Ada banyak faktor yang
memyumbang kepada kejayaan seseorang. Sifat berani, usaha dan displin merupakan
antara faktor yang sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun begitu terdapat juga
faktor-faktor lain yang memainkan peranan seperti masyarakat setempat, taraf
pendidikan dan persekitaran. Kejayaan seseorang sering kali mencerminkan
sahsiah masyarakat mereka.
Muafakat membawa berkat
adalah pepatah yang selalu kita dengar apabila membincangkan kepentingan masyarakat
dalam perkembangan seseorang individu. Justeru Petronas menggalas tangunggjawab
sebagai pemacu perubahan yang dapat memperkaya dan mempertingkat tahap kualiti
hidup masyarakat setempat.
Syarikat minyak nasional
itu telah melaburkan sejumlah besar masa dan tenaga melalui usaha CSR mereka
untuk membantu meningkatkan kehidupan golongan yang memerlukan. Bagi negeri
seperti Sarawak, Petronas telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk
membantu meningkatkan taraf hidup yang inklusif dan mampan bagi semua rakyat
Sarawak. Infografik di bawah menerangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan
oleh Petronas di Sarawak.
Sumber Infografik: OffShoreEnergy |
Hi, saya minta izin guna gambar di atas untuk tujuan pendidikan ya.
ReplyDelete