Showing posts with label Lirik lagu. Show all posts
Showing posts with label Lirik lagu. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

5 Lagu Cinta Yang Mengajak Untuk Berlaku Curang?



Anda semua sedar atau tidak, lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio saban hari kebanyakannya berkisar tentang kisah cinta. Cinta kecundang, cinta tidak kesampaian, cinta sedang mekar, cinta muda-mudi dan macam-macam lagi. Dr. Sidek Baba baru-baru ini menulis dalam kolum beliau “Melayu mempunyai watak yang malas, suka bercinta, suka membuang masa, suka bertangguh, tidak menepati waktu dan lain-lain”  Usah Biar Melayu Hidup Di Landa Masalah


Orang Melayu suka bercinta? Aku tidak berani komenlah betul atau tidak tetapi aku bukan nak cerita hal-hal serius di sini. Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah mengenai lagu-lagu cinta berbahasa Melayu/Indonesia yang membawa mesej negatif dalam percintaan. Kalau anda semua sedar, ada sebilangan lagu-lagu cinta yang dihasilkan mengajak pendengar untuk curang dalam perhubungan. Mesej yang dibawa secara ringkasnya adalah “cinta tidak salah” hanya waktu yang kadangkala tidak mengizinkan. Jadi sekiranya cinta agung hadir ketika kita sudah ada pasangannya, apa yang perlu kita lakukan? Jawapannya ada di dalam lagu-lagu berikut:-

1-Shiela On 7 – Sephia




“Selamat tidur kekasih gelapku (Oh..Sephia),Semoga cepat kau lupakan aku, Kekasih sejati mu,Takkan pernah sanggup untuk melupakanmu”

Lagu “Sephia” nyanyian Shiela On 7 adalah di antara pelopor yang memperkenalkan dunia “kekasih Gelap” di dalam lagu cinta. Kebiasaanya “kekasih gelap” atau orang ketiga di dalam perhubungan sering membawa watak antagonis dalam lagu-lagu cinta. Namun lagu ini seolah membawakan satu dimensi baru dalam percintaan dewasa ini. Kekasih Gelap kian mendapat tempat di dalam masyarakat samada kita sedar atau tidak.

2-Ungu – Kekasih Gelapku




“Kumencintaimu lebih dari apapun,Meskipun tiada satu orang pun yang tau, Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku, Meskipun engkau hanya kekasih gelapku”

Selepas Sheila On 7, kumpulan Ungu membawa konsep “curang” di dalam lagu lebih jauh. Lagu ini menguasai tangga carta di Indonesia/Malaysia ketika mula diperkenalkan. Penerimaan masyarakat terhadap lagu sebegini jelas membayangkan bahawa lirik lagu ini benar-benar jujur dan tepat. Aku tidak pasti samada perbezaan sosio-ekonomi di Indonesia menyebabkan lagu sebegini mendapat tempat di sana. Mungkin juga minda masyarakat yang semakin terbuka membuatkan lagu seperti ini tidak lagi kekok didengar dan didendangkan.

3-Kerispatih – Untuk Pertama Kali 


“Kita bisa nikmati rasa ini, Walau segalanya jelas terlarang, Kita bisa saling menyayangi dan mencobaTak peduli keadaan ini…”

Lagu ini juga berasal dari komposer Indonesia yang sekali lagi membawa konsep curang dengan jayanya. Mungkinkah curang ini perkara biasa di Indonesia? Namun dalam lirik ini jelas komposer telah tekankan bahawa  di dalam baik lirik “segalanya jelas terlarang.” Walau umum mengetahui bahawa curang adalah 
suatu perkara yang negatuf, kesedaran mengenai peri-pentingnya untuk setia di dalam sesebuah perhubungan itu kini kian terancam. Aku rasa sedikit sebanyak lagu sebegini memainkan peranan di dalam kehidupan seharian masyarakat. Kita semua tahu betapa “Pop Culture” berjaya membentuk sesebuah masyarakat itu 
secara total. Lihat sahaja pada fenomena “K-Pop” yang dahulu hanya suam-suam kuku.

4-Ukays – Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu


“Seumur hidup aku, Ini yang pertama, Pintu hatiku diketuk, Oleh dua wanita, Punyai ciri selama ini kucari, berbeza wajah ayunya tetap asli…”

Lagu ini wajar disenaraikan dan boleh dikatakan sebagai membawa mesej curang secara subliminal. Hakikatnya, mustahil dua perempuan boleh tertarik pada kau pada masa yang sama. Mesti ada yang datang dahulu sebelum yang kemudian. Sekiranya sudah memutuskan untuk bersama yang pertama, kenapa kena terbuka pula hati untuk yang kedua? Namun begitu lagu ini antara lagu Malaysia yang berjaya membawa mesej cinta tiga segi dengan jayanya. Baik atau tidak, anda putuskan sendiri.

