Ini melalui pengamatan aku lah, apa yang orang Melayu typical suka buat dalam bulan puasa:
1. Post gambar makanan/minuman kat Twitter/Facebook
Aku tak tahu kenapa, orang Melayu memang suka upload gambar makanan masa bulan puasa. Kenapa masyarakat Melayu sadis sangat terhadap bangsanya sendiri masa bulan Puasa, aku tak tahu.
2. Hantar gambar awek seksi melalui MMS/Whatsapp/Email kat kawan laki lain
Sebenarnya, bulan bukan bulan puasa pun ramai yang hantar gambar awek seksi kat member-member. Tapi mungkin dengan niat nak menguji kesabaran sahabat mereka semasa berpuasa dan bagi peluang sahabat buat pahala lebih, ramai yang hantar gambar seksi. Siap ada tag “Moga manfaat” lagi tuh, haha!
3. Berterawih di masjid tanpa konsistensi
Dari pemerhatian aku, di atas merupakan graf kehadiran orang berterawih di masjid. Mungkin korang pernah tengok kedatangan terawih yang lagi best, tapi yang ini kat masjid yang selalu pergi/tak pergi.
4. Berpakaian seksi/baju tidur ke pasar Ramadhan
Memang ramai juga wanita yang cuba mencuba kesabaran kaum lelaki dengan memakai seksi ke pasar ramadhan.
Ramai lelaki yang pulang dari pasar ramadhan dengan tangan kosong kerana lupa motif sebenar ke pasar Ramadhan. Jangan pahala kosong sudah yob, nanti sia-sia berlapar dahaga. Tundukkan matamu, wahai pemuda!
5. Memecahkan rekod makan dunia semasa berbuka puasa
Ramai juga antara kita yang menganggap berbuka puasa itu satu pertandingan makanan yang kalau makan lagi laju dan lagi banyak sampai jadi ular sawa adalah champion.
Sedarlah, perut manusia umpama getah juga, boleh terputus jika ditarik berlebihan.
6. Beli baju Raya macam esok kiamat
Ya, memang Raya Cuma setahun sekali, tapi perlukah kita beli semua yang ada sampai ambik loan bank untuk beli baju Raya? Sampai nak berebut-rebut kain kat Jakel sampai terlupa laki dan anak-anak.
Janganlah melampau dalam bershopping, kerana melampau itu sifat puak pelampau.
7. Berbuka puasa pakai spek mata ciplak kat McDonalds Drive Thru
Entah kenapa, peratusan pengunjung Melayu yang membeli burger McDonalds Drive Thru di siang hari meningkat pada bulan puasa. Mungkin ramai yang nak beli bungkus bawak balik.
8. Bekerja dengan separuh/suku/satu perlapan/satu perseratus/satu perseribu produktiviti hari biasa
Mentang-mentanglah puasa, ramai yang ambil alasan puasa untuk bekerja mengikut kemampuan yang ada lah.
9. Gastrik!
Memang pelik tetapi kadar gastrik di Malaysia meningkat dengan mendadak dalam bulan puasa.
10. Guna alasan terawih untuk aktiviti lain
Aku tak boleh nak goreng banyak part ni pasal aku ada #brocode. Pandai-pandai korang lah nak terjemahkan maksudnya.
haahha yang MCD drive thru tue Kebanyakan Orang Kita buat! HAHAHA.
ReplyDeletehahahaha jangan ko buat plak
Delete