Wednesday, 13 March 2019

Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP


NAMPAKNYA Andrea Dovizioso tidak boleh bergembira sangat dengan kemenangannya pada aksi pembukaan Kejuaraan MotoGP 2019 di GP Qatar, Ahad lalu berikutan protes daripada pasukan lawan terhadap jentera pasukanWinning Mission Ducati Team.

Bukan satu, tetapi empat pasukan mengemukakan protes, iaitu Aprilia, Suzuki, Honda dan KTM yang mendakwa Ducati menggunakan peranti aerodinamik baharu yang dipasangkan pada swingarm jentera Desmosedici. Protes tersebut kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan MotoGP.

Aduan rasmi sudah dibuat seawal Ahad lalu selepas tamat perlumbaan, tetapi ditolak pihak Panel Pengelola FIM MotoGP. Bagaimanapun, rayuan kemudian dibuat dan disebabkan masa terhad untuk menyiasat hal tersebut pada keesokan hari (kerana perlumbaan berakhir sebelah malam), aduan akhirnya dibawa untuk perhatian Mahkamah Rayuan MotoGP.


MotoGP dalam satu kenyataan rasmi berkata:

Pada GP VisitQatar, Panel Pengelola MotoGP FIM menerima pelbagai protes mengenai peranti aerodinamik pada swingarm belakang jentera Ducati yang dipandu Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati Team), Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati Team), dan Jack Miller (Alma Pramac Ducati).

Protes dibuat Aprilia Racing Team Gresini, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda Team dan Suzuki Ecstar, yang menyatakan kebimbangan masing-masing kepada Panel Pengelola FIM MotoGP. Berdasarkan garis panduan dan peraturan yang dikuatkuasakan kini, protes mereka ditolak Panel Pengelola FIM MotoGP.

Proses rayuan kemudian dimulakan dan panel rayuan kemudian memutuskan untuk merujuk kes itu kepada Mahkamah Rayuan MotoGP untuk mendapar lebih maklumat berhubung perkara tersebut.

Keputusan GP Qatar kekal seperti kedudukan sedia ada."

SUMBER: Pandu Laju

0 comments:

Post a Comment