Tuesday, 31 July 2018

Gout Tidak Boleh Dirawat Cara Cucuk-Cucuk




1. Gout adalah salah satu jenis penyakit radang sendi. Ianya berlaku apabila kandungan uric acid yang tinggi yang asalnya daripada sesetengah jenis sumber makanan yang tidak dapat diproses dengan betul.

2. Jadi uric acid ini akan membentuk kristal di sendi dan menyebabkan keradangan seterusnya kesakitan. Uric acid ni berkumpul di sendi-sendi.

3. 95% pesakit Gout adalah kerana faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.

4. Biasanya rawatan bagi penyakit gout ni adalah ubat tahan sakit dan kawal makan atau elak makanan tinggi purine seperti ;


~ Ikan – bilis, sardin, salmon

~ Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam dll. 


~ Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak


~ Kerang, kepah, ketam, udang galah


~ Kekacang – kacang panjang, kacang pea


~ Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus


~ Cendawan


~ Minuman beralkohol


5. Gout TIDAK boleh dirawat dengan cara cucuk-cucuk macam ni. Darah yang keluar tu BUKAN bisa gout. Ia sekadar darah biasa kemudian bertindakbalas dengan keadaan sekeliling menyebabkan proses pembekuan menjadi cepat.


6. Cucuk-cucuk begini amat bahaya,, selain berlaku perdarahan, boleh juga berlaku jangkitan kuman pada luka cucukan. Dah berlaku jangkitan, kuman tu pula berlumba-lumba menjangkiti organ terdekat. Jangan main-main.

7. Renjatan (shock) boleh berlaku dan jika tidak dikawal, boleh membawa maut.

Jadi, jangan mudah tertipu dengan so called rawatan yang boleh memudaratkan anda.


Sumber : https://sozcyili.blogspot.com

STRATOLAUNCH : KAPAL TERBANG TERBESAR DI DUNIA DILANCARKAN

Manusia sejak azali mempunyai kegilaan untuk mengejar status paling tinggi dan paling panjang. Rekod sentiasa bertukar ganti dan setiap kali ia berlaku, teknologi baru diperkenalkan. Stratolaunch ialah pemegang rekod sebagai pesawat dengan sayap paling panjang di dunia. Pesawat tubuh berkembar ini dibina bagi tujuan melancarkan satelit ke angkasa lepas.

Projek Stratolauch adalah buah fikiran Paul Allen, salah seorang pengasas Microsoft. Pesawat ini mempunyai sayap sepanjang 117 meter. Ia memecahkan rekod 70 tahun yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose. Ruang kosong di antara dua tubuh berkembar Stratolauch digunakan untuk membawa roket. Roket ini dilepaskan di udara sebelum meneruskan perjalanan ke angkasa lepas bagi membawa pelbagai jenis kargo.

Pesawat aneh ini diperkasakan oleh enam enjin Pratt & Whitney yang digunakan pada pesawat Boeing 747-400, dilengkapi 28 tayar dan mampu membawa kargo sehingga 230,000 kilogram. Ia masih belum boleh beroperasi sepenuhnya dan dijangka akan memulakan ujian melancarkan roket pada tahun 2019.



Sumber : Blog Serius

Saturday, 28 July 2018

Kerajaan India siasat kes yang difailkan agensi terhadap Tony Fernandes


AirAsia disiasat oleh Central Bureau of Investigation (CBI) India. Menurut laporan Khaleej Times, CBI telah memfailkan kes terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, kerana didapati melanggar peraturan untuk mendapatkan lesen penerbangan antarabangsa di negara berkenaan.

Laporan portal tersebut menamakan Tony Fernandes atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes berserta enam individu lain termasuk pemilik Travel Food, Sunil Kapoor; Pengarah AirAsia, R.Ventrakraman; perunding penerbangan, Deepak Talwar dan Pengarah SNR Trading, Rejendra Dubey.
Dalam Laporan Maklumat Pertama (FIR) mendakwa Tony Fernandes dan yang lain telah melobi untuk penukaran polisi yang mengawal operasi terhadap syarikat penerbangan yang berpangkalan di India.
Pada awal bulan Jun, laporan jenayah kewangan dari agensi India, Direktorat Penguatkuasaan (ED), telah melancarkan penyiasatan mengenai kemungkinan rasuah berjumlah US$ 1juta (RM4 juta) berhubung dengan AirAsia India.
Siasatan itu adalah susulan laporan ED terhadap Mutti Chandilya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India berhubung dakwaan melanggar peraturan untuk permit penerbangan.
Undang-undang India menyatakan syarikat penerbangan memerlukan 20 tahun pesawat dan pengalaman selama lima tahun sebelum layak diberikan lesen.
Namun begitu kerajaan India telah mengolah peraturan itu pada 2016. Syarikat penerbangan domestik kini tidak perlu lagi beroperasi selama lima tahun sebelum melancarkan penerbangan perkhidmatan antarabangsa.
AirAsia India, usaha sama antara Tata Sons Ltd dari India dan AirAsia Bhd, memulakan operasi pada Jun 2014.

