BUAT pertama kali dalam tempoh 10 tahun, Proton Saga dijual pada harga di bawah RM30,000 bersempena dengan pengumuman kadar sifar Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan bersama promosi Hari Raya sepanjang Jun 2018.
Ya, anda kini boleh memiliki Proton Saga pada harga serendah RM29,623.87. Bukan saja menikmati sifar GST, Proton turut memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM3,500 bagi pembelian model Saga.
Bukan itu saja, Proton turut menawarkan ‘duit raya’ sebanyak RM4,000 bagi pembelian model Iriz dan Ertiga serta RM3,000 untuk Persona.
Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, inilah masa terbaik orang ramai untuk memiliki Proton di mana mereka boleh berjimat antara 12 hingga 18 peratus, bergantung model kereta.
Tambah Rashid, kesemua model Proton kini sudah lebih murah dan pada masa sama mengekalkan ciri keselamatan premium seperti penarafan 5-bintang ASEAN NCAP, enam beg udara dan struktur badan HPF bagi model Persona serta Iriz.
“ Proton Ertiga juga tidak kurang hebat kerana memiliki kelebihan jimat minyak yang terbaik dalam kelasnya. Ia turut mampu memberikan keselesaan tambahan kepada penumpang dengan adanya penghawa dingin pada ruang belakang.
“ Manakala tempat duduk barisan ketiga juga luas selain memiliki ruang kepala lebih selesa terutamanya untuk mereka yang bakal pulang ke kampung bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya lagi.
PEMERIKSAAN 20-POIN PERCUMA
Selain promosi jualan, Proton juga menawarkan pemeriksaan 20-poin secara percuma di kesemua cawangannya di seluruh negara, bermula sekarang hingga 15 Jun 2018. Pemeriksaan 20-poin ini merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk serta lain-lain.
Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan pada saat akhir dan ingin melakukan pemeriksaan 20-poin, anda juga boleh ke Stesen Petronas terpilih di mana pasukan perkhidmatan Proton akan berada di sana untuk membantu melakukan pemeriksaan pantas diperlukan.
TUKAR MINYAK PELINCIR, DAPAT HADIAH PERCUMA
Dalam pada itu, pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis dengan menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana cawangan Proton layak menerima payung eksklusif atau set pemutar skru Rolson secara percuma. Bagaimanapun, tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi cawangan Proton terdekat sekarang! Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di customercare@proton.com.Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.
Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.
0 comments:
Post a Comment