5-Dewa 19 – Aku Cinta Kau dan Dia


“Memang salahku, yang tak pernah bisa, Meninggalkan dirinya, ‘tuk bersama kamu, Walau ‘tuk t’rus bersama, ‘kan ada hati, yang ‘kan terluka, Dan ku tahu, kau tak mau…”

Ini lagu “Favourite” aku untuk di pusat-pusat Karaoke. Kalau lagu curang menjadi topik perbincangan, lagu ini berjaya membawa watak sebagai seorang yang jujur di dalam konflik perhubungan. Jujur dalam erti kata, aku tidak sanggup meninggalkan dia untuk dirimu. Perjalanan hidup sebagai pasangan kekasih bukan semuanya indah belaka macam dalam Ini membawa satu mesej yang baik dalam sesebuah perhubungan itu dan tidak menggalakkan kecurangan. 

P/S:  Aku bukan pakar, aku bosan sebenarnya. Hari ini hari Ahad dan aku tercongok di rumah.


Sunday, 30 June 2013

5 Lagu Mengarut Abad Ini!


Aku suka pergi karaoke dengan kawan-kawan aku. Aku bukan suka menyanyi pun tapi apa yang menghiburkan aku adalah membaca lirik-lirik mengarut lagu-lagu Melayu kita. Kalau tidak percaya cuba pergi karaoke dan perhatikan betul-betul setiap bait lirik kebanyakan lagu-lagu di Malaysia atau Indonesia. Kadang-kadang aku gelak sampai menangis terkenangkan lirik-lirik yang kononnya puitis tetapi langsung tak masuk akal. 

Aku tahu bukan senang hendak bikin lagu. Penyatuan irama dan juga lirik tidak semestinya membuahkan hasil yang logik dan masuk akal. Asalkan pendengar suka, siapalah aku untuk tentukan lagu itu bagus atau tidak. Aku rindu lagu-lagu lama seperti yang dinukil oleh arwah Loloq yang punya maksud mendalam dan 
menggunakan simile yang tidak melampau pada fikiran aku. Ini pendapat aku dan aku senaraikan di sini beberapa lagu yang layak masuk senarai lagu mengarut aku.

1. Putra – Cinta Kain Putih

“Kain putih, yang kuberikan padamu. Kini pudar warna-warnanya..”

Aduh. Kain itu dah sah berwarna putih. Bagaimana kain putih itu pudar warna-warnanya pun aku keliru. Mungkin ada darjah keputihan pada kain tersebut yang melayakkan sifatnya dirujuk seolah berwarna-warni. 

2.  Melly Goeslaw & Yusri KRU – Dibius Cinta

“Kau membiusku dengan cinta, cinta yang malu kukatakan..”

Bercinta sampai tidak dapat merasa apa-apa? Agung sungguh cinta yang cuba dibayangkan dalam lagu ini sampai membuatkan diri kita terasa dibius. Dibius bermaksud tidak dapat merasa apa-apa pun? Aku pun bercinta juga, tapi tidak pulak rasa sampai dibius. Kalau pasangan aku buat aku sampai aku tidak mampu 
rasa apa-apa, aku cabut.

3. Amelina & Iwan – Yang Tersayang

“Andainya matahari terbit dari barat, tak akan goyah cintaku padamu”

Lagu Dangdut memang “favourite” aku untuk dijadikan bahan jenaka. Banyak lagu Dangdut kalau hendak disenaraikan di sini tetapi paling legenda adalah lagu “Yang Tersayang”. Kalau matahari sudah timbul di barat bermaknanya hari kiamat sudah sampai. Kiamat bai! Kalau sudah kiamat sempat lagi hendak bercinta? Ironinya, abang Iwan sekarang sudah jadi pendakwah dan bikin lagu-lagu ketuhanan.

4. Iklim – Bukanku Tak Cinta

“Sudah sering kau kirim surat, namun tak pernah aku jawab…Lalu ku kirimkan undangan, agar kau tak berharap..”

Aku suka lagu ini sebenarnya. Aku suka suara Saleem yang serak-serak basah itu. Tapi bila aku teringat Video Muzik lagu ini dan lirik-liriknya memang aku hendak gelak.  Jalan cerita yang cuba dibayangkan dalam lagu ini adalah berkisar cinta tidak kesampaian di antara seorang Melayu dan seorang  perempuan berbangsa Jepun. Cinta “interracial.” Bila difikirkan balik, masing-masing tak faham bahasa. Kalau sudah tidak faham bahasa Jepun, kenapa hendak hantar undangan pula.  Lagu satu, kejam rasanya bila cinta tidak kesampaian hantar pula kad undangan kahwin kau. Niat kononnya hendak buat dia lupakan kau? Kejam, sangat kejam.

5. Lefthanded – 3 Dimensi

“Tiada cinta tiga dimensi, sesama kita lagi. Engkau hanyalah gurisan hati, dilukis di atas bumi..”

Abg Man Kidal memang gitaris terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia namun satu lagu ini aku rasa layak tersenarai. Tapi bukan kerana liriknya mengarut atau tidak langsung masuk akal. Lagu 3 Dimensi menunjukkan bahawa penulis lirik ini terkehadapan kerana dapat berfikir secara “3 Dimensi” atau 3D. Cara 
berfikir di luar kotak imaginasi di dalam percintaan ini wajar dipuji. Tapi hakikatnya, hidup kita semua memang sentiasa dilihat dalam bentuk 3 dimensi, bukan setakat aspek bercinta sahaja.  Aku pun kurang faham sebenarnya maksud di sebaliknya.