Sunday, 7 July 2013

5 Lagu Cinta Yang Mengajak Untuk Berlaku Curang?



Anda semua sedar atau tidak, lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio saban hari kebanyakannya berkisar tentang kisah cinta. Cinta kecundang, cinta tidak kesampaian, cinta sedang mekar, cinta muda-mudi dan macam-macam lagi. Dr. Sidek Baba baru-baru ini menulis dalam kolum beliau “Melayu mempunyai watak yang malas, suka bercinta, suka membuang masa, suka bertangguh, tidak menepati waktu dan lain-lain”  Usah Biar Melayu Hidup Di Landa Masalah


Orang Melayu suka bercinta? Aku tidak berani komenlah betul atau tidak tetapi aku bukan nak cerita hal-hal serius di sini. Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah mengenai lagu-lagu cinta berbahasa Melayu/Indonesia yang membawa mesej negatif dalam percintaan. Kalau anda semua sedar, ada sebilangan lagu-lagu cinta yang dihasilkan mengajak pendengar untuk curang dalam perhubungan. Mesej yang dibawa secara ringkasnya adalah “cinta tidak salah” hanya waktu yang kadangkala tidak mengizinkan. Jadi sekiranya cinta agung hadir ketika kita sudah ada pasangannya, apa yang perlu kita lakukan? Jawapannya ada di dalam lagu-lagu berikut:-

1-Shiela On 7 – Sephia




“Selamat tidur kekasih gelapku (Oh..Sephia),Semoga cepat kau lupakan aku, Kekasih sejati mu,Takkan pernah sanggup untuk melupakanmu”

Lagu “Sephia” nyanyian Shiela On 7 adalah di antara pelopor yang memperkenalkan dunia “kekasih Gelap” di dalam lagu cinta. Kebiasaanya “kekasih gelap” atau orang ketiga di dalam perhubungan sering membawa watak antagonis dalam lagu-lagu cinta. Namun lagu ini seolah membawakan satu dimensi baru dalam percintaan dewasa ini. Kekasih Gelap kian mendapat tempat di dalam masyarakat samada kita sedar atau tidak.

2-Ungu – Kekasih Gelapku




“Kumencintaimu lebih dari apapun,Meskipun tiada satu orang pun yang tau, Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku, Meskipun engkau hanya kekasih gelapku”

Selepas Sheila On 7, kumpulan Ungu membawa konsep “curang” di dalam lagu lebih jauh. Lagu ini menguasai tangga carta di Indonesia/Malaysia ketika mula diperkenalkan. Penerimaan masyarakat terhadap lagu sebegini jelas membayangkan bahawa lirik lagu ini benar-benar jujur dan tepat. Aku tidak pasti samada perbezaan sosio-ekonomi di Indonesia menyebabkan lagu sebegini mendapat tempat di sana. Mungkin juga minda masyarakat yang semakin terbuka membuatkan lagu seperti ini tidak lagi kekok didengar dan didendangkan.

3-Kerispatih – Untuk Pertama Kali 


“Kita bisa nikmati rasa ini, Walau segalanya jelas terlarang, Kita bisa saling menyayangi dan mencobaTak peduli keadaan ini…”

Lagu ini juga berasal dari komposer Indonesia yang sekali lagi membawa konsep curang dengan jayanya. Mungkinkah curang ini perkara biasa di Indonesia? Namun dalam lirik ini jelas komposer telah tekankan bahawa  di dalam baik lirik “segalanya jelas terlarang.” Walau umum mengetahui bahawa curang adalah 
suatu perkara yang negatuf, kesedaran mengenai peri-pentingnya untuk setia di dalam sesebuah perhubungan itu kini kian terancam. Aku rasa sedikit sebanyak lagu sebegini memainkan peranan di dalam kehidupan seharian masyarakat. Kita semua tahu betapa “Pop Culture” berjaya membentuk sesebuah masyarakat itu 
secara total. Lihat sahaja pada fenomena “K-Pop” yang dahulu hanya suam-suam kuku.

4-Ukays – Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu


“Seumur hidup aku, Ini yang pertama, Pintu hatiku diketuk, Oleh dua wanita, Punyai ciri selama ini kucari, berbeza wajah ayunya tetap asli…”

Lagu ini wajar disenaraikan dan boleh dikatakan sebagai membawa mesej curang secara subliminal. Hakikatnya, mustahil dua perempuan boleh tertarik pada kau pada masa yang sama. Mesti ada yang datang dahulu sebelum yang kemudian. Sekiranya sudah memutuskan untuk bersama yang pertama, kenapa kena terbuka pula hati untuk yang kedua? Namun begitu lagu ini antara lagu Malaysia yang berjaya membawa mesej cinta tiga segi dengan jayanya. Baik atau tidak, anda putuskan sendiri.

5-Dewa 19 – Aku Cinta Kau dan Dia


“Memang salahku, yang tak pernah bisa, Meninggalkan dirinya, ‘tuk bersama kamu, Walau ‘tuk t’rus bersama, ‘kan ada hati, yang ‘kan terluka, Dan ku tahu, kau tak mau…”

Ini lagu “Favourite” aku untuk di pusat-pusat Karaoke. Kalau lagu curang menjadi topik perbincangan, lagu ini berjaya membawa watak sebagai seorang yang jujur di dalam konflik perhubungan. Jujur dalam erti kata, aku tidak sanggup meninggalkan dia untuk dirimu. Perjalanan hidup sebagai pasangan kekasih bukan semuanya indah belaka macam dalam Ini membawa satu mesej yang baik dalam sesebuah perhubungan itu dan tidak menggalakkan kecurangan. 

P/S:  Aku bukan pakar, aku bosan sebenarnya. Hari ini hari Ahad dan aku tercongok di rumah.


0 comments:

Post a Comment