Tuesday 31 July 2018

Gout Tidak Boleh Dirawat Cara Cucuk-Cucuk




1. Gout adalah salah satu jenis penyakit radang sendi. Ianya berlaku apabila kandungan uric acid yang tinggi yang asalnya daripada sesetengah jenis sumber makanan yang tidak dapat diproses dengan betul.

2. Jadi uric acid ini akan membentuk kristal di sendi dan menyebabkan keradangan seterusnya kesakitan. Uric acid ni berkumpul di sendi-sendi.

3. 95% pesakit Gout adalah kerana faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.

4. Biasanya rawatan bagi penyakit gout ni adalah ubat tahan sakit dan kawal makan atau elak makanan tinggi purine seperti ;


~ Ikan – bilis, sardin, salmon

~ Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam dll. 


~ Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak


~ Kerang, kepah, ketam, udang galah


~ Kekacang – kacang panjang, kacang pea


~ Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus


~ Cendawan


~ Minuman beralkohol


5. Gout TIDAK boleh dirawat dengan cara cucuk-cucuk macam ni. Darah yang keluar tu BUKAN bisa gout. Ia sekadar darah biasa kemudian bertindakbalas dengan keadaan sekeliling menyebabkan proses pembekuan menjadi cepat.


6. Cucuk-cucuk begini amat bahaya,, selain berlaku perdarahan, boleh juga berlaku jangkitan kuman pada luka cucukan. Dah berlaku jangkitan, kuman tu pula berlumba-lumba menjangkiti organ terdekat. Jangan main-main.

7. Renjatan (shock) boleh berlaku dan jika tidak dikawal, boleh membawa maut.

Jadi, jangan mudah tertipu dengan so called rawatan yang boleh memudaratkan anda.


Sumber : https://sozcyili.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment