Gambar 1 : Vladoslav Basarab aka Vlad III Dracula aka Vlad Tepes
Korang familiar tak dengan cerita fiksyen Dracula karya Bram Stoker? Kalau ya, pernah tak korang terfikir dari mana si Bram Stoker ni boleh dapat idea untuk tulis cerita pasal Dracula yang di mana legasinya berjaya menjadi salah satu ikon seram teragung dalam sejarah karya fiksyen. Bayangkan, karakter “Dracula” ciptaan Bram Stoker ini menjadi acuan atau “moyang” kepada vampire-vampire dalam karya fiksyen kontemporari. Tapi itu lah… “Dracula” jadi sangat la terkenal sehinggakan tidak ramai yang tahu asal-usul atau sumber ilham Bram Stoker dalam mewujudkan karektor “Dracula” ini. Siapakah sebenarnya “Dracula” ini? Siapakah dia yang sebenarnya di sebalik nama yang sungguh ikonik ini? Mari kita menyingkap karektor pailang sebenar yang menjadi ilham kepada “Dracula”.
Dracula adalah karektor yang diilhamkan dari seorang putera di wilayah Wallachia, Romania. Putera yang diberi nama Vladoslav Basarab atau Vlad III Dracula (1431- 1476) yang lahir di kota Sighisoara yang terletak di lembah Tirnava Mare, Transylvania pada tahun 1431. Vlad III juga dikenali sebagai Vlad Tepes atau dalam Bahasa Melayunya, Vlad Si Penyula (ya... bukan typo, bukan main-main. Itu memang gelaran yang diberi kepada beliau selepas kematiannya pada 1476). Ayah beliau, Vlad II mempunyai 3 orang lagi anak selain Vlad III, iaitu Mircea II, Vlad Călugărul (Vlad the Monk) dan Radu III cel Frumos (Radu III the Handsome). Korang mungkin tertanya, dari mana datangnya nama Dracula kan?
Medieval, “Order of the Dragon”
Vlad II adalah seorang ahli Order of the Dragon iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Maharaja Sigismund untuk mempertahankan agama Kristian dari musuh terutamanya orang Turki. Bijaknya si Vlad II ni, beliau join kelab brader-brader pro-Kristian versi medieval ini adalah bertujuan politik, yakni untuk merampas kuasa sebagai pemerintah Wallachia. Tengah syok-syok, dah feeling-feeling dan jakun ada geng sendiri ala-ala Geng Bas Sekolah, Vlad II bertindak untuk mengunakan “Dracul” (“The Dragon” dalam Bahasa Romania) pada namanya. Manakala, Vlad III, brader pailang kita minggu ini, mengunakan “Dracula” (“The Son of Dracul”) pada namanya apabila tiba giliran beliau menyertai “Order of the Dragon” dan beliau seterusnya dikenali sebagai Vlad III Dracula.
Brader Vlad kita ni, pada usia mudanya sudah mula memupuk sisi dirinya yang ganas itu. Pada usia 5 tahun telah menjadi pelatih kesatria dan mempelajari ilmu perang sebagai seorang kesatria Kristian. Suatu kejadian yang menjadi titik tolak kepada pembentukan peribadi beliau sebagai seorang yang membenci orang Turki dan mengasah sisi ganas nya berlaku pada usianya 11 tahun. Vlad III dijadikan tawanan politik Kerajaan Uthmaniyyah yang ketika itu diperintah oleh Sultan Murad II di mana beliau dan adiknya, Radu dijadikan tawanan untuk memastikan Vlad Dracul meneruskan pembayaran ufti tahunan sebanyak 10,000 ducats. Kedua-dua anak Vlad Dracul ini diajar ilmu logik, Bahasa Turki, Al-Quran, menunggang kuda, memanah dan berlawan pedang sewaktu dalam tawanan. Radu dalam sepanjang tempoh ini telah berjaya mendapat tempat sebagai orang kepercayaan kepada waris takhta, Mehmed Celebi, Vlad III pula menanam perasaan benci kepada orang Turki apabila beliau kerap kali dihukum kerana kelakuan beliau yang mempunyai kemarahan luar kawalan.
