Wednesday, 30 May 2018

SAH! DEMAK MOTOR SUDAH “BUNGKUS”. MV AGUSTA BAKAL TERIMA NASIB SAMA.


Sejak beberapa hari lalu tersebar gambar ini di media sosial, papan tanda kilang Demak di Banting yang disimbah cat dengan caption. “Demak bangkrap”.
Kami cuba mendapatkan maklumat sahih dari sumber yang boleh dipercayai. Dan daripada apa yang yang kami boleh sahkan. DemakDNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd, pemegang jenama Demak Motor akan menamatkan sepenuhnya operasi syarikat ini pada 31 Mei 2018.
Pun begitu, operasi pengeluaran sudah mula dihentikan malah cawangan Demak di Batu Caves sudah mula menghentikan operasi lebih awal pada 23 Mei yang lalu.
Apa sebenarnya yang berlaku?
SAMAN HONDA
Terdapat beberapa khabar angin antaranya ialah kesan saman yang difailkan Honda terhadap rekaan motosikal EX-5 yang ditiru oelh Demak. Apa yang kami boleh katakan, ia tidak benar. Kes ini telah berlaku pada 2015 ( rujuk  di sini ) namun sebenarnya ialah halangan terhadap penjualan model “Spark” yang mana telah pun dihentikan sepenuhnya.

HUTANG
Dikatakan juga DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd berhutang dengan peminjam wang. Teori ini berdasarkan simbahan cat pada papan tanda di pintu masuk kilang Demak di Banting Selangor.
Dari sumber maklumat kami, ini juga TIDAK BENAR. Demak mempunyai masalah lain yang lebih kompleks. DNC Asiatic tiada masalah dalam pemasaran motosikal mereka dan tiada sebab mereka berhutang. Ia lebih kepada masalah operasi.

POLITIK
Ada juga mengatakan ia disebabkan hilangnya pelabur akibat pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan BN (Barisan Nasional) kepada PH (Pakatan Harapan). Dikatakan bahawa pasaran saham yang merudum menyebabkan operasi syarikat ini terjejas. Kami juga sahkan perkara ini TIDAK BENAR. Ia tiada kaitan langsung.
APA NASIB MV AGUSTA
Selain Demak Motor, DNC Asiatic Holdings turut memiliki hak jenama motosikal Itali, MV Agusta untuk pasaran tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.
Agak malang juga bahawa MV Agusta akan turut mengalami nasib yang sama. Buat masa ini Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd sedang berbincang dengan boss mereka di Itali tentang keadaan semasa. Jika mereka mendapat elabur baru yang sanggup untuk meneruskan hak edaran MV Agusta, Moto Varese Asiatic akan membantu dari segi transisi semua kemudahan yang mereka ada.
Buat masa ini, mereka sedang menghabiskan stok sedia ada.

0 comments:

Post a Comment