Friday, 1 June 2018

Ramai yang keliru pasal 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐋 𝐒𝐞𝐫𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧 𝐄𝐱𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐰𝐚𝐲

Jajaran KL Seremban Expressway yg dimiliki oleh Metramac (own by Anih Berhad) mmg tamat tarikh konsesi nya hujung Mei ini
Sebenarnya kita membayar tol di Lebuhraya ini melalui Tol Sg Besi (Lebuhraya PLUS) iaitu surcaj sebanyak 80sen bagi setiap kenderaan kelas 1 yg melalui tol sg besi di kedua dua arah
Sempadan Lebuhraya metramac ni adalah dari Petron lepas dari plaza sg besi sehingga ke tudm sg besi (arah Kuala Lumpur)

Ini bermakna semua bayaran laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya PLUS akan dikurangkan untuk semua kelas kenderaan.
Secara ringkas, pengurangan harga tol untuk semua kenderaan yang melalui Plaza Tol Sungai Besi (hala Utara atau Selatan) ialah seperti berikut:
  • RM0.80 bagi Kelas 1; 
  • RM1.20 (Kelas 2), 
  • RM1.70 (Kelas 3), 
  • RM0.40 (Kelas 4)
  • RM0.60 (Kelas 5) 
Namun begitu, sekiranya pengguna dari Selatan keluar dari mana-mana tol selain Plaza Tol Sungai Besi, ia tidak akan membabitkan sebarang penurunan kerana hanya plaza tol itu sahaja yang sebelum ini mengenakan caj RM0.80 oleh Metramac.
So bila tamat konsesi dan pengumuman ini maka jumlah pembayaran bagi setiap transaksi yg melalui Plaza Sg Besi (entry dan exit atau arah utara dan selatan) akan sedikit rendah dari biasa
bukan highway kl - seremban ye

0 comments:

Post a Comment