Pada November 1447, Vlad II dan anak sulungnya Mircea telah dibunuh apabila János Hunyadi menyerang Wallachia. Pada masa yang sama, Boyars of Tirgoviste (bangsawan Tirgoviste) memberontak dan menangkap, mendera, membutakan mengunakan besi panas dan kemudiannya menanam hidup-hidup Mircea. Nasib Vlad II tak kurang sadisnya juga. Vlad II walaupun berjaya melarikan diri, telah berjaya ditangkap dan dipenggal dengan kapak oleh pemberontak. Sadis... bapak dan anak nasib dua-dua sadis.
Selepas kematian bapanya sampai, beliau telah dibebaskan dan berusaha untuk menakluk kembali Wallachia dan berjaya pada 1456. Pada perayaan Easter tahun 1456, Vlad Dracula menganjurkan sebuah majlis di mana beliau menjemput para “boyars” untuk makan malam bersama beliau. Tengah-tengah layan dok makan minum semua, Vlad tiba-tiba bertanya kepada “boyars”, berapa ramaikah “voivodes” (putera) yang telah memerintah sepanjang tempoh hidup mereka. Kesemua mereka berkata mereka hidup lebih lama daripada beberapa “voivodes”. Sejurus selepas memberi jawapan tersebut, para “boyars” yang tua, bersama keluarga mereka disula di tempat itu juga. Manakala yang lain diarahkan untuk berjalan 50 batu dan apabila tiba, dikerahkan untk membina semula dan membaiki kubu yang kemudiannya menjadi Istana Dracula. Setelah selesai pembinaan tersebut, mereka ni ingat boleh la bebas. Tapi malangnya, mereka telah disula di hadapan istana tersebut.
Gambar 3 : Menyula – Aktiviti kegemaran Vlad Tepes
Kekejaman Vlad Tepes ini tak berhenti takat sula-menyula sahaja. Antara cara-cara yang menjadi kesukaan hati Vlad ini adalah memancung, membutakan, mencekik, menggantung, membakar, merebus (pergh bunyi cam masak sup tulang pulak beb), menyiat kulit, mencucuk kedua-dua belah buah dada para ibu dengan kayu dan merodok bayi mereka dengannya (versi “nak nenen?” yang sangat-sangat sadistik). Tapi, menyula tetapi pilihan kegemarannya kerana ianya merupakan kesakitan yang amat dan mangsa mati dengan perlahan. Kadang-kala, mungkin untuk suka-suka, mangsa akan disula secara tunggang terbalik. Vlad Tepes selalu menyusun mangsa sulanya dalam pelbagai bentuk geometrik. Bentuk kegemaran beliau adalah bentuk bulatan. Manakala, ketinggian kayu pula mengikut pangkat mangsanya. Mayat mangsa selalunya dibiarkan berbulan dan selalunya beberapa ratus orang disula dalam satu masa.
Ada yang mengatakan pernah wakil dari Turki mengadap beliau tetapi enggan membuka turban di hadapan beliau diarahkan untuk dipakunya turban itu dikepala supaya turban tu tak boleh dibuka terus. Mak aih... itu memang geram betul. Tak nak bukak? Takpa, meh aku kasi kau tak boleh buka terus. Kalau ada yang nak buat palat dengan dia lagi teruk. Apabila pendatang dari Saxony merancang untuk memberontak, Vlad Tepes bertindak menyerang dan membakar kampung mereka dan juga mengerat penduduk sebuah kampung macam sayur kobis. Serius weh... sumber aku baca tu tulis kata macam kobis, “hacked to pieces like cabbages.” Agaknya lepas tu dia rebus “kobis” tu.
Bukan takat tu sahaja pailang dia. Dia sanggup makan sambil melihat mangsa-mangsanya disula di hadapannya seperti apa yang berlaku kepada penduduk Brasov. Apabila beliau melihat salah seorang dari “boyar”nya menutup hidung dek kerana bau yang amat busuk, beliau menyula mamat tu mengunakan kayu yang lebih panjang daripada yang lain supaya “mamat tu berada lebih tinggi dari bau busuk.” Twisted gila beb... Vlad juga pernah membunuh, membelah rahim sehingga dada wanita simpanannya kerana dia berbohong dia mengandungkan anaknya.
