Monday, 29 July 2013

5 Iklan Raya Terbaik Abad Ini (Part 2)


Ini adalah bahagian kedua senarai iklan raya terbaik abad ini. Banyak iklan yang layak disenaraikan di sini tetapi aku menilai mengikut apa yang aku rasa. Iklan raya yang berkesan sentiasa membawa mesej kekeluargaan dan keharmonian. Aku bertuah sebab masih punya ayah dan mak serta kampung halaman. Oleh itu, hari raya lebih bermakna buat aku. Ini sambungan senarai 5 iklan yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia:-

1) Iklan Raya TM 2008


Budaya Balik Kampung sebenarnya semakin lama, semakin terhakis dek kerana pelbagai faktor. Pada aku, raya tidak akan sempurna jika tidak pulang ke kampung halaman. Iklan oleh TM ini sungguh menyentuh hati dan sanubari aku. Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

2) Iklan raya 2011- Permintaan Terakhir


Mengisahkan seorang isteri yang mahu menunaikan permintaan terakhir suaminya setelah mengetahui dirnya tidak dapat hidup lama kerana didapati menghidap barah otak. oleh itu kita harus hargai apa yang ada di hadapan kita sebelum ia meninggalkan kita. Sebuah produksi FarhanJamil yang cuba membawa sebuah penceritaan sadis kasih seorang isteri berlatarbelakangkan hari raya.

3) Iklan Hari Raya EON tahun 80an


Iklan klasik tahun 80an wajib disenaraikan kerana memaparkan lagu yang suatu ketika dahulu sering bermain di fikiran aku. Iklan EON ni simple sahaja, namun gandingan Jamal Abdillah dan Raja Ema berjaya menyuntik kelainan pada iklan hari raya. Lama sudah EON tidak membikin iklan raya.

4) Iklan Raya TV3 (2011) - "Kasih Yang Suci,Tiada Noktahnya "


Kalau iklan raya mampu buat aku bergenang air mata, iklan itu layak disenaraikan. Iklan Raya TV3 tahun 2011 ini mengisahkan penyatuan semula keluarga yang terpisah dek kesempitan kewangan. Ringkas tapi babak memohon maaf pada ibu memang tangkap leleh bai! Lagu “Perpisahan” oleh Anuar Zain dijadikan lagu latar pada iklan ini dan telah berjaya memberi mood melankolik itu.

5) Iklan Raya PNB - Baju Melayu Oren


“Suatu yang baik, janganlah diabaikan” adalah mesej yang cuba dibawa di dalam iklan lucu ini. Apabila melihat kembali sikap pembaziran yang sering kali diamalkan apabila tiba waktu raya, iklan ini berjaya membawa mesej agar bersederhana. Babak akhir yang sang suami jadi “Incredible Hulk” memang best. 

P/S: Masih menanti iklan raya terbaik tahun ini





Thursday, 25 July 2013

Top Ten Riders to never win a championship


Most never reach number one status, but these guys were so close to reaching top spot.


1: Randy Mamola 
Randy Mamola ended his GP career with 13 wins to his name. Some might consider that to be unlucky, but there are only a select few who have scored more wins in the big class. There’s some symmetry there, with Mamola’s career spanning 13 years too. For four of these years he ended up second – the ultimate runner up in MotoGP.


2: Dani Pedrosa 
Pedrosa may have two more wins than Mamola, but has only been on the second spot light at the end of season twice. Clearly lightening on his days, will Pedrosa ever string this season together and remove himself from this list? Apart from Marc Marquez is leading with 16 points after Laguna Seca race 2013.


3: Frankie Chili
276 races, 61 podiums. 17 wins, 0 championships. Pierfrancesco Chili was always the fan’s favorite, but the Italian couldn’t translate this into championship wins in an era of greats. He came closest when he was fourth in the series on two occasions. 


4: Aaron Slight 
13 seems to be a recurring number, as this is the number of race wins Aaron Slight scored (the same number of Max Biaggi in MotoGP). Twice runner up in WSB championship, in 1996 and 1998, he also had four times as a third place racer at the end of the year. A brain tumor cut his career short.