Sumber: The Tribune

Sunday, 8 July 2018

CARA NAK LOWERED KERETA


Ada banyak cara nak lowered kereta sebenarnya. Tapi tulis banyak2 pun buat ape. Orang kite bukan suke membaca. So min bagi 4 cara nak loweredkan kereta.

1. POTONG SPRING
- Cara ni paling glemer rasanya. Sebab noob beli kereta baru, nampak cara ni paling mudah, murah, cepat. Mana ade orang Malaysia suka lambat2 kan? Selalunya potong selapis @ dua je. Tapi, effect dia ada lain sikit. Dalam bahasa mudah faham, spring takkan lembut macam setting asal kilang. Jadi keras sikit. Perumpamaan dia, asalnya 10orang nak angkat seguni simen. Tetibe buang 4org. Yang 6 orang tinggal tu kene push power lebih sikit. Berpeluh lebih ah. Kau rase, spring kete kau boleh ‘berpeluh’ tak kalau kau buang ‘kawan’ asal dia?

2. ADJUSTABLE ABSORBER
- Best, tapi mahal. Cornering memang selalu layan. Banyak jenama, jenis. Ikutlah citarasa kau nak macam mana. Ade jenis hi-low aje settingnya. Ade jenis hi-low-soft-hard (HLSH). Tapi bila pakai adjustable, jangan mimpi nak soft sangat ah. Soft tu hanya perkataan. Kau takkan rasa soft pun sebenarnya. #hakikat

3. SPRING SPORT
- Yang ni antara yg best sikit. Sebab dia selalunya tak terlalu keras, absorber ramai pakai yg asal lagi. Cuma tukar spring rate, lowering sikit. Sagat? Normal lah sagat2 tu. beli Hailak kalau taknak sagat. Sajat pun suka.

4. CUCUK ABSORBER
- Jarang kita dengar kan? Yang ni selalunya pomen underdog buat. Keje dia memang buat recon absorber je. Absorber standard, boleh tune 3 rasa. Keras, medium, soft. Siap set spring ngam je dalam 2jari jarak antara roda dan ruang fender. Maknanya, beli kete tu cuma terus pegi pomen je. Takyah beli apa2 kit. Dia siapkan semua. Selalunya 3-4 jam siap. Rate harga dalam RM350 macam tu utk setting 4 tayar terus. Setting aje, belum masuk allignment, chamber ape bagai.

5. BESI PAIP/MATI ABSORBER
- Ni ramai tak buat. Tapi bila setting ni, selalu ada kat geng sempadan Malaysia-Thai. Kereta kejung je, masuklah berapa tan pun dalam kete dia, takkan turun sikit pun. Kalau naik melantun-lantun je. Tapi diorang tau setting ni boleh buat duit.

Macam mana boleh buat duit? Seludup lembu dari Siam.
Sumber: MotoPoyo

Saturday, 7 July 2018

Wawasan tanggungjawab sosial Petronas di Sarawak


Ada banyak faktor yang memyumbang kepada kejayaan seseorang. Sifat berani, usaha dan displin merupakan antara faktor yang sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang memainkan peranan seperti masyarakat setempat, taraf pendidikan dan persekitaran. Kejayaan seseorang sering kali mencerminkan sahsiah masyarakat mereka.

Muafakat membawa berkat adalah pepatah yang selalu kita dengar apabila membincangkan kepentingan masyarakat dalam perkembangan seseorang individu. Justeru Petronas menggalas tangunggjawab sebagai pemacu perubahan yang dapat memperkaya dan mempertingkat tahap kualiti hidup masyarakat setempat.

Syarikat minyak nasional itu telah melaburkan sejumlah besar masa dan tenaga melalui usaha CSR mereka untuk membantu meningkatkan kehidupan golongan yang memerlukan. Bagi negeri seperti Sarawak, Petronas telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan taraf hidup yang inklusif dan mampan bagi semua rakyat Sarawak. Infografik di bawah menerangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Petronas di Sarawak.

