terutamanya untuk mereka yang bakal pulang ke kampung bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya lagi.

PEMERIKSAAN 20-POIN PERCUMA

Selain promosi jualan, Proton juga menawarkan pemeriksaan 20-poin secara percuma di kesemua cawangannya di seluruh negara, bermula sekarang hingga 15 Jun 2018. Pemeriksaan 20-poin ini merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk serta lain-lain.
Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan pada saat akhir dan ingin melakukan pemeriksaan 20-poin, anda juga boleh ke Stesen Petronas terpilih di mana pasukan perkhidmatan Proton akan berada di sana untuk membantu melakukan pemeriksaan pantas diperlukan.

TUKAR MINYAK PELINCIR, DAPAT HADIAH PERCUMA

Dalam pada itu, pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis dengan menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana cawangan Proton layak menerima payung eksklusif atau set pemutar skru Rolson secara percuma. Bagaimanapun, tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi cawangan Proton terdekat sekarang! Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di customercare@proton.com.Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.
Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.

Sumber : Pandulaju.my

Ramai yang keliru pasal 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐋 𝐒𝐞𝐫𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧 𝐄𝐱𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐰𝐚𝐲

Jajaran KL Seremban Expressway yg dimiliki oleh Metramac (own by Anih Berhad) mmg tamat tarikh konsesi nya hujung Mei ini
Sebenarnya kita membayar tol di Lebuhraya ini melalui Tol Sg Besi (Lebuhraya PLUS) iaitu surcaj sebanyak 80sen bagi setiap kenderaan kelas 1 yg melalui tol sg besi di kedua dua arah
Sempadan Lebuhraya metramac ni adalah dari Petron lepas dari plaza sg besi sehingga ke tudm sg besi (arah Kuala Lumpur)

Ini bermakna semua bayaran laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya PLUS akan dikurangkan untuk semua kelas kenderaan.
Secara ringkas, pengurangan harga tol untuk semua kenderaan yang melalui Plaza Tol Sungai Besi (hala Utara atau Selatan) ialah seperti berikut:
  • RM0.80 bagi Kelas 1; 
  • RM1.20 (Kelas 2), 
  • RM1.70 (Kelas 3), 
  • RM0.40 (Kelas 4)
  • RM0.60 (Kelas 5) 
Namun begitu, sekiranya pengguna dari Selatan keluar dari mana-mana tol selain Plaza Tol Sungai Besi, ia tidak akan membabitkan sebarang penurunan kerana hanya plaza tol itu sahaja yang sebelum ini mengenakan caj RM0.80 oleh Metramac.
So bila tamat konsesi dan pengumuman ini maka jumlah pembayaran bagi setiap transaksi yg melalui Plaza Sg Besi (entry dan exit atau arah utara dan selatan) akan sedikit rendah dari biasa
bukan highway kl - seremban ye