5: Michael Rutter
Micheal Rutter is the nearly man in BSB – but still a serious protagonist. Twice runner-up and three times third, it’s only been injury that has robbed Rutter of the domestic title. Still capable of winning BSB today.



6: Chris Walker 
Four times runner up in BSB, it was only a broken valve that stole a crown from him, in the season that saw his titanic season-long tussle with Neil Hodgson. From 1997 to 2000, Chris Walker owned that runners-up spot – poor bugger. 



7: Sete Gibernau
Had he not to deal with Valentino Rossi in his prime, Sete Gibernau would have been world champion. Twice runner – up, in 2003 and 2004, Gibernau may have won the add battle or nine, but Rossi certainly ended up winning the wars.



8: Nori Haga
Nitro Nori Haga sits third in the all time win list of the superbike world champion, with 43 champagne popping moments to his name (but only seven poles). This points scoring helped him to second in the championships three times – and third on a further four occasions. 



9: Guy Martin
We are not talking MotoGP statistics here, rather than TT wins. Guy Martin has stood on the podium 13 times so far in his eight years TT career, but that precious win still eludes him.



10: Alex Barros
Seven wins in the big boy’s class is what Brazilian Alex Barros has to show for a massive 276-race career – 17 years worth in the top class! Barros’s closest brush with the title was fourth – a position he scored five times. Hats off for trying! 

Pemergian “Bawang Putih”



Datin Hajjah Patimah Bte Bahudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum adalah seniwati filem Melayu klasik. Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Antara filem-filem yang dibintangi Umi Kalthum adalah 
Bawang Putih Bawang Merah (1959)
Dahlia
Buluh Perindu
Kampung Nelayan
Dang Anum
Tunang Pa' Dukun
Raden Mas (1959)
Yatim Mustapha (1961)
Laila Majnun (1962)
Filem Badang (1962)
Kalung Kenangan (1964)
Pontianak Gua Musang (1964)
Dosa Wanita (1967)
Bukan Salah Ibu Mengandong (1969)
Sial Wanita (1969)
Menanti Hari Esok (1977)
Esok Masih Ada (1979)
Abang (1981)
Esok Untuk Siapa (1982)
Ke Medan Jaya (1983)
Sumpahan Mahsuri (1989)
Syukur 21 (2000)


Antara watak penting yang kekal di hati peminat adalah watak Umi Kalthum sebagai “Bawang Putih” dalam filem klasik Bawang Putih Bawang Merah. Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama di Kepulauan Melayu yang terkenal. Ia mengisahkan tentang Bawang Puteh yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah." Namun akhirnya Bawang Puteh berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.


Pada 24 Julai 2013, negara kita digemparkan dengan berita kematiann artis veteran datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati awal pagi ini

Anaknya Noorkumalasri mengatakan bahawa Allahyarhamah tiada sebarang penyakit dan masih aktif. Apabila ingin mengejutkan Allahyarhamah untuk bangun sahur pada jam 4.30 pagi tadi dan dapati beliau sudah meninggal dunia ketika tidur “Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas dan kami berbual seperti biasa,” katanya lagi.

Beliau berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Hulu Klang sebelum solat Zohor. Umi Kalhum meninggakan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit dari perkahwinanya dengan Allahyarham Roomai Noor. Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.


Semoga Roh Allahyarhamah ditempatkan di dalam golongan orang beriman. Amin. Af-fatihah. 

Tuesday, 23 July 2013

PAILANG MINGGU INI #3


Marie Colvin

Gambar 1 : Bayangkan kalau Nick Fury seorang wanita.

