Sunday, 2 October 2016

KELUHAN BEKAS TUNANG ADIK EMILIA HANAFI

Sejak video viral, ramai pulak yg keluar kenyataan. Kali ini, bekas tunang adik kepada bekas datin itu pulak bersuara. Korang tengok lah sendiri..  kesian weh..










korang rasa macam mana?

Ini komen ex staff emilia



Friday, 7 March 2014

Road to Superbiking dengan budget RM30k


Opss, jangan salah paham gambar kat atas sebagai mukadimah sahaja. Nak dijadikan cerita, masa TTS haritu.. kawan aku ada bertanya motor apa yang best dengan budget RM30k maka terpikirlah idea untuk membuat research untuk posting today. Aku stay dalam range motor baru 250cc above yang ada clutch sahaja in no particular order supaya dapat pinpoint ke arah topic dengan lebih mudah dan tak buyers terhadap mana-mana brand. Secondhand dalam posting lain. 

Aku mulakan dengan keluarga Honda CB 500 series yang mengunakan enjin parallel twin. Ada 3 jenis konsep :

 CB500F = RM 28,288 

CBR500R = RM 28,588

CB500X = RM 28,688 
  
Next kita tengok CBR250R. Single silinder enjin 

CBR250R trico = RM 19,999 / CBR250R Repsol ABS = RM 23,499  / No abs RM 20,499 


Selesai dengan Honda kita ke Kawasaki pulak. Ninja 250R twin parallel enjin

Ninja 250R = RM 22.589 / Ninja 250R SE = RM 24,289

Satu lagi model Kawasaki yang terbaru yang sekarang mendapat perhatian ramai Z250 juga twin parallel enjin yang rupanya ala-ala Z800.

 Z250 = RM 21,589

Beralih arah pulak pada satu-satunya motor 4 dapur yang aku jumpa bawah RM30K dalam Malaysia iaitu Benelli TNT 600.

Benelli TNT 600 = RM 29,990

Kemudian kita ke Hyosung atau lebih dikenali di Malaysia Naza Blade yang menggunakan enjin V-twin.

Naza Blade 250 GTR = RM 13,888

Naza Blade 250 SE TBR = RM 16,088
 

Naza Blade 250 N = RM12,899 

Naza Blade 650 GTR = RM 22,600

Naza Blade 650R TBR = RM 22,988


Juga tak ketinggalan SYM T2 250 I yang menggunakan enjin single silinder 

SYM T2 250 I = RM 16,800

Megelli juga menawar 3 konsep motor yang mengunakan enjin single silinder 

Megelli 250RR version 2.0 = RM 15,800

Megelli 250SR = RM 14,880

Megelli 250MR = RM 14,580

Yang terakhir skali dari KTM, Duke 390 ABS yang menggunakan enjin single silinder

Duke 390 ABS = RM 26,500

Ok setakat itulah list motor bawah RM30k yang aku jumpe dalam Malaysia. Brand seperti Yamaha, Suzuki dan lain-lain belum ada kepastian lagi. Mana yang terkurang, korang boleh update kat dalam komen, kita sama-sama share. Bab performance aku rasa korang boleh la rujuk kat dalam group-group yang banyak dalam FB tue.. Aku tak mau komen bab tue.. Senarai harga may vary sikit sebab tak semua bagi price on the road so faham-faham je la. Nasihat pada yang nak beli motor, beli ikut kemampuan jangan ikut rasa nanti badan binasa. Fikir-fikirkan lah maintenance bulanan tapi kalau dah minat apadehal! Layankan je.. 






Tuesday, 10 December 2013

Sejarah Dunia Superbike : 2013 lookback


Sedar tak sedar dah bulan Disember, the ending of 2013, so sebelum masuk 2014 aku nak recap balik sejarah dunia superbike.  Enjoy..

It's 10 years since..
The Foggy Petronas FP1 first entered World Superbikes
Also..
-Radial brakes first appeared on road bikes
-Ducati's Desmosedici entered its first MotoGP race
-Honda launched the CBR600RR 
-Neil Hodgson won the World Superbike title

It's 15 years since.. 
Yamaha unleashed the first YZF-R1
Also..
-Carl Fogarty and Pierfrancesco Chili clashed on the last lap at Assen
-Simon Crafar won his only 500GP at Donington on WCM Yamaha
-Honda Hornet and Yamaha Fazer transformed budget middleweights

It's 20 years since..
Kevin Schwantz won his only 500GP World Championship
Also..
-Yamaha's GTS1000 looked like the bike of the future. It wasn't
-Shinichi Itoh exceeded 200mph during the Hockenheim 500GP 
-John Britten's radical home built racer debuted at TT and set the fastest top speed of the week
-Ducati launched the Monster 900

It's 25 years since..
The world was blessed with the arrival of Honda's VFR750R RC30
Also..
-The first World Superbike race took place on April 3 at Donington Park, won by Davide Tardozzi on a Bimota YB4
-BMW K100RS became the first bike with ABS
-Suzuki launched the RGV250, Kawasaki the KR-1 and Yamaha the TDR250. Oil shares skyrocketed