Yang tak tahannya, dalam berperangai sadistik macam tu, Vlad Tepes cuba melaksanakan kod moralnya dan amat menitik beratkan kesucian para wanita. Para gadis yang hilang dara (sebab kongkek luar nikah lah), isteri-isteri yang curang, janda-janda jalang akan dipotong keluar organ kemaluan mereka atau disula melalui vagina mengunakan pancang yang panas menyala. Orang gelandangan, papa kedana, peminta sedekah dan cacat pun tidak terlepas weh... dek kerana beliau melihat mereka ini memakan hasil dari penat lelah orang lain. Apa yang beliau buat dengan mereka ni? Beliau ajak datang majlis makan-makan, kasi jamu makan minum sampai mabuk, lepas tu kunci dewan, bakar dewan sampai hangus dan tiada yang keluar larikan diri. Itulah cara Vlad Tepes menghapuskan kemiskinan.
Gambar 4 : Bukan selalu orang buat dedicated pamphlet untuk cerita kepailangan kau
Reputasi Vlad Tepes yang menggerunkan ini tersebar luas. Malah terdapat pamphlet yang bercerita tentang kekejaman beliau. Pergh.. ada pamphlet. Tapi sure bukan macam pamphlet ibu mengandung macam dekat klinik-klinik 1Malaysia. Kandungan pamphlet itu menceritakan berikut:
"He had some of his people buried naked up to the navel and had them shot at. He also had some roasted and flayed.
"He captured the young Dan [of the rival Danesti clan] and had a grave dug for him and had a funeral service held according to Christian custom and beheaded him beside the grave.
"He had a large pot made and boards with holes fastened over it and had people's heads shoved through there and imprisoned them in this. And he had the pot filled with water and a big fire made under the pot and thus let the people cry out pitiably until they were boiled quite to death.
"He devised dreadful, frightful, unspeakable torments, such as impaling together mothers and children nursing at their breasts so that the children kicked convulsively at their mothers' breasts until dead. In like manner he cut open mothers' breasts and stuffed their children's heads through and thus impaled both.
"He had all kinds of people impaled sideways: Christians, Jews, heathens, so that they moved and twitched and whimpered in confusion a long time like frogs.
"About three hundred gypsies came into his country. Then he selected the best three of them and had them roasted; these the others had to eat."
Gambar 5 : Sungguh pailang sampai muncul sebagai cameo dalam lukisan.
Kepailangan Vlad Tepes ini telah menyebabkan nama beliau yakni Vlad Dracula membawa makna lain iaitu “Devil” di mana ahli keluarga Dracul dikenali sebagai “Devils” oleh musuhnya dan rakyat jelata. Kegerunan terhadap Vlad amat la dahsyat sehinggakan Dracula itu dikaitkan dengan sesuatu yang jahat, malah beliau sendiri telah diabadikan dalam lukisan mengenai St. Andrew sebagai salah seorang dari watak jahat yang memujahidkan St. Andrews. Vlad Tepes punya la pailang, dia boleh pergi ambush askar yang dihantar Sultan Mehmed II untuk berjumpa beliau. Beliau kemudiannya menyerang kota kara milik empayar Uthmaniyyah dan memusnahkannya. Beliau mengutus surat kepada pemerintah Hungary, Matthias Corvinus menceritakan tindakan beliau.
“I have killed peasants men and women, old and young, who lived at Oblucitza and Novoselo, where the Danube flows into the sea, up to Rahova, which is located near Chilia, from the lower Danube up to such places as Samovit and Ghighen. We killed 23,884 Turks without counting those whom we burned in homes or the Turks whose heads were cut by our soldiers...Thus, your highness, you must know that I have broken the peace with him (Sultan Mehmed II)”
Kisah kekejaman Vlad Dracula akhirnya tamat apabila tentera Turki menyerang beliau. Ada yang mengatakan beliau mati dibunuh oleh pembunuh upahan atau pembantunya sendiri yang telah dirasuah oleh pihak Turki. Kepala Vlad Dracula telah dipancung dan dihantar ke Istambul dan kemudiannya dipancakkan dengan pancang di tengah-tengah kota Istambul bagi semua untuk melihat bahawa Vlad Dracula akhirnya telah mati. Kisah yang menggerunkan yang telah menjadi inspirasi dan asas kepada salah satu ikon seram sepanjang zaman.
0 comments:
Post a Comment