Tuesday 23 July 2013

PAILANG MINGGU INI #3


Marie Colvin

Gambar 1 : Bayangkan kalau Nick Fury seorang wanita.

Kali ini, aku masukkan la pula seorang wanita dalam list pailang ni. Yela, kasi ada sentuhan wanita sikit. Kalau semua jantan je, nanti kata discrimination la, itu la, ini la. Jadi, perkenalkan pailang wanita pertama untuk segmen “Pailang Minggu Ini,” Marie Colvin. Marie Colvin seorang wartawan kelahiran Amerika yang bertugas untuk akhbar British, The Sunday Times dari 1985 sehingga kematian beliau pada 2012. Akak ni, (nak panggil mak cik macam tak sesuai pulak. Mana ada pailang orang panggil mak cik) memang terkenal sebagai seorang lagenda wartawan perang yang kental dan tak takut untuk berada di medan perang bersama-sama brader-brader askar yang kental-jahat-punya. Dari medan pembunuhan di Tripoli sehinggalah ke Chechnya, lepak minum dengan antara diktaktor yang kejam, ber-camping dengan ketua pemberontak, berada di kem pelarian yang daif gila, mengharungi tembakan bertalu-talu, semuanya untuk memberi laporan berita bahawa tempat yang di pergi amatlah fucked-up tanpa perlu kita ni pergi sana dan experience sendiri. Marie Colvin ni, akan menyusup masuk ke dalam kawasan yang “panas” dan membuat liputan berita mengenai kejadian di kawasan tersebut. Memang kental, main susup-menyusup ni. 

Gambar 2 : Dengan hanya pakai eye-patch kau dah boleh jadi  bontot-keras aka hard-ass macam Plissken


Teringat aku dekat Snake Plissken dalam filem “Escape from New York” dengan “Escape from L.A.” Tapi kan... kalau tengok, muka Colvin ni macam ada gaya Snake Plissken juga sebenarnya, masing-masing muka pun macam dah bontot-keras aka hard-ass. Sebenarnya, banyak kisah-kisah kekentalan beliau yang telah mengangkat beliau sebagai salah seorang wartawan yang paling pailang dan kental. Pada tahun 1986 diwaktu Gadhafi sedang bermain “telur siapa lagi besar” dengan negara barat terutamanya Amerika, Colvin menyusup masuk ke Tripoli diwaktu Amerika sedang melakukan operasi pengeboman di sana, untuk melakukan temubual dengan Gadhafi. Lagi kental apabila beliau tidak “pukul lembut”, main tapau Gadhafi 
dalam temubual mengenai pelanggaran hak asasi manusia. Menakjubkannya, Gadhafi tertarik dengan beliau walaupun ditapau, menjemput Colvin untuk kembali melakukan temu bual pada tarikh yang lain dan ajak lepak minum scotch

Gambar 3 : Tak cukup pailang kalau tak test masuk lubang penyeludup di Rafah, Palestine

Pada 1987 pula, beliau seludup masuk Basra untuk membuat laporan mengenai pembunuh orang awam di sana di waktu wartawan barat dihalang dari memasuki Iraq. Dalam tahun yang sama juga, beliau berada di Palestin menemubual pelarian yang cedera sewaktu serangan roket Syrian dilakukan di kawasan kem pelarian. Pada awal 1990-an pula, beliau pergi ke kawasan “panas” di Iraq dan Kuwait sewaktu operasi Desert Storm, mengelakkan diri dari pertempuran dahsyat di Eritrea, keluar hidup-hidup dari perang saudara di Zimbabwe, menyendeng dengan Kosovo Liberation Army sewaktu mereka menentang Serbs.

Pada penghujung 1990-an pula, Colvin dengan berani dan kentalnya tinggal dengan Taliban yang ketika itu baru menguasai Afghanistan. Kalau korang dah rasa itu berani, dia juga pernah mengikuti ketua pemberontak Chechnya sewaktu pemberontak Chechen sedang rancak berperang dengan tentera Rusia. Dalam dok sibuk-sibuk join lepak dengan geng Chechen ni, jip yang dinaiki beliau telah ditembak oleh jet pejuang rusia dan beliau terpaksa merangkak keluar dari jip dan terbaring dalam salji selama 9 jam sebelum keadaan kembali tenang. Memang kental... padahal wartawan je tu. Wartawan mana la sanggup kena tembak dengan jet dan masih lagi nak teruskan kerja dia tu?