It's 30 years since..
Kenny Roberts retired in style by winning his final GP at Imola
Also..
-Yamaha's YPVS two-stroke power valve debuted with the RD series
-An 18 year old Alan Carter won in his first ever GP at Le Mans
-Freddie Spencer scored the first win for a radial tyre in a 500GP

It's 40 years since.. 
Crash helmet became compulsory on a bike
Also..
-Bimota opened its first factory in Rimini
-Kawasaki's Z! landed in Britain
-Kim Newcombe won a 500GP with the boat engined Konig

It's 50 years since..
Mitsuo Itoh took the first (and still only) TT win for a Japanese rider
Also..
-The last season every 500 Grand Prix was won by a British rider
-Mike Hailwood scored points on his debut driving in F1. The same year he won races in 3 GP classes - and took the 500GP title

It's 90 years since..
BMW launched R 32, their first bike and direct ancestor of R1200GS
Also..
-The first running of the Isle Of Man TT Sidecar race
-Stanley Woods took the first of 10 TT wins in the Junior 350cc race
-Claude Temple achieved the first 100mph racing lap of Brooklands.

Mungkin ada yang familiar dengan nama-nama yang disebut dan mungkin tak, tetapi inilah sejarah dunia permotoran yang aku nak kongsi dengan korang. Harap boleh menjadi info yang berguna di masa hadapan. 

Credit: BIKE Magazine


 












Wednesday, 11 September 2013

KTM Duke 390 atau RC 390 : Berbaloi ke menunggu?


Seperti yang kita tahu Malaysia akan jadi host untuk Shell Advance Asia Talent Cup tetapi yang menarik minat aku ialah RC 390 yang di katakan hampir serupa dengan Moto3. 


KTM Duke 390 telah mula dipasarkan di India pada 25 Jun dengan model ABS. Rebiu dari India mengatakan motor ini lebih mudah dikendalikan di dalam bandar. 

Didatangkan dengan 6 gear bermakna korang boleh rilek bawak 120 kmj dengan 6500rpm dan 10000rpm pada 200kmj! Terbaik. Atas highway cruising speed ialah 160kmj. Ada lagi, tayar yang digunakan ialah Metzeler Sportec M5 yang bagus untuk wet and dry condition macam kat Malaysia.


Tetapi yang menjadi persoalan macam mana pulak spec RC390. Gambar yang dikeluarkan hanya untuk Shell Advance Rookie Cup bukan untuk road use. European automaker bersedia untuk mengumumkan pengeluaran spec KTM 390 di pertunjukan autoshow ECIMA di Milan pada akhir tahun ini (November 2013) tetapi aku tidak boleh tunggu lama sangat. 

ExBhp telah membuat perubahan kepada KM 390 motosikal Cup untuk memberi kita gambaran tentang bagaimana model spec pengeluaran mungkin kelihatan


Harga yang dijangka dari Bajaj Auto ialah lebih kurang RM11k di India so gedebuk gedebak pusing-sini pusing sana lebih kurang RM 30k ++ rasanya dan akan ada di pasaran tahun depan.  Aku agak je harga, kalau salah aku minta maaf awal-awal. 

Aku selitkan sekali video yang aku jumpa tentang KTM Duke 390 dan RC 390. Enjoy! 



Monday, 5 August 2013

Info Roadblock JPJ dan PDRM UPDATE 2013 Lokasi Speedtrap



Lagi berapa hari lagi nak raya dah, ada yang dah mulakan perjalanan balik ke kampung ada yang tengah menunggu habis kerja baru nak balik, yang pastinya tiap-tiap kali habis raya ada masalah yang akan menghantui kita. Hahahahaha saman! Duit dah habis buat belanja raya, bagi duit raya.. hulur sana hulur sini alih-alih balik dari kampung surat saman sampai ke rumah. Demi membantu rakyat Malaysia yang tak tahu nak bawak slow ni update yang terbaru kawasan yang akan ada speed trap. Tempat dah tahu, bawak laju lagi tak tahu la. Ingatlah orang yang tersayang, pandu berhati-hati.. kalau penat tidur lah dulu. 

Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin 

PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE

(Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 32- Km
2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas.
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro CherasFlyingg Airbone.


Aku Tak Menyesal Mak Bapak Aku Tak Pernah Galakkan Aku Main Mercun


KUALA PILAH – "Saya menyesal," kata Che Jum Che Harun, 13, pelajar tahfiz yang kehilangan tiga jari kanan akibat bermain mercun di Rumah Rakyat Senaling, Kampung Batang Pilah, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, seorang pelajar di Pondok Madrasah Darus Islah Ulu Gemilang, Kampung Ulu Melang, hancur pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah apabila mercun jenis Di Boom yang dibeli pada hari raya tahun lalu meletup di tangan sebaik saja api dicucuhkan pada sumbunya.

