Tuesday 12 June 2018

Makwe Ini Kena Lempang, Rakan Lelaki Ini Tampil Jelaskan Apa Sebenar Terjadi


Viral di media sosial video seorang lelaki menampar muka gadis yang dipercayai teman wanitanya menimbulkan kemarahan warga netizen.
Kejadian itu sempat dirakam oleh penduduk, Tikah Abu Samah, yang ternampak kejadian yang tidak dijangkakan itu sebelum memuat naik video tersebut di Instastorynya dan tersebar di Twitter.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kondo 900 Jitra, Kedah.
Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pasangan berkenaan dilihat sedang berbincang. Namun lelaki terbabit kelihatan geram lalu mengetuk-ngetuk motosikalnya.
Gadis berkenaan cuba menghentikannya, malangnya secara tiba-tiba ditampar oleh lelaki itu yang kemudian memerhatikan keadaan di sekeliling kerana bimbang perbuatannya itu diperhatikan orang lain.
Menurut Tikah, dia mengenali pasangan berkenaan yang juga merupakan junior beliau.
“Since ramai yang view Instastory saya selepas video kejadian itu viral, saya nak mengesahkan yes saya kenal mereka berdua yang merupakan my junior classmate and yes they are involved in aa toxic relationship,” jelas Tikah.

Ini Sebenar Yang Terjadi

“Teman wanita dia melawak kasar sangat dengan dia dan dia gagal mengawal diri,” demikian jelas Enin, rakan kepada pasangan dalam video viral di media sosial baru-baru ini.
Jelas Enin, teman wanita kepada rakan lelakinya itu bergurau secara kasar menyebabkan lelaki itu berang dan gagal mengawal diri lalu ‘naik tangan’. Namun jelasnya, kedua-duanya sudah berdamai dan meminta netizen berhenti menyebarkan video tersebut.
Berdasarkan screenshot yang dimuat naik, individu terbabit menulis,
“Okey, macam ini cerita dia. Dia terjumpa gambar lelaki lain dengan aku. Selepas itu aku bohong dia, kata lelaki itu pakwe (teman lelaki) baru.
“Selepas itu dia naik geram la. Memang patutlah marah. Tapi tak sangka sampai macam tu. So please jangan duk viral,” tulis individu terbabit.

Terdahulu, viral di media sosial video seorang lelaki menampar teman wanitanya dan kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam sebelum memuat naik video itu di Instastory.
Rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang tergamak memukul wanita yang sepatutnya dilindungi, bukannya dikasari.
SUMBER : THE REPORTER

0 comments:

Post a Comment