Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Monday, 5 August 2013

5 lagu Raya terbaik Abad ini [Part 1]



Bila lagu raya sudah mula berkumandang di radio, itu bermakna raya sudah hampir. Lagu Raya memang tidak dapat dipisahkan dengan Aidil Fitri. Tidak memeranjatkanlah saban tahun syarikat rakaman akan bikin kompilasi lagu Hari Raya bagi memenuhi kehendak ramai. Namun begitu lagu Raya yang terbaik pada aku adalah lagu-lagu raya lama. Lagu raya yang dibikin kini kurang perisanya. Aku pun tak tahu kenapa. Lagu-lagu raya kegemaran aku semuanya lagu lama. Oleh sebab raya dah dekat aku kongsi dengan semua, senarai lagu-lagu raya kegemaran aku:-

1) Aisyah - Pulanglah


Lagu Raya ini kalau tengah bercinta memang mengundang rasa didengar malam raya. Ini antara lagu raya berkonsepkan percintaan yang terbaik pada aku. Suara Aishah yang mendayu-dayu meratap sendu di pagi rayu mampu meruntuhkan dinding keangkuhan aku. Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Aisyah. Sekarang Aisyah sudah jadi ahli politik.

2) P. Ramlee - Dendang Perantau


Lagu ini memang lagu WAJIB di hari raya. Siapa yang tidak suka lagu ini memang pada aku ada masalah dengan P. Ramlee. Lagu Raya didendangkan oleh seniman agung kita sendiri  bermakna konsep berhari raya ini sudah lama tersemat dalam masyarakat kita. Kalau sesiapa yang tengah menetap di luar negara dan tidak boleh balik ke kampun halaman memang disaran dengar lagu ini.

3) Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf


Ini salah satu lagu raya klasik yang mampu meruntun jiwa anak-anak muda yang sedang berkelana di perantauan. Jangan cakap perantauan, kalau aku tak dapat cuti pagi raya pun boleh tangkap leleh dengar lagu ini. Suara Allahyarham Sudirman ada magisnya tersendiri dan lagu ini wajib didengar oleh semua di hari raya. 

4) Jamal Abdillah – Salam AidilFitri


Aku memang peminat tegar abang Jamal dan aku pernah dengar dia nyanyi lagu ini secara “live”. Mesej bermaafan di hari raya sangat menyentuh hati aku, lagi-lagi pula dengan sejarah hidup Jamal Abdillah yang berliku, memang sangat terkesan mendengar lagu ini. Suara “bass” dia memang “legend”!

5) Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran


Aku bukan minat sangat Dato Siti tapi lagu raya ini antara kegemaran aku. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa tapi lagu ini memang berjaya mewarnai hari raya aku semenjak dilancarkan. Suara Dato Siti memang sangat lunak apabila melagukan irama Malaysia. Mak aku pun suka lagu ini!


Saturday, 6 July 2013

Abangku yang metal



Metallica datang KL!

Mula-mula, aku nak gelakkan orang yang dah beli tiket show Metallica kat Singapore. Kah kah kah.

Nombor dua, aku tak tahu sangat pasal band ni. Abang aku dulu memang minat Metallica ni. Dia budak thrash.  Masa tu aku kecik lagi tapi aku ingat dia selalu pasang lagu kuat-kuat dalam bilik. Mak memang selalu marah dia. Dia buat dek je sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Lagu apa bising-bising ni? Macam setan!” mak aku selalu sound dia. Dia buat tak tau. Sengih sambil tunjuk buat devil’s horn dengan tangan.


Dari kecik aku dah biasa dengar lagu-lagu bising macam ni, semua datang dari bilik abang aku. Dia punya thrash, kadang-kadang time makan pun pasang Walkman. Kepala terhangguk-hangguk. “Lantak dialah,” kata bapak aku. 

Aku tau bapak aku tak marah sangat. Lagi pun, abang aku cemerlang kat sekolah. Bersukan pun aktif, kapten bolasepak, main ragbi. Semua cikgu suka dia, walaupun dia tak habis-habis dengan thrash metal dia.

Lepas habis sekolah, dia pergi luar negara. Lama jugak aku tak jumpa abang aku tu. Bilik dia, aku take over lah. Poster-poster Metallica, Slayer, Iron Maiden semua terpampang kat setiap dinding. Aku tak berani nak tanggal. 

Pejam celik pejam celik, aku pulak habis sekolah. Masuk U. Sepanjang tempoh ni pun, aku jarang dapat jumpa abang aku tu. Dia habis belajar, stay kat US lima tahun, kerja sana. Bila balik, dia dah ada keluarga. Jarang jugak jumpa dia, dia sibuk dengan kerja dan keluarga. Rambut pun dah pendek. Bukan takat pendek, dah nak botak pun.

Bila aku dapat tahu Metallica nak datang KL, aku cadang nak ajak abang aku pergi tengok. Yelah, jarang dapat luangkan masa dengan abang aku. Tiket mahal pun takpelah, asalkan aku boleh headbang dengan abang aku. 

Dulu masa kecik, kalau aku nak headbang, dia marah. “Budak kecik tak elok dengar muzik camni!” dia kata. Aku tak faham tapi aku ikut je cakap abang aku. Dia kira role model aku lah, walaupun lepas habis sekolah, kitorang macam dah tak serapat dulu.

Semalam aku telefon abang aku. Segan jugak aku nak sembang, tapi aku beranikan jugak. “Jom tengok Metallica, Bang Ngah. Acik belanja tiket,” aku kata.

Dia marah aku. Dia membebel sampai 10 minit. Aku cuba pekakkan telinga. Aku minta maaf, dia letak telefon. Sebak jugak hati aku.

Aku lupa dah 5 tahun abang aku masuk PAS. Kah kah kah!