1. Spek ciplak tak ada perlindungan UV
Spek original mahal sebab material dia mahal dan juga sebab dia ada lapisan yang menapis dari UV pada cerminnya. UV ni singkatan dari Ultra Violet rays dari matahari. Ia adalah sejenis carcinogen kepada kulit, bermakna ia boleh menyebabkan kanser kalau terdedah dalam tempoh yang lama. Kalau UV Ray ni terdedah kepada mata, boleh menyebabkan katarak dan juga buta. Spek ciplak tidak ada lapisan yang menghalang UV Ray ini jadi mata anda terdedah kepada UV.
Katarak mata
2. Kurang cahaya membuatkan mata lebih peka
Apabila memakai spek ciplak, mata memberi isyarat kepada otak yang keadaan cahaya di sekeliling adalah malam, lalu anak mata membuka dengan lebih besar
untuk menyerap cahaya UV Ray yang merbahaya. Spek original pun memberi kesan sama tetapi ia ada penghalang UV Ray.
3. “Power” spek ciplak tidak menentu
Spek ciplak dihasilkan tanpa memikirkan kualiti plastik yang dijadikan lensa. Ketebalan plastik di lensa kanan dengan lensa kiri mungkin berbeza-beza . Apabila ketebalan lensa adalah berlainan, “fokal” power mata kiri dan kanan anda akan berbeza menyebabkan terasa pening dan tidak stabil. Ini amat bahaya bagi pemandu dan penunggang superbike.
Jadi, jangan lah kedekut sangat membeli spek mata gelap. Duit boleh dicari, mata tak dapat dibeli. (Kalau boleh belipun mungkin kita tak mampu dan insurans tak tanggung.)
0 comments:
Post a Comment