PELUMBA harapan Malaysia, Hafizh Syahrin sah akan kekal bersama pasukan Tech3 musim depan walaupun pasukan Perancis itu beralih kepada mesin KTM, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai masa depan rookie tersebut.
"Susah aku nak cakap dan percaya. Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih banyak kepada Herve (Poncharal) yang percayakan aku dan berikan aku peluang ini untuk kekal dengan familik Tech3 dan pada masa sama menyertai famili KTM. Aku juga mahu ucapkan terima kasih banyak kepada pengurus, Dato' Razlan (Razali) yang membantu aku mencapai impian dalam kelas MotoGP, dan terima kasih kepada KTM kerana percayakan Herve dan aku.
Aku akan berkerja keras untuk 2019 dan aku akan bersiap sedia lebih baik kerana ia bukan lagi kejutan seperti musim ini. Aku sangat gembira kerana dapat peluang ini. Malah aku rasa hampir nak menangis sebab gembira. Terima kasih kepada semua orang, terutama Herve dan Dato' Razlan kerana selalu percayakan aku," ujar Hafizh dengan penuh berwibawa.
TUNGGANG JENTERA SAMA SEPERTI ZARCO
Menurut Herve, Hafizh pada musim depan akan menunggang jentera KTM spesifikasi 2019 mewakili pengeluar dari Austria itu.
"Daripada hampir hari pertama kami mula bekerja dengan dia, saya mahu berikan Hafizh tahun kedua kerana tahun pertama adalah penting untuk belajar, tetapi tahun kedua mungkin lebih penting untuk membuktikan diri kita. Apa yang jelas, semuanya berubah kepada projek baharu dengan KTM yang mana kami ada insurans yang mana empat jentera KTM atas grid 2019 nanti ialah evolusi yang sama. Ia akan jadi lonjakan besar buat Hafizh.
"Dia akan tunggang motor yang sama seperti Miguel Oliveira, Johann Zarco dan Pol Espargaro dan inilah cabaran hebat. Aku sangat bangga galas cabaran ini bersama Hafizh, sentiasa dengan sokongan Razlan. Aku fikir kami sudah dapat penunggang terbaik, aku hampir pasti Oliveira dan Hafizh akan jadi pakej kuat untuk penunggang bakat baharu dan bercita-cita tinggi," kata Herve dengan mata bersinar.
Sumber: Pandu Laju
0 comments:
Post a Comment