Thursday 4 July 2013

BERTUNANG TAK PERLU BERIA-RIA


Bertunang adalah salah satu tuntutan dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering  mengabaikan disiplin dan adab – adab semasa bertunang. 

Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang, bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua – duaan, bebas bergambar bersama, bebas keluar ber’dating’ dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain.

Adab Bertunang

Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si  lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi. Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing-masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun di sana terdapat tatasusila atau batas-batas terhadap perhubungan ini, yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua-dua belah pihak samada lelaki atau perempuan).

Antara adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Adab dalam pergaulan

Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung   antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing

Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan

Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat

Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah, syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya  perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .


Tempoh pertunangan

1. Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan. Ianya bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak diduga, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertunangan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasangan itu sendiri.

2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .

3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa sepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak halal. Susah untuk menjaga batas aurat. 

4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja. 

Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga akhlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita “bebas” melukakan apa – apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si “dia” akan jadi milik kita, kecualilah apabila diijab kabulkan barulah si “dia” betul-betul milik kita..


Selamat Bertunang.

4 comments:

  1. Gila nak menikah ko niiiii

    ReplyDelete
  2. tak payah la lama2 ikat, cpt kawen cpt dapat anak. pahalaaaaaa. hoho

    ReplyDelete