Showing posts with label McDonalds. Show all posts
Showing posts with label McDonalds. Show all posts

Monday, 25 December 2017

Berhati-hati apabila menyebarkan mesej berkaitan boikot McD


Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, operator francais McDonald telah membuat laporan polis bagi menangkis seruan untuk memboikot restoran McDonald melalui media sosial. Mereka juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan syarikat tersebut tuduhan bahawa McDonalds Malaysia menyokong Israel adalah palsu dan fitnah. Katanya juga bahawa sumbangan McDonald di Amerika Syarikat melalui Jewish United Fund (JUF) adalah dibuat melalui suatu program “Matching Gift” yang dibuat pada tahun 2014 yang membenarkan syarikat untuk memadankan (matching) niat sumbangan pekerja-pekerjanya itu dengan penerima sumbangan. Sebanyak 2000 derma telah dibuat di bawah program itu dan hanya 3 derma daripada pekerjanya yang padan dengan JUF. Ada juga derma lain yang padan dengan badan-badan kebajikan Muslim.

Laman web McDonald United Kingdom juga menafikan ada membuat apa-apa sumbangan kepada JUF atau apa-apa badan politik atau apa-apa yang berkaitan konflik politik atau keagamaan.

Antara yang menyeru supaya diboikot McDonalds ini adalah laman web www.inminds.co.uk, Viva Palestina Malaysia, laman fb Aqsa Syarif, mycare.org dan lain-lain. Sejauh manakah benar dakwaan mereka itu? Tuan Puan boleh membuat penyelidikan sendiri berkaitan hal ini.

Dari sudut undang-undang, setakat kajian yang banyak dimasukkan dalam internet ini masih belum menampakkan bukti yang cukup bahawa McDonalds Malaysia menyokong Israel. Dalam kata lain, jika McDonalds Malaysia menfailkan tindakan fitnah ke atas NGO ini maka setakat bukti yang telah dibentangkan itu belum memadai untuk memberikan mereka pembelaan justifikasi atau komen berpatutan.

Dalam satu-satu kes yang melibatkan kausa tindakan fitnah (defamation), plaintif perlu membuktikan tiga elemen utama iaitu bahawa kata-kata fitnah itu merujuk kepada plaintif, kata-kata fitnah itu bukan sahaja tidak benar malah ianya telah menyebabkan orang kebanyakan akan memandang rendah kepada plaintif dan akhir sekali bahawa kata-kata fitnah itu telah disebarkan kepada pihak ketiga.

Setelah plaintif membuktikan ketiga-tiga elemen ini maka defendan perlu mengemukakan pembelaan mereka. Antara pembelaan yang lazim dipakai adalah pembelaan justifikasi, komen berpatutan atau lain-lain. Justifikasi ini bermakna bahawa defendan boleh membuktikan bahawa kata-kata fitnah itu bukannya fitnah tetapi ianya adalah suatu perkara yang sebenar.

Selain tindakan fitnah, McDonald juga boleh menggunakan kausa tindakan lain dalam undang-undang tort berkaitan ekonomi. Dalam tort berkaitan ekonomi ada tiga jenis tort yang biasa digunakan iaitu konspirasi (conspiracy to injure or conspiracy using unlawful means), campurtangan tidak sah dalam perniagaan (unlawful interference with trade), pendustaan yang berniat jahat (malicious falsehood.)

Konspirasi ini berlaku apabila dua atau lebih orang melalui perbuatan mereka telah berbuat sesuatu untuk mendatangkan kemudaratan ke atas kepentingan orang lain.

Manakala, campurtangan tidak sah dalam perniagaan adalah keadaan yang mana satu pihak contohnya, (A) telah melakukan tort ke atas pihak yang lain (B) jika (A) telah berbuat sesuatu perbuatan yang tidak sah di sisi undang-undang yang menjejaskan (c) dengan niat untuk menjejaskan kepentingan (B) dan berikutan itu kepentingan (B) telah terjejas teruk.

Contohnya dalam kes Lumley & Gye (1853) 2 El & Bl [119 ER749), wujud suatu kontrak antara plaintif, sebuah syarikat opera dan Miss Wagner, seorang bintang opera terkenal. Miss Wagner telah diupah untuk membuat persembahan di Queen's Theatre, London. Walau bagaimanapun, sebuah syarikat opera lain telah memujuk Miss Wagner untuk menyanyi dengan operanya dan Miss Wagner telah membatalkan kontrak asal dengan plaintif sehingga plaintif mengalami kerugian teruk.

