Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3) menghasilkan keputusan terbaik semalam di MOtoGP Grand Prix Monster Energy České selepas menduduki keempat terbaik dalam catatan masa FP2.
“Ini adalah hari Jumaat saya yang terbaik dan saya juga sangat terkejut dengan keputusan ini sendiri,” kata Hafizh, yang kini mendahului kedudukan rookie dengan tiga mata daripada Franco Morbidelli.
“Saya suka litar ini dan saya fikir ia berfungsi dengan baik dengan gaya tunggangan saya. Saya juga bercakap dengan pasukan itu dan melihat beberapa video dari Jorge dan cuba menyalin beberapa teknik daripadanya.
Menariknya, Hafizh mengakui dia cuba “meniru” bagaimana Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) menakluki litar ini ketika dia berada bersama pasukan Yamaha.
“Saya cuba menunggang dengan tenang lancar. Kita tahu bahawa Lorenzo sangat pantas ketika bersama Yamaha di sini dan saya cuba mengadaptasi gaya tunggangan beliau.”
Hafizh juga kini mendahului kedudukan ‘Rookie of the Year’ dan berjanji mempersembahkan yang terbaik di Republik Czech. Pelumba pasukan Tech 3 itu memberitahu dia dan pasukannya penuh motivasi untuk mendapat penghormatan musim ini.
“Sekarang, pasukan kami mempunyai motivasi penuh untuk mendapatkan gelaran Rookie of the Year. Saya benar-benar bersemangat dan saya harap hujung minggu ini saya boleh mengambil beberapa mata penting dan cuba untuk membuat jurang besar antara rookie kedua di Kejohanan ini. ”
Sumber : mekanika
0 comments:
Post a Comment