Mulai hari ini, aku nak perkenalkan segmen mingguan baru yang dinamakan sebagai Segmen “Pailang Minggu Ini” atau dalam bahasa “matt sailor”, “Badass of the Week”. Dalam segmen ini, aku akan cerita pasal brader-brader dan juga sekali-sekala, minah-minah yang perangainya sungguhlah pailang atau “badass” sampaikan ke-pailang-an dia boleh membuatkan kau terkencing dalam seluar. Brader-brader dan minah-minah pailang dalam segmen ini semuanya adalah orang yang kau tak mau bikin palat. Hoi…sekali bikin, lu mati la wehh…Jadi, tanpa berlengah, kita persilakan Brader Pailang yang pertama!
Roy Benavidez
Sekali tengok muka memang pailang habis la. Muka macam berkata-kata, “sekali lu buat palat dengan gua, gua buat palat dekat lu sampai lu berak pun kena guna tiup”. Itula dia brader pailang Roy Benavidez atau nama penuhnya Raul P. Benavidez, Jr. Brader ini merupakan seorang veteran Perang Vietnam berpangkat “Master Sergeant” dalam pasukan “5th Special Forces Group, Military Assistance Command, Vietnam Studies and Observations Group (MACVSOG)”. Spec Ops weh... nama unit dia pun dah cukup pailang. Bukan calang-calang orang boleh join Spec Ops. Kalau bontot kau tak cukup jahat (yakni badass) dan kental, jangan berangan nak join Spec Ops.
Pada tahun 1965, Benavidez telah dihantar ke Vietnam Selatan sebagai penasihat kepada salah satu regimen Army of the Republic of Viet Nam (ARVN). Malang tidak berbau, terpijak pulak periuk api dan telah di diagnos bahawa akan hilang keupayaan untuk berjalan. Tak boleh jalan? Pfft... masalah kecil je bagi dia. Brader pailang tak akan biarkan masalah macam ini melemahkannya. Tiap-tiap malam Benavidez akan bangun untuk berlatih berjalan, mengingkari arahan doktor dengan merangkak mengunakan siku dan dagu ke dinding, bangun dengan menyandar pada dinding tersebut tanpa bantuan dan mula berlatih berjalan semula. Kalau orang lain, sure dah bersara punya, tapi brader Benavidez? Balik pergi Fort Bragg dan berlatih untuk join unit elit, “Studies and Observations Group” (SOG). Benavidez berjaya join unit “5th Special Forces Group” dan kembali ke Vietnam pada Januari 1968. Bayangkan... dari seorang brader yang cedera parah kena periuk api kemudiannya merupakan anggota unit elit “5th Special Force Group”. Memang kental habis... Kalau gua, memang dah duduk rumah perhabis duit pencen tentera beb...
Cerita kekentalan beliau tidak berhenti di situ sahaja. Pada 2 Mei 1968, Master Sergeant Roy P. Benavidez sedang off-duty pada waktu beliau sedang mendengar komunikasi radio bahawa terdapat sebuah skuad Green Beret yang seramai 12 orang sedang dikepung dan dilanyak teruk oleh sebuah batalion NVA yang terdiri dari 500 – 1500 orang askar veteran. Sebanyak 3 buah helikopter penyelamat telah dihantar untuk angkut diorang balik tapi ketiga-tiganya diusir dek serangan bertali arus dari mesingan dan RPG. Satu batalion beb... itu kira nasib baik tak kena tembak. Tapi dek semangat setiakawan anggota dalam Special Forces dan kekentalan brader Benavidez, beliau dengan tanpa berfikir panjang terus ambil senapangnya dan sebanyak mungkin beg perubatan yang beliau mampu, terus bergegas menaiki helikopter yang pertama untuk kembali ke kawasan tersebut.
Apabila helikopter itu sampai ke zone ekstrasi, Benavidez atau codename-nya Tango Mike-Mike, mengarahkan juruterbang untuk turunkan beliau di kawasan lapang yang dikelilingi musuh. Serius macam Rambo. Kalau orang lain sure dah suruh juruterbang patah balik. Walau ditembak beberapa kali dan muka, tangan dan kepala luka kena serpihan tembakan, beliau berjaya sampai ke kedudukan pasukan Green Beret yang terperangkap itu.
