Sunday, 21 July 2013

Pos Malaysia, Apa Cerita?


Korang selalu beli barang online? Lelong ke, Mudah ke, eBay ke, Amazon ke, apa-apa sajalah. Aku selalu jugak, sebab aku malas pergi kompleks beli-belah. Lagipun, banyak barang yang aku nak, takde jual kat sini. Atau pun, susah dapat saiz. Contoh paling best, jersi bola. Aku ni kurus, jadi kalau nak beli jersi pasukan bola yang aku support, aku kena beli saiz Boys XL. Memang payah nak dapat kat sini.

Kalau pergi kedai-kedai sukan, selalu ada saiz M, L atau XL je. Saiz S pun agak besar untuk aku. Aku suka pakai baju yang ngam-ngam – tak terlalu ketat, tak terlalu menggelebeh. Penat aku turun naik pergi gym, buat apa pakai baju yang tak tunjukkan betapa lean body aku (keh keh keh).

Kalau beli barang dari luar, penjual selalunya akan hantar dengan pos daftar. Maknanya, posmen akan datang depan rumah atau pejabat serahkan parcel dan ambil tandatangan penerima.

Aku selalu bengang dengan posmen. Aku letak alamat pejabat sebab senang. Memang akan sentiasa ada orang kat pejabat, dan kalau aku keluar pun, sekurang-kurangnya receptionist atau sesiapa rakan sepejabat boleh tandatangan untuk pihak aku. Tapi pejabat aku tingkat 8. Oleh sebab posmen malas nak naik, dia akan tinggalkan notis dalam peti surat. Aku kena pergi ambil pulak kat pusat serahan. Lagi satu kerja aku kena pergi waktu lunch, redah traffic jam, carik parking, buang masa; semata-mata sebab posmen malas nak naik.

Kalau sekali-sekala takpelah jugak, tapi SETIAP KALI! Maka setiap kali aku tengok dalam peti surat ada notis untuk aku, aku akan maki posmen dan Pos Malaysia. Aku maki sebab aku tahu posmen memang tak naik langsung. Aku selalu track shipment aku, jadi aku tahu bila barang sampai, bila barang dilepaskan kastam, bila barang akan dihantar. Memang biasanya aku tunggu dari pagi sampai petang.

Jangan malas sangat, beb. Kita kerja kena ikhlas. Setakat nak kerja sambil lewa, baik tak payah kerja. Setiap kali benda ni jadi, aku akan emel Pos Malaysia. Aku suarakan tak puas hati aku. 3 hari kemudian, baru diorang balas. Apa benda ni?

Hari ni aku baca benda ni pulak:



Pos Malaysia, apa nak jadi ni? Jangan malas sangat, okey? Dalam banyak-banyak surat yang korang buang tu, mesti ada surat-surat yang penting.

Jangan ingat masa dan hidup kau je penting.

0 comments:

Post a Comment