Kali ini, aku masukkan la pula seorang wanita dalam list pailang ni. Yela, kasi ada sentuhan wanita sikit. Kalau semua jantan je, nanti kata discrimination la, itu la, ini la. Jadi, perkenalkan pailang wanita pertama untuk segmen “Pailang Minggu Ini,” Marie Colvin. Marie Colvin seorang wartawan kelahiran Amerika yang bertugas untuk akhbar British, The Sunday Times dari 1985 sehingga kematian beliau pada 2012. Akak ni, (nak panggil mak cik macam tak sesuai pulak. Mana ada pailang orang panggil mak cik) memang terkenal sebagai seorang lagenda wartawan perang yang kental dan tak takut untuk berada di medan perang bersama-sama brader-brader askar yang kental-jahat-punya. Dari medan pembunuhan di Tripoli sehinggalah ke Chechnya, lepak minum dengan antara diktaktor yang kejam, ber-camping dengan ketua pemberontak, berada di kem pelarian yang daif gila, mengharungi tembakan bertalu-talu, semuanya untuk memberi laporan berita bahawa tempat yang di pergi amatlah fucked-up tanpa perlu kita ni pergi sana dan experience sendiri. Marie Colvin ni, akan menyusup masuk ke dalam kawasan yang “panas” dan membuat liputan berita mengenai kejadian di kawasan tersebut. Memang kental, main susup-menyusup ni. 

Gambar 2 : Dengan hanya pakai eye-patch kau dah boleh jadi  bontot-keras aka hard-ass macam Plissken


Teringat aku dekat Snake Plissken dalam filem “Escape from New York” dengan “Escape from L.A.” Tapi kan... kalau tengok, muka Colvin ni macam ada gaya Snake Plissken juga sebenarnya, masing-masing muka pun macam dah bontot-keras aka hard-ass. Sebenarnya, banyak kisah-kisah kekentalan beliau yang telah mengangkat beliau sebagai salah seorang wartawan yang paling pailang dan kental. Pada tahun 1986 diwaktu Gadhafi sedang bermain “telur siapa lagi besar” dengan negara barat terutamanya Amerika, Colvin menyusup masuk ke Tripoli diwaktu Amerika sedang melakukan operasi pengeboman di sana, untuk melakukan temubual dengan Gadhafi. Lagi kental apabila beliau tidak “pukul lembut”, main tapau Gadhafi 
dalam temubual mengenai pelanggaran hak asasi manusia. Menakjubkannya, Gadhafi tertarik dengan beliau walaupun ditapau, menjemput Colvin untuk kembali melakukan temu bual pada tarikh yang lain dan ajak lepak minum scotch

Gambar 3 : Tak cukup pailang kalau tak test masuk lubang penyeludup di Rafah, Palestine

Pada 1987 pula, beliau seludup masuk Basra untuk membuat laporan mengenai pembunuh orang awam di sana di waktu wartawan barat dihalang dari memasuki Iraq. Dalam tahun yang sama juga, beliau berada di Palestin menemubual pelarian yang cedera sewaktu serangan roket Syrian dilakukan di kawasan kem pelarian. Pada awal 1990-an pula, beliau pergi ke kawasan “panas” di Iraq dan Kuwait sewaktu operasi Desert Storm, mengelakkan diri dari pertempuran dahsyat di Eritrea, keluar hidup-hidup dari perang saudara di Zimbabwe, menyendeng dengan Kosovo Liberation Army sewaktu mereka menentang Serbs.

Pada penghujung 1990-an pula, Colvin dengan berani dan kentalnya tinggal dengan Taliban yang ketika itu baru menguasai Afghanistan. Kalau korang dah rasa itu berani, dia juga pernah mengikuti ketua pemberontak Chechnya sewaktu pemberontak Chechen sedang rancak berperang dengan tentera Rusia. Dalam dok sibuk-sibuk join lepak dengan geng Chechen ni, jip yang dinaiki beliau telah ditembak oleh jet pejuang rusia dan beliau terpaksa merangkak keluar dari jip dan terbaring dalam salji selama 9 jam sebelum keadaan kembali tenang. Memang kental... padahal wartawan je tu. Wartawan mana la sanggup kena tembak dengan jet dan masih lagi nak teruskan kerja dia tu?