Tanpa berlengah, beliau beri morphine dan first aid kepada yang cedera dan membawa para anggota ke kawasan yang lebih selamat. Dalam keadaan serupa macam Rambo, menyerang dengan M-16 nya sehingga kehabisan peluru, kemudian pakai pula AK-47 lawan yang mati, bertindak membuka laluan selamat kepada pasukan untuk dibawa keluar. Apabila helikopter datang untuk angkut beliau dan anggota yang cedera, beliau sendiri membawa anggota yang cedera keatas helicopter tersebut. Tengah sibuk-sibuk bagi “covering fire” ada pulak cibai NVA baling bom berhampiran beliau dan meletup, membuatkan beliau tercampak dan dicederakan oleh serpihan bom. Tak cukup dengan itu, kena pulak tembak dengan AK-47 di abdomen. Hasilnya? Beliau pengsan sekejap. Sekejap je... Aku ingat dalam movie je boleh jadi macam ni. Ini bukan movie, tapi realiti. Dahsyat...Tapi, malangnya sedar-sedar tengok helikopter penyelamat itu telah musnah.
Sejurus selepas sedar, beliau menarik keluar anggota yang terselamat dari bangkai helikopter dan menyusun anggota untuk membuat perimeter di kawasan tersebut. Selepas memeriksa anggota yang cedera dan memberi peluru kepada mereka yang masih mampu memegang senjata, brader Tango Mike-Mike ini secara solo menahan serangan musuh yang tidak berputus asa menyerang. Dengan keadaan ditembak di paha dan berdarah teruk, beliau memanggil serangan udara untuk menyerang kedudukan yang hanya beberapa meter jauh. Itu memang danger-close habis.
Apabila helikopter penyelamat kedua tiba, brader Tango Mike-Mike telah bertempur selama 6 jam berturut-turut. Fuh...aku keje office 6 jam pun dah lentok atas meja. Ini pulak bertempur 6 jam. Letih bai...minum kopi jantan bergelen-gelen pun belum tentu boleh tahan. Kemudian, beliau sekali lagi angkut balik anggota yang cedera ke atas helikopter. Melihat dorang semua nak cabut naik helikopter, mamat-mamat NVA nih kata jangan harap nak lari dan dorang pun apa lagi, pasang bayonet dan terjah tanpa belas kasihan dari semua arah. Lebih dahsyat gaya terjah dari Terjah Abang Rambut Ketak dari Melodi.
Apabila helikopter penyelamat kedua tiba, brader Tango Mike-Mike telah bertempur selama 6 jam berturut-turut. Fuh...aku keje office 6 jam pun dah lentok atas meja. Ini pulak bertempur 6 jam. Letih bai...minum kopi jantan bergelen-gelen pun belum tentu boleh tahan. Kemudian, beliau sekali lagi angkut balik anggota yang cedera ke atas helikopter. Melihat dorang semua nak cabut naik helikopter, mamat-mamat NVA nih kata jangan harap nak lari dan dorang pun apa lagi, pasang bayonet dan terjah tanpa belas kasihan dari semua arah. Lebih dahsyat gaya terjah dari Terjah Abang Rambut Ketak dari Melodi.
Dalam pertempuran jarak dekat yang no-holds-barred (yang BETUL-BETUL punya, bukan macam dalam WWE tu. Itu semua poyo), Benavidez telah ditikam dengan bayonet beberapa kali dan rahang nya patah di hentak dengan bontot senapang tetapi masih teguh menentang gerombolan musuh dengan hanya bayonet dan sepucuk pistol. Dengan kecederaan sebanyak 37 tikaman bayonet, tembakan dan serpihan di merata tempat pada badannya, beliau menjadi orang terakhir menaiki helikopter dan meninggalkan kawasan tersebut. Memang last man standing lah walaupun beliau pengsan sejurus selepas helikopter berjaya berlepas dengan selamat.
Apabila helikopter tiba di pangkalan, tubuh Benavidez yang longlai telah dibawa selepas pemeriksaan awal ke pejabat koroner. Dalam saat-saat akhir doktor mahu menutup zip beg mayatnya, brader Benavidez mengunakan seluruh kudrat yang tinggal dan meludah muka doktor tersebut. Seolah-olah berkata, “I’m not dead yet, you motherfucker!” Perghh! Bapak pailang sial... ludah muka doktor untuk beritahu kau belum mati. Memang pailang habis! Doktor yang kena ludah tu sure terkejut beruk punya. Terus bawa beliau ke bilik pembedahan dan beliau ditukarkan ke Saigon untuk rawatan pemulihan.
Disebabkan tindakan beliau yang sangatlah pailang dan berani di medan tempur ini, beliau telah dianugerahkan Distinguished Service Cross dan kemudiannya setelah maklumat lebih dalam diperolehi mengenai pertempuran itu, beliau telah dianugerahkan “Medal of Honor” oleh kerajaan Amerika Syarikat.
0 comments:
Post a Comment