Manakala, pendustaan yang berniat jahat pula berlaku apabila seseorang itu secara berniat jahat (malice) telah membuat suatu kenyataan palsu dengan niat untuk memusnahkan reputasi atau nama baik seseorang atau sesuatu syarikat dan sekaligus menyebabkan kerugian daripada segi ekonomi. Niat jahat itu boleh dibuktikan jika plaintif dapat menunjukkan bahawa orang itu tahu bahawa kenyataannya itu tidak benar atau cuai dalam kenyataannya sedangkan beliau mempunyai kemampuan untuk mengesahkan kenyataannya itu.

Dalam kes McDonalds ini nampaknya kes pendustaan yang berniat jahat itu nampaknya lebih relevan berbanding tort yang lain.

Oleh itu, jika McDonalds Malaysia mendapati mana-mana kausa tindakan ini sesuai maka McDonalds Malaysia boleh menyaman pihak atau NGO yang berkaitan itu bagi mendapatkan keadilan bagi pihaknya.

Selain itu, harus diingat bahawa melalui laporan polis yang dibuat oleh McDonalds Malaysia itu bahawa suatu tindakan penyiasatan jenayah boleh dibuat ke atas NGO yang berkenaan. Sekiranya ada bukti yang mencukupi NGO yang dilaporkan itu terdedah kepada pendakwaan jenayah. Lazimnya, pihak pendakwa raya akan mendakwa orang yang membuat sebaran palsu tersebut atau pegawai NGO terbabit.

Pendakwaan boleh dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kesimpulannya, maklumat mengenai boikot McDonald atas alasan McDonalds menyokong Israel itu masih berstatus samar-samar dan belum mempunyai bukti yang konkrit yang boleh dipertahankan di Mahkamah. Jika saudara/i ingin memboikotnya itu secara peribadi itu adalah pilihan masing-masing. Tetapi jika saudara/i ingin menyebarkan maklumat berkaitan boikot McDonalds itu di mana-mana media sosial maka saudara/i mungkin menghadapi risiko untuk didakwa secara jenayah atau sivil.

Oleh itu, dinasihatkan orang ramai berhati-hati apabila menyebarkan mesej berkaitan boikot ini. Jika saudara/i tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menyebarkan maklumat tersebut maka lebih baik saudara/i hanya berdiam diri sahaja. Usah pergunakan sentimen agama untuk menjustifikasikan tindakan boikot itu kerana alasan sedemikian tidak mampu dipertahankan di mahkamah. Setakat ini pun, belum ada mana-mana mufti yang mengeluarkan kenyataan menyeru untuk memboikot McDonalds. Maka dalam hal ini, berdiam diri itu lebih mulia dan lebih dekat dengan taqwa jika saudara/i sendiri tidak mampu mempertahankan maklumat boikot McDonalds itu.

Friday, 22 December 2017

Uztaz Zul Pandan Temui Kebenaran Disebalik Boikot McDonald's


Pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran (Mcdonald Malaysia)

Hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran (Mcdonald Malaysia).

Jawapan dari mcdonald mengenai status mereka.

1- Mcd Malaysia,Singapura dan Arab Saudi adalah milik muslim 100%.

2- Owner Mcd malaysia adalah lionhorn pte ltd syarikat bawah reeza group (Arab Saudi). Jadi dia adalah milik muslim sepenuhnya (100%)

Kedudukan Mcd di Malaysia hari ni sama kedudukan KFC Malaysia yang dimiliki oleh (JCORP).

3- Maknanya Mcd malaysia bukan milik mcdonald’s corporation. Yakni bukan milik US.

4- Mcdonald’s corporation adalah pemilik asal mcd satu dunia.

5- Lionhorn membeli seluruh share yang dimiliki oleh mcdonald corporation di arab saudi malaysia dan singapura.

6- Memang dahulu Mcd malaysia melalui Golden Arches Restaurants adalah milik Mcdonald Corporation. Tetapi tahun 2016 sudah dibeli oleh Reeza group melalui lionhorn dan dijadikan sebagai milikan penuh mereka 100%.

7- Di malaysia Mcd diuruskan oleh Gerbang Alaf restoran anak syarikat lionhorn.