Ke-pailang-an Colvin ini pun ada bagusnya. Pada 1999, beliau meluangkan masa membantu kem pelarian di Timur Timor. Sewaktu kem yang melindungi 1,500 pelarian tersebut dikepung oleh tentera Indonesia, beliau dengan pailang-nya mengingkari arahan UN dan  kerajaan Indonesia untuk keluar dari kem tersebut telah menyebabkan tentera Indonesia tidak jadi untuk menyerang kem tersebut. Pergh... seorang wartawan perempuan melawan sepasukan tentera tu beb!

Gambar 4 : Muka memang takda muka wartawan langsung


Korang mesti tertanya kan, macamana mata dia boleh ber-eye-patch bagai tu? Pada 2001, beliau membuat liputan pula mengenai konflik di Sri Lanka dan mengikuti kumpulan pemberontak Tamil Tigers. Malang tidak berbau, di mana bila beliau mengikuti kumpulan tersebut, beliau telah terperangkap dalam pertempuran dan berdiri berhampiran radius letupan RPG yang meletup berhampirannya. Colvin merangkak ke kawasan selamat dalam keadaan mulut dan mata berdarah dan kemudiannya menulis laporan sebanyak 3,000 patah perkataan semasa perjalanan untuk dibedah. Beliau telah hilang keupayaan untuk mengunakan mata beliau dan memutuskan untuk memakai eye-patch yang membuatkan beliau kelihatan sangatlah pailang.

Selepas beberapa bulan kehilangan matanya, beliau kembali bertugas di lapangan di Afghanistan. Beliau turut kembali ke Iraq pada 2003, mengikut tentera Iraq yang mencari senjata pemusnah Saddam (well sama hari ini pun tak jumpa-jumpa). Sewaktu di sana, beliau hanya tidur di bilik konkrit yang dahulunya ruang seksa dan hanya memiliki sebuah kerusi dan meja, sebuah laptop dan sebotol scotch. Ini memang jauh sekali, sangat jauh dengan kehidupan ideal dan selesa yang diidamkan oleh para wanita biasa diluar sana.

Dalam sepanjang tempoh tahun 2000-an, beliau melakukan temubual dengan pemberontak di Sierra Leone, bekerja dengan staf hospital Palestine sewaktu serangan Israel di Gaza pada 2009, membuat liputan Arab Spring pada 2011, pemberontakan di Libya dan membuat liputan di Syria pada 2012 yang mana menjadi tugasan beliau yang terakhir. Colvin telah dihantar ke Homs dalam misi 2 hari untuk membuat laporan tindakan tentera Syria terhadap orang awam. Melihat dengan sendiri kekejaman tentera Syria, Colvin enggan untuk keluar dari Homs dan terus membuat laporan mengenai keadaan di situ walaupun bandar itu dihujani serangan roket dan artileri. Walaupun telah acapkali mengelak dari situasi merbahaya yang boleh menyebabkan nyawa melayang, namun apa yang terjadi kali ini merupakan situasi merbahaya terakhir buatnya. 

Pada 22 Februari 2012, beliau dan jurugambarnya Remi Ochlik telah mati terbunuh apabila tentera kerajaan menghujani hotel yang didiami mereka dengan serangan artileri dan kereta kebal. Pengakhiran yang mungkin telah beliau bersedia akan kemungkinannya, kerana hidup merentasi medan perang sebagai wartawan perang suatu hari nanti akan membuat anda terbunuh. Walau begitu, beliau telah menjalani kehidupan yang penuh merbahaya demi menyampaikan laporan berita yang jujur dan menjadi ruang bagi dunia melihat gambaran sebenar di medan pertempuran.

Temubual terakhir beliau sebelum terbunuh di Homs


0 comments:

Post a Comment