Thursday 25 July 2013

Pemergian “Bawang Putih”



Datin Hajjah Patimah Bte Bahudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum adalah seniwati filem Melayu klasik. Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Antara filem-filem yang dibintangi Umi Kalthum adalah 
Bawang Putih Bawang Merah (1959)
Dahlia
Buluh Perindu
Kampung Nelayan
Dang Anum
Tunang Pa' Dukun
Raden Mas (1959)
Yatim Mustapha (1961)
Laila Majnun (1962)
Filem Badang (1962)
Kalung Kenangan (1964)
Pontianak Gua Musang (1964)
Dosa Wanita (1967)
Bukan Salah Ibu Mengandong (1969)
Sial Wanita (1969)
Menanti Hari Esok (1977)
Esok Masih Ada (1979)
Abang (1981)
Esok Untuk Siapa (1982)
Ke Medan Jaya (1983)
Sumpahan Mahsuri (1989)
Syukur 21 (2000)


Antara watak penting yang kekal di hati peminat adalah watak Umi Kalthum sebagai “Bawang Putih” dalam filem klasik Bawang Putih Bawang Merah. Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama di Kepulauan Melayu yang terkenal. Ia mengisahkan tentang Bawang Puteh yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah." Namun akhirnya Bawang Puteh berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.


Pada 24 Julai 2013, negara kita digemparkan dengan berita kematiann artis veteran datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati awal pagi ini

Anaknya Noorkumalasri mengatakan bahawa Allahyarhamah tiada sebarang penyakit dan masih aktif. Apabila ingin mengejutkan Allahyarhamah untuk bangun sahur pada jam 4.30 pagi tadi dan dapati beliau sudah meninggal dunia ketika tidur “Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas dan kami berbual seperti biasa,” katanya lagi.

Beliau berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Hulu Klang sebelum solat Zohor. Umi Kalhum meninggakan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit dari perkahwinanya dengan Allahyarham Roomai Noor. Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.


Semoga Roh Allahyarhamah ditempatkan di dalam golongan orang beriman. Amin. Af-fatihah. 

1 comments: