Saturday, 28 July 2018

Kerajaan India siasat kes yang difailkan agensi terhadap Tony Fernandes


AirAsia disiasat oleh Central Bureau of Investigation (CBI) India. Menurut laporan Khaleej Times, CBI telah memfailkan kes terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, kerana didapati melanggar peraturan untuk mendapatkan lesen penerbangan antarabangsa di negara berkenaan.

Laporan portal tersebut menamakan Tony Fernandes atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes berserta enam individu lain termasuk pemilik Travel Food, Sunil Kapoor; Pengarah AirAsia, R.Ventrakraman; perunding penerbangan, Deepak Talwar dan Pengarah SNR Trading, Rejendra Dubey.
Dalam Laporan Maklumat Pertama (FIR) mendakwa Tony Fernandes dan yang lain telah melobi untuk penukaran polisi yang mengawal operasi terhadap syarikat penerbangan yang berpangkalan di India.
Pada awal bulan Jun, laporan jenayah kewangan dari agensi India, Direktorat Penguatkuasaan (ED), telah melancarkan penyiasatan mengenai kemungkinan rasuah berjumlah US$ 1juta (RM4 juta) berhubung dengan AirAsia India.
Siasatan itu adalah susulan laporan ED terhadap Mutti Chandilya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India berhubung dakwaan melanggar peraturan untuk permit penerbangan.
Undang-undang India menyatakan syarikat penerbangan memerlukan 20 tahun pesawat dan pengalaman selama lima tahun sebelum layak diberikan lesen.
Namun begitu kerajaan India telah mengolah peraturan itu pada 2016. Syarikat penerbangan domestik kini tidak perlu lagi beroperasi selama lima tahun sebelum melancarkan penerbangan perkhidmatan antarabangsa.
AirAsia India, usaha sama antara Tata Sons Ltd dari India dan AirAsia Bhd, memulakan operasi pada Jun 2014.

Sumber: The Tribune

0 comments:

Post a Comment