Ke-pailang-an Colvin ini pun ada bagusnya. Pada 1999, beliau meluangkan masa membantu kem pelarian di Timur Timor. Sewaktu kem yang melindungi 1,500 pelarian tersebut dikepung oleh tentera Indonesia, beliau dengan pailang-nya mengingkari arahan UN dan  kerajaan Indonesia untuk keluar dari kem tersebut telah menyebabkan tentera Indonesia tidak jadi untuk menyerang kem tersebut. Pergh... seorang wartawan perempuan melawan sepasukan tentera tu beb!

Gambar 4 : Muka memang takda muka wartawan langsung


Korang mesti tertanya kan, macamana mata dia boleh ber-eye-patch bagai tu? Pada 2001, beliau membuat liputan pula mengenai konflik di Sri Lanka dan mengikuti kumpulan pemberontak Tamil Tigers. Malang tidak berbau, di mana bila beliau mengikuti kumpulan tersebut, beliau telah terperangkap dalam pertempuran dan berdiri berhampiran radius letupan RPG yang meletup berhampirannya. Colvin merangkak ke kawasan selamat dalam keadaan mulut dan mata berdarah dan kemudiannya menulis laporan sebanyak 3,000 patah perkataan semasa perjalanan untuk dibedah. Beliau telah hilang keupayaan untuk mengunakan mata beliau dan memutuskan untuk memakai eye-patch yang membuatkan beliau kelihatan sangatlah pailang.

Selepas beberapa bulan kehilangan matanya, beliau kembali bertugas di lapangan di Afghanistan. Beliau turut kembali ke Iraq pada 2003, mengikut tentera Iraq yang mencari senjata pemusnah Saddam (well sama hari ini pun tak jumpa-jumpa). Sewaktu di sana, beliau hanya tidur di bilik konkrit yang dahulunya ruang seksa dan hanya memiliki sebuah kerusi dan meja, sebuah laptop dan sebotol scotch. Ini memang jauh sekali, sangat jauh dengan kehidupan ideal dan selesa yang diidamkan oleh para wanita biasa diluar sana.

Dalam sepanjang tempoh tahun 2000-an, beliau melakukan temubual dengan pemberontak di Sierra Leone, bekerja dengan staf hospital Palestine sewaktu serangan Israel di Gaza pada 2009, membuat liputan Arab Spring pada 2011, pemberontakan di Libya dan membuat liputan di Syria pada 2012 yang mana menjadi tugasan beliau yang terakhir. Colvin telah dihantar ke Homs dalam misi 2 hari untuk membuat laporan tindakan tentera Syria terhadap orang awam. Melihat dengan sendiri kekejaman tentera Syria, Colvin enggan untuk keluar dari Homs dan terus membuat laporan mengenai keadaan di situ walaupun bandar itu dihujani serangan roket dan artileri. Walaupun telah acapkali mengelak dari situasi merbahaya yang boleh menyebabkan nyawa melayang, namun apa yang terjadi kali ini merupakan situasi merbahaya terakhir buatnya. 

Pada 22 Februari 2012, beliau dan jurugambarnya Remi Ochlik telah mati terbunuh apabila tentera kerajaan menghujani hotel yang didiami mereka dengan serangan artileri dan kereta kebal. Pengakhiran yang mungkin telah beliau bersedia akan kemungkinannya, kerana hidup merentasi medan perang sebagai wartawan perang suatu hari nanti akan membuat anda terbunuh. Walau begitu, beliau telah menjalani kehidupan yang penuh merbahaya demi menyampaikan laporan berita yang jujur dan menjadi ruang bagi dunia melihat gambaran sebenar di medan pertempuran.