"Jika saya tak bermain mercun, hari ini (semalam) saya akan beli pakaian raya bersama keluarga. Tapi kini, saya terpaksa beraya di hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini semalam.

Kejadian menimpa mangsa berlaku kira-kira 8 malam kelmarin di hadapan gelanggang sepak takraw tidak jauh dari rumahnya yang turut disaksikan adik dan rakan-rakan mangsa.

Ibu mangsa, Suriati Ismail, 33, berkata, ketika kejadian, anaknya baru pulang dari surau sebelum berjumpa rakan-rakan untuk bermain mercun di kawasan itu."Mercun itu dibeli tahun lalu dan masih ada tiga baki. Tahun lalu, dia main mercun sama ikut cara betul dengan meletakkan mercun atas tanah, kemudian cucuh sumbu guna kayu dari jarak agak jauh. Tetapi semalam (malam kelmarin), dia pegang mercun itu ketika dicucuh, tak sempat lontar apabila disuruh rakannya," katanya.

Menurutnya, dia menyedar kejadian itu selepas dimaklumkan seorang lagi anaknya, Farah, 9, yang turut serta bermain, lantas berlari untuk memberitahu kejadian itu.“Saya terkejut dan terus bergegas keluar. Saya nampak tangan Che Jum berlumuran darah. Saya cepat-cepat balut tangan dengan serban putih dipakainya. Habis jubah putih yang dipakainya juga penuh darah," katanya.

Suraiti berkata, mereka kemudian bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Namun, katanya, doktor memaklumkan kuku ibu jari anaknya pecah, jari telunjuk hancur tinggal tulang, manakala jadi tengah melecur dan kesemua tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya diberitahu pembuluh darah jari juga sudah putus. Doktor masih melihat sama ada perlu dipotong atau tidak," katanya.Menurutnya, ketika kejadian, anaknya baru dua hari pulang dari belajar Pondok Madrasah Darus Islah Ulu Gemilang.

Mangsa yang merupakan anak sulung dari tiga beradik kini ditempatkan di wad lima HTAN sebelum pembedahan dilakukan petang semalam.

5 lagu Raya terbaik Abad ini [Part 1]



Bila lagu raya sudah mula berkumandang di radio, itu bermakna raya sudah hampir. Lagu Raya memang tidak dapat dipisahkan dengan Aidil Fitri. Tidak memeranjatkanlah saban tahun syarikat rakaman akan bikin kompilasi lagu Hari Raya bagi memenuhi kehendak ramai. Namun begitu lagu Raya yang terbaik pada aku adalah lagu-lagu raya lama. Lagu raya yang dibikin kini kurang perisanya. Aku pun tak tahu kenapa. Lagu-lagu raya kegemaran aku semuanya lagu lama. Oleh sebab raya dah dekat aku kongsi dengan semua, senarai lagu-lagu raya kegemaran aku:-

1) Aisyah - Pulanglah


Lagu Raya ini kalau tengah bercinta memang mengundang rasa didengar malam raya. Ini antara lagu raya berkonsepkan percintaan yang terbaik pada aku. Suara Aishah yang mendayu-dayu meratap sendu di pagi rayu mampu meruntuhkan dinding keangkuhan aku. Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Aisyah. Sekarang Aisyah sudah jadi ahli politik.

2) P. Ramlee - Dendang Perantau


Lagu ini memang lagu WAJIB di hari raya. Siapa yang tidak suka lagu ini memang pada aku ada masalah dengan P. Ramlee. Lagu Raya didendangkan oleh seniman agung kita sendiri  bermakna konsep berhari raya ini sudah lama tersemat dalam masyarakat kita. Kalau sesiapa yang tengah menetap di luar negara dan tidak boleh balik ke kampun halaman memang disaran dengar lagu ini.

3) Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf


Ini salah satu lagu raya klasik yang mampu meruntun jiwa anak-anak muda yang sedang berkelana di perantauan. Jangan cakap perantauan, kalau aku tak dapat cuti pagi raya pun boleh tangkap leleh dengar lagu ini. Suara Allahyarham Sudirman ada magisnya tersendiri dan lagu ini wajib didengar oleh semua di hari raya. 

4) Jamal Abdillah – Salam AidilFitri


Aku memang peminat tegar abang Jamal dan aku pernah dengar dia nyanyi lagu ini secara “live”. Mesej bermaafan di hari raya sangat menyentuh hati aku, lagi-lagi pula dengan sejarah hidup Jamal Abdillah yang berliku, memang sangat terkesan mendengar lagu ini. Suara “bass” dia memang “legend”!

5) Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran


Aku bukan minat sangat Dato Siti tapi lagu raya ini antara kegemaran aku. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa tapi lagu ini memang berjaya mewarnai hari raya aku semenjak dilancarkan. Suara Dato Siti memang sangat lunak apabila melagukan irama Malaysia. Mak aku pun suka lagu ini!