Thursday, 7 June 2018

#MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020. PETRUCCI NAIK TARAF KE PASUKAN FACTORY DUCATI


PELUMBA Ducati Team, Jorge Lorenzo mengesahkan diri sebagai pelumba Repsol Honda menggantikan Dani Pedrosa dalam saingan MotoGP 2019 dan 2020. Ini bermakna pelumba Sepanyol itu akan menjadi regu kepada rakan senegaranya, adinda Marc Marquez.
Berita terbaharu itu langsung menamatkan segala spekulasi yang tercetus tentang kemungkinan dia menyertai Suzuki Ecstar atau Yamaha dibawah tajaan konglomerat Malaysia, Petronas.
Lorenzo menjadi berita hangat di Eropah selepas merangkul kejuaraan GP Itali hujung minggu lalu, juga kejayaan pertama sepanjang penyertaannya bersama Ducati Team. Sebelum itu, dia dilaporkan tidak gembira dengan pasukan dari Itali tersebut selepas bergelut mengekang mesin Desmosedici.
Kini, segala persoalan sudah terlerai dan memang sahih Lorenzo akan menjadi pelumba baharu Repsol Honda.
"Orang ramai patut percayakan Jorge Lorenzo apabila keputusan tidak berapa bagus, dan percaya apa aku mahu, tetapi tidak cukup orang yang percaya.
"Aku bukan bagi alasan dan aku beritahu kebenaran, dan apabila Ducati akhirnya buat ubah suai ke atas motor, aku dapat buktikan diri aku.
"Aku harap bermula sekarang orang ramai akan lebih percayakan apa aku kata. Sebahagian hati aku sangat gembira dengan kejayaan ini dan sebahagian lagi sedih, kerana aku percaya jika aku dapat apa aku nak sebelum ini, aku boleh cakap bahawa aku akan sambung (kontrak )dengan Ducati, tapi aku tak boleh cakap macam tu," kata Lorenzo seraya menitis air mata kehibaan.
Susulan pemergian Lorenzo, pelumba Danilo Petrucci melengkapkan perpindahan ke pasukan Ducati Team, menyertai rakan senegara dari Itali, Andrea Dovizioso selepas dua tahun bersama pasukan satelit Pramac Ducati.
Kini beban ditinggalkan Petrucci itu bakal digalas rakan sepasukan lama dari Australia, Jack Miller yang mana dia dikhabarkan akan menunggang motosikal sama seperti jentera pengilang.
Sumber: PAnduLAju

0 comments:

Post a Comment