Bulan Ramadhan elok sangatlah kalau kita kupas pasal pengambilan gula supaya takdelah perut sebesar tong dram bila nak raya nanti. Sedap memang la sedap ambil makanan yang berkandungan gula tinggi ni, tapi akibat pada kesihatan akan datang? Tau kan apa maksud DIABETES? Potong kaki derrrr.
Apa itu GULA?
Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. la wujud secara semulajadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman. Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan dari pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, cokelat, aiskrim dan beberapa bijirin sarapan. Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Jenis-jenis gula
1- Gula semulajadi
Gula yang terdapat secara semulajadi dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.
2- Gula tersembunyi
Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.
Kesan Gula Terhadap Kesihatan
• Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.
• Mengakibatkan gangguan gastrousus.
• Menggalakkan pembentukan karies gigi.
• Mengakibatkan kekurangan nutrien kerana kecenderungan individu yang mengambil berlebihan gula menggantikan makanan lain yang lebih berkhasiat.
Mohon selidik dulu jadual gula ni dulu. Jangan main hentam makan je. Itu ‘mentedarah’ namanya.
Kuih
Air
Air lagi banyak bikin panas letak gula. HAHA.
Jadi, rancang pemakanan anda. Aku ni bukan la Kevin Zahri, aku pemerhati. Yeaah!
0 comments:
Post a Comment