8- Adakah Mcdonald Malaysia bayar royalti pada Mcdonald’s Corporation? Ye ada tetapi bayaran kerana memakai brand mcdonald. Keadaan ini sama mcm KFC, A&W dan sebagainya yang memang kena bayar utk lesen jenama.

9- Jangan sesiapa kata KFC tidak bayar royalti penggunakan brand kepada KFC US. Kerana memang ada bayaran itu melalui Yum Brand Inc.(yang menguruskan KFC US). Boleh rujuk 

10- Adakah Mcd bantu Israel. Setakat ini belum ada fakta dan bukti yang benar yang tunjuk bahawa Mcd bayar secara kewangan syarikat kepada Israel. Maksudnya di US. Di Malaysia lagilah tidak ada penglibatan dengan Israel.

11- Sumbangan peribadi pekerja mcdonald kepada dana Israel yang itu tidak boleh dinamakan sumbangan mcdonald kepada Israel.

12- Lagipun sumbangan itu tidak pernah direkodkan maksudnya tidak ada dalam catatan. So itu masuk dalam (zann) yang tidak boleh dijadikan hujah.

13- Jumlah pekerja Mcdonald malaysia 12k. Pekerja Muslim 80%.

14- Pekerja muslim Mcdonald ini terselamat dari serve arak dan benda haram lain. Anak orang Islam kita tidak terselamat dari serve arak di 7 eleven, KK mart dan lain lagi syarikat yang terlibat dengan arak.

15- Mereka dbenarkan dan digalakkan solat. Tidak seperti syarikat lain yang tidak patuh Syariah yang tidak membenarkan pekerja muslim mereka solat tutup aurat bahkan solat jumaat.

16- Polisi Mcdonald mengikut Jakim yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama. Menutup aurat, Solat dan Solat jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki.

17- Mcdonald malaysia bayar zakat keuntungan mereka.

18- Mengenai sumbangan mcd US kepada JUF (Jewish United Fund) sila rujuk link video di bawah.

19- ini satu lagi video yang agak terpeinci sedikit.

20- Kesimpulannya Ada lima persoalan besar di sini

a - Adakah Mcdonald malaysia milik Mcd US?
Jawapannya tidak. Ia sudah dimiliki sepenuhnya oleh muslim

b- Adakah Mcd malaysia bayar royalti utk gunakan brand Mcdonald?
Jawapannya Ya ada, sama seperti KFC, Burger King, A&W dan lain lain lagi yang membayar kepada syarikat induk mereka untuk guna brand mereka.

c- Adakah pernah mereka yang terbabit dengan Mcdonald memberi duit kepada Israel?
Ye ada tetapi bukan sumbangan syarikat tetapi sumbangan secara individu yang tidak mengambil langsung dana Mcdonald. Sumbangn dari wang poketnya sendiri. Sumbangan secara individu tidak patut dinamakan sumbangan Mcdonald. Kerana kenyataan demikian tidak adil. Seperti kenyatan melayu pemalas. Kenyatan ini tidak adil. Sedangkan bukan semua melayu malas.
Lagipun individu itu sudah tidak lagi menjadi pekerja Mcd.

d- Adakah Mcdonald milik yahudi?
Jawapannya tidak. Mcd adalah syarikat public listed. Yang dimiliki oleh shareholder yang ramai. Mcdonald dimilki oleh 1.8 juta orang shareholder yang membeli saham Mcdonald. So segala aktiviti kewangan melalui audit yang ketat dan mustahil boleh melarikan wang itu untuk Israel tanpa melalui audit dan pengetahuan shareholder.

e- Adakah Mcdonald ada buka restorannya di Israel?
Ya ada dan itu diluar kawalan Mcdonald Malaysia. Perkara itu susah untuk diambil sebagai kayu ukur. Kerana semua jenama dunia ada di Israel. BMW Mercedes Volkswagen Iphone samsung Hyundai dan lain lain.Kalau itu alasan boikot maka kena boikot semua produk itu juga.


Ini hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran pada selasa 19/12/2017.


Tidak ada niat nak membela Mcdonald.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa sebelum menuduh.

Kami bertanya pihak Mcdonald. Kalau ada orang yang ingin berjumpa mereka bagi menyelesaikan kekeliruan. Mereka menyatakan kesediaan bila-bila masa saja untuk berjumpa.