Sumber Infografik: OffShoreEnergy

Wednesday, 4 July 2018

SOROK MAYAT BAYI DALAM PETI AIS



Sedang tular di MedSoc awal pagi ini, pelaku atau penjaga baby Adam Rayqal yang menyembunyikan baby Adam dalam peti ais di rumahnya sendiri.
Allahuakbar...luluh hati dengar berita kematian bayi kecil.... Adam rayqal
BUKAN CULIK.. TAPI MENINGGAL DUNIA ðŸ˜­
Adakah dia fikir selepas orang terima kenyataan tu... Mayat Bayi tu akan dilupuskan sendiri???
PENGASUH buat kenyataan kena culik sebenarnya telah meninggal dunia!
Kronologi kejadian :
6.30 petang
Pengasuh beriya katanya call ibu bayi dan mesej bagitahu ayah bayi dah amik.
Lepas tu...ayah bayi pula maklumkan katanya belum lagi ambil.
Jadi dibuat kesimpulan.
Diculik oleh lelaki lain menyamar sebagai ayah bayi....Allahu ðŸ˜¢ðŸ˜¢
(Alasan kejam apa ni)
9 malam
Laporan polis dah dibuat oleh ibu bapa kandung Adam Rayqal
(Pasti sedih...maklumat diterima adalah kehilangan kerana diculik.. Saat ni mereka masih belum tahu...bayi mereka sudah meninggal....Allah ðŸ˜¢)
11 malam
Polis telah buat siasatan. Berjumpa dengan pengasuh yang beri kenyataan sebelum ni... Malah polis sendiri rasa ragu dengan kenyataan dibuat.
Polis serbu dan siasat tempat mengasuh..Allah temukan bayi tersebut dalam Peti Ais Dingin Beku.
(MasyaAllah...masa ni lengkap berpakaian lagi adam Rayqal...dibalut dengan napkin.. ðŸ˜­ Disumbat dalam beg pula...APAKAH NI?...)
( sebak dan luluhnya hati seorang ibu)😢😢
2.30 pagi.
Disahkan kematian bayi Adam Rayqal yang telah meninggal dunia serta dijumpai dalam peti ais tu.
Lebih malang lagi...segala kenyataan dibuat sebelum ni DIREKA! Malah dijumpai dalam rumah pengasuh tu sendiri..
Allahuakbar ðŸ˜­
Apa sekalipun terjadi...
Janganlah lari dari kebenaran.. Andai benar, nyatakan yang benar..
Anak yang dilahirkan atau diasuh, dijaga smuanya amanah ALLAH.
Sumber daripada Fb pengguna MedSoc dan juga Fb page.

Tular di Fb, ini lah pelaku @ baby sitter yang menjaga arwah baby Adam di kenali di Fb dengan nama Qayla Adriana Aoki

status daripada kawan pelaku, tidak dinyatakan oleh sumber bila posting ini dimuatnaik

Pelaku mengiklankan khidmat menjaga baby di group ini.


Sumber: Malaysia Response Team

PENJELASAN MENGENAI VIDEO VIRAL YANG DKATAKAN PEREMPUAN MELAYU BERTUDUNG MEMBAWA ANJING


Sekiranya kalian ada terima video viral yg adik2 bertudung membawa anjing tlglah jgn viralkan lagi ya. Adik2 itu adalah pelajar veterinar UPM yg sedang praktikal di sekitar kawasan tersebut. 

Andai mereka adalah saudara mara kalian, bagaimana perasaan kalian. Kesian mereka dan keluarga mereka dikecam 


Difahamkan laluan dari tempat kurungan ke makmal sedang dibaiki (under construction). Mereka terpaksa menggunakan laluan awam untuk proses pemindahan anjing2 tersebut.

Sumber : Malaysian Response Team

Jenis Motosikal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang Perlu Anda Tahu



KEPADA anda yang tidak mengikuti perkembangan semasa, mungkin belum tahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur awal bulan ini baru saja melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) khas yang digelar 'Team Ninja'.
Berbekalkan jentera dual-sport Kawasaki KLX250 (ya, bukan Kawasaki Ninja), unit ini ditugaskan membuat rondaan di 'kawasan panas' sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Ini kerana keupayaan jentera itu mampu merentasi lorong sempit dan laluan sukar yang tidak boleh ditempuhi motosikal biasa PDRM.
Jadi, kepada mereka yang berniat mahu melakukan jenayah atau sebarang salah laku, harus diingat kerana PDRM bukan ada 'scrambler' ini saja sebagai senjata. Sebenarnya ada banyak jenis lagi motosikal dimiliki PDRM dan dapat disesuaikan dengan tugasan polis yang semakin mencabar seperti rondaan, kawalan trafik, mengiring VIP dan pemintas (intercept).
Apakah jenis motosikal PDRM? Ikuti senarainya di bawah:

