Opss, jangan salah paham gambar kat atas sebagai mukadimah sahaja. Nak dijadikan cerita, masa TTS haritu.. kawan aku ada bertanya motor apa yang best dengan budget RM30k maka terpikirlah idea untuk membuat research untuk posting today. Aku stay dalam range motor baru 250cc above yang ada clutch sahaja in no particular order supaya dapat pinpoint ke arah topic dengan lebih mudah dan tak buyers terhadap mana-mana brand. Secondhand dalam posting lain.
Aku mulakan dengan keluarga Honda CB 500 series yang mengunakan enjin parallel twin. Ada 3 jenis konsep :
CB500F = RM 28,288
CBR500R = RM 28,588
CB500X = RM 28,688
Next kita tengok CBR250R. Single silinder enjin
CBR250R trico = RM 19,999 / CBR250R Repsol ABS = RM 23,499 / No abs RM 20,499
Selesai dengan Honda kita ke Kawasaki pulak. Ninja 250R twin parallel enjin
Ninja 250R = RM 22.589 / Ninja 250R SE = RM 24,289
Satu lagi model Kawasaki yang terbaru yang sekarang mendapat perhatian ramai Z250 juga twin parallel enjin yang rupanya ala-ala Z800.
Z250 = RM 21,589
Beralih arah pulak pada satu-satunya motor 4 dapur yang aku jumpa bawah RM30K dalam Malaysia iaitu Benelli TNT 600.
Benelli TNT 600 = RM 29,990
Kemudian kita ke Hyosung atau lebih dikenali di Malaysia Naza Blade yang menggunakan enjin V-twin.
Naza Blade 250 GTR = RM 13,888
Naza Blade 250 SE TBR = RM 16,088
Naza Blade 250 N = RM12,899
Naza Blade 650 GTR = RM 22,600
Naza Blade 650R TBR = RM 22,988
Juga tak ketinggalan SYM T2 250 I yang menggunakan enjin single silinder
Megelli juga menawar 3 konsep motor yang mengunakan enjin single silinder
Megelli 250RR version 2.0 = RM 15,800
Megelli 250SR = RM 14,880
Megelli 250MR = RM 14,580
Yang terakhir skali dari KTM, Duke 390 ABS yang menggunakan enjin single silinder
Duke 390 ABS = RM 26,500
Ok setakat itulah list motor bawah RM30k yang aku jumpe dalam Malaysia. Brand seperti Yamaha, Suzuki dan lain-lain belum ada kepastian lagi. Mana yang terkurang, korang boleh update kat dalam komen, kita sama-sama share. Bab performance aku rasa korang boleh la rujuk kat dalam group-group yang banyak dalam FB tue.. Aku tak mau komen bab tue.. Senarai harga may vary sikit sebab tak semua bagi price on the road so faham-faham je la. Nasihat pada yang nak beli motor, beli ikut kemampuan jangan ikut rasa nanti badan binasa. Fikir-fikirkan lah maintenance bulanan tapi kalau dah minat apadehal! Layankan je..
Good review..cume harga duke 390 tu base price adalah rm26500
ReplyDeleteok bro.. saya betulkan .. terima kasih
ReplyDeleteemmm...rasanya Yamaha dah keluar naked 250...cuba semak..k
ReplyDeleteposting 2014 nie bang
Deletedh cari, tp xjumpe la bro
ReplyDeleteNak upgrade Benelli, ok tak motor tu?
ReplyDelete