Itu yang kami perolehi dari mcdonald. Jika ada yang hendak menyanggahi fakta di atas sila bawa fakta (yang boleh disandarkan kepada pihak yang sanggup bertanggungjawab atas fakta itu).

Insyaallah saya akan pergi berjumpa pulak pihak yang mengeluarkan fakta yang menyanggahi Mcdonald ini.

Ustaz Zul Pandan tak mahu bergaduh cuma hendakkan perdamaian dan kebenaran.

Sumber: Uztaz Zul Pandan 

Thursday, 21 December 2017

Boikot McD Bermusim

(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku rasa umat Islam seluruh dunia terkesan bila Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan sasaran pertama rakyat Malaysia ialah McD. Apa kena mengena McD dengan Israel? Rata2 berkata McD sasaran paling senang nk di boikot.

Apa salah McD sampai kena boikot? Kenapa tak boikot FB?? Nestle? ROKOK especially Philip Morris syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia.

Aku ada buat research sendiri dan refer orang yang lebih banyak ilmu dalam hal boikot ni. Satu gerakan yang diiktiraf di peringkat global malah di Malaysia pon turut ada gerakan ini. Iaitu gerakan yg diberi nama Boycott Divestment & Sanctions Malaysia - BDS Malaysia digerakkan oleh seorang academician dr UM bernama Prof Mohd Nazari Ismail.

Kau nak boikot mesti ada ilmu, bukan boikot menggunakan perasaan dan buat video bodoh prank staff McD. Dan untuk pengetahuan korang, video tue dari tahun 2014.



Jawapan dari BDS Malaysia
"BDS Malaysia sangat berhati-hati dalam memiilih syarikat untuk diboikotkan. Hanya syarikat yang jelas terbukti terlibat dalam kezaliman yang berlaku di Palestin yang akan dimasukkan di dalam senarai. Pada masa yang sama BDS Malaysia juga memberi perkiraaan kepada kekesanan kempen boikot yang akan dijalankan dan oleh itu memilih hanya 5 yang terpenting untuk difokuskan. Setelah membuat kajian yang mendalam, BDS Malaysia telah mengenalpasti 5 syarikat berikut yang wajar diboikot:

1. Caterpillar
2. Hewlett Packard (HP)
3. Hyundai Heavy Industries (HHI)
4. G4S
5. Ahava

Kita bukan nak boikot semua syarikat yg ada hubungan dgn Israel sbb nanti kempen kita akan jadi terbeban dan tidak popular. Sebenarnya Intel dan Microsoft pun ada hubungan dgn Israel, tapi JK BDS interational fikir bahawa tidak bijak utk masukkan mereka dlm list. Saya sebut tadi bahawa kita kena BIJAK.

Kalau syarikat tersebut milik seorang Yahudi tetapi ia tidak menyumbang kepada Israel, tak perlulah diboikot. Contohnya Facebook.

Kalau sesebuah produk itu asalnya dibangunkan oleh Yahudi Israel tetapi kemudiannya dibeli hak ciptanya/berpindah milik kepada syarikat lain, apa kewajarannya produk tersebut diboikot? Lebih-lebih lagi jika produk tersebut memang bermanfaat. Contohnya Waze!

Banyak lagi contoh kalau aku nak senaraikan tapi serahkan pada kebijaksaan korang untuk membaca sedalam dalamnya bukan sekadar baca headline dan ikut kawan boikot.




4-McDonald’s Malaysia Tidak Pernah Membayar Royalti Kepada McDonald’s Israel
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/21/mcdonalds-di-malaysia-tidak-pernah-membayar-royalti-kepada-mcdonalds-di-israel/

5-Kebersihan Penghasilan Daging McDonald’s Dan Persijilan Halal JAKIM Melalui SOP yang Amat Ketat
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/23/kebersihan-penghasilan-daging-mcdonalds-dan-persijilan-halal-jakim-melalui-sop-yang-amat-ketat/

6- Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/24/fakta-menolak-tohmahan-mcdonalds-malaysia-menyumbang-kepada-israel/


Akhir skali, aku nak tekankan McD nie dah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi, di bawah system francais yg dikenali sebagai “Developmental Licensee” (DL).

Diorang nie siap ada McD kat Mekah and Madinah, dan kalu korang boleh relate kepada Israel laknatullah tu jugak tak tau lah. 

-Social Ninja