1. HONDA CBX 750P


Pertama sekali tidak lain tidak bukan, sang 'kuda putih' iaitu Honda CBX 750P yang cukup ikonik. Motosikal ini merupakan yang tertua sekali dalam senarai dengan tempoh perkhidmatan menjangkau 30 tahun. Walaupun digantikan beransur-ansur dengan model baharu yang lebih moden dan berkuasa, kelibat 'kuda putih' ini masih boleh dilihat di sesetengah kawasan bagi membantu pihak polis trafik mengawal lalu lintas.
Bagi versi polis, CBX 750P menggunakan pacuan syaf dengan transmisi 6-kelajuan, menyalurkan kuasa 91hp daripada enjin 4 silinder sebaris 747cc ke roda belakang.

2. HONDA VFR 800


Jentera sport touring terkenal, Honda VFR 800 dibawa masuk bagi menggantikan CBX 750P. Model ini dijana enjin V4 yang lebih berkuasa. Uniknya, motosikal turut dilengkapi sistem brek bersepadu berkembar (dual combined brake system) bagi memantapkan kendalian.
VFR 800 mempunyai tugasan meluas, daripada kawalan trafik dan rondaan hingga iringan dan pemintas. Selain itu, unit ini turut digunakan Pasukan Gerakan Khas (PGK), dengan perbezaan warna, iaitu hitam penuh dan ditunggang berdua.

3. HONDA ST 1300


Honda ST 1300 atau Honda Pan-European mempunyai tugasan sama dengan VFR 800, cuma dalam pakej lebih berkuasa. Masih menggunakan enjin jenis V4, tetapi dengan sesaran lebih besar, 1261cc dengan transmisi 5-kelajuan pacuan syaf membenarkan ia dipacu hingga 220kmj.
Di luar negara, ST 1300 dikenal pasti mempunyai masalah stabiliti pada kelajuan tinggi (dalam halaju lebih 180kmj) digelar Pan Weave. Bagaimanapun, menerusi penetapan syarat ketat Honda dari segi kedudukan alat ganti, perkakasan dan had muatan maksimum, membenarkan jentera ini kekal beroperasi dan jadi pilihan pihak berkuasa di banyak negara seluruh dunia.

4. KAWASAKI NINJA 300


Komited mencegah jenayah di kawasan bandar atau tumpuan ramai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pada Disember 2012 dengan menjadikan Kawasaki Ninja 300 sebagai jentera khas peronda.
Ya, walaupun kelihatan seperti biasa dilihat, tetapi jangan salah anggap kerana enjin dwi silinder bersesaran 296cc unit peronda Polis ini lebih berkuasa berbanding Ninja 250 atau mana-mana sportbike 250cc. Kawasaki Ninja 300 terbukti pilihan tepat kerana URB mencatatkan rekod cegah jenayah terbaik dengan 51 tangkapan berjaya dilakukan di Selangor sahaja dalam tempoh 2 bulan sejak unit tersebut dilancarkan.

5. KAWASAKI KLX 250


Sebelum pengenalan Team Ninja baru-baru ini, PDRM turut menggunakan Kawasaki KLX 250 sebagai unit rondaan di kawasan-kawasan 'panas' sekitar sempadan negara dan juga untuk kegunaan dalam hutan bagi mengesan aktiviti jenayah seperti pencerobohan sempadan, pembalakan haram dan menjejaki penjenayah bersembunyi.
Jika anda perasan, tidak seperti unit peronda lain, unit peronda yang menunggang KLX 250 ini mengenakan helmet fullface jenis off-road yang memang nampak bergaya dan sepadan dengan jentera ditunggang.

6. KAWASAKI Z250


Selain Ninja 300 tadi, PDRM turut menggunakan jentera naked Kawasaki Z250 yang mula diperkenalkan awal tahun ini. Dari segi prestasi, mungkin tidak setanding Ninja 300, tetapi Z250 ada kelebihan ergonomik yang lebih menegak memudahkan anggota peronda mengendalikannya di kawasan urban dan perumahan dalam bandar. Z250 yang digunakan peronda URB mengekalkan spesifikasi sama seperti Z250 yang digunakan orang awam, tetapi seperti biasa, ditambah kelengkapan polis seperti kotak barang, siren dan bar pelindung kaki.
Sumber: PanduLAju