Temubual terakhir beliau sebelum terbunuh di Homs


Monday, 22 July 2013

5 Juadah Berbuka Puasa Wajib


Aku selalu teringatkan mak aku bila sampai bulan puasa. Aku akan nantikan masanya untuk berbuka puasa dengan mak aku. Mak aku suka masak dan di bulan puasa, dia akan buat juadah-juadah kegemaran kami sekeluarga. Jadi kalau sampai bulan puasa, aku akan rindu mak aku. Tapi tidak mengapa sebab bazaar Ramadan bersepah kat Kuala Lumpur ni. Kalau pergi bazaar Ramadhan memang akan rambang mata nak pilih. Kalau tidak ada kawalan nafsu yang tinggi, rabak poket kau. Tapi bila aku ke bazaar, ada beberapa juadah yang sentiasa berlegar dalam radar aku:-

1- Tepung Pelita


Kuih Tepung Pelita memang kegemaran semua orang. Aku jarang dapat jumpa orang yang tak suka kuih ini. Gabungan manis dan lemak santan cukup magis dan mampu mengembalikan tenaga setelah seharian berpuasa. Sekarang sudah ramai yang pandai membuat kuih ini dan mudah didapati di merata tempat.

2- Puding Telur


Mak aku pandai buat pudding telur. Puding telur dia kiranya macam “comfort food” aku sepanjang alam kanak-kanak. Oleh itu sampai ke tua ini, aku masih 
cari lagi puding telur ini. Juadah ini sangat popular dan mudah didapati di mana-mana bazaar Ramadan. Namun sukar nak cari yang sama dengan resipi mak 
aku. Tiada yang istimewa, mungkin kasih sayang mak yang buatnya lain daripada yang lain.

3- Murtabak


Berbuka puasa tidak akan sempurna tanpa murtabak. Murtabak sudah jadi sinonim dengan bazaar Ramadan di mana-mana sahaja. Murtabak yang sempurna harus punya kesimbangan dari segi tekstur dan juga isi. Murtabak yang terbaik selalunya yang dijual di Restoran Mamak, tetapi yang dijual di Bazaar Ramadhan pun boleh tahan juga.

4- Cucur Udang


Cucur udang bukanlah kegemaran aku tetapi kegemaran bapak aku. Aku sudah terpengaruh sejak kebelakangan ini. Bapak aku mesti berbuka dengan cucur udang dan saban hari dia akan beli cucur udang sebagai juadah berbukanya. Pernah sekali adik aku terlupa untuk membeli cucur udang untuk bapak aku. Merajuk jugaklah dia. Cucur Udang yang sempurna mengikut bapak aku adalah di dalam kerangupan dan juga kepekatan kuah kacangnya.

5- Roti Boom


Aku tidak pasti kenapa menjelang bulan puasa, nafsu aku pada Roti Boom membuak-buak. Serius. Kalau bukan di bulan puasa aku tidak lalu melihat Roti Boom. Roti Boom yang ranggup dan berlemak dicicah pula dengan kuah Dhal mampu menenangkan seluruh sanubari aku. Jadi pada aku, Roti Boom memang juadah wajib buat aku di bulan Ramadan.

P/s: Selamat Berbuka Puasa Semua!:)

Sunday, 21 July 2013

Pos Malaysia, Apa Cerita?


Korang selalu beli barang online? Lelong ke, Mudah ke, eBay ke, Amazon ke, apa-apa sajalah. Aku selalu jugak, sebab aku malas pergi kompleks beli-belah. Lagipun, banyak barang yang aku nak, takde jual kat sini. Atau pun, susah dapat saiz. Contoh paling best, jersi bola. Aku ni kurus, jadi kalau nak beli jersi pasukan bola yang aku support, aku kena beli saiz Boys XL. Memang payah nak dapat kat sini.

Kalau pergi kedai-kedai sukan, selalu ada saiz M, L atau XL je. Saiz S pun agak besar untuk aku. Aku suka pakai baju yang ngam-ngam – tak terlalu ketat, tak terlalu menggelebeh. Penat aku turun naik pergi gym, buat apa pakai baju yang tak tunjukkan betapa lean body aku (keh keh keh).

Kalau beli barang dari luar, penjual selalunya akan hantar dengan pos daftar. Maknanya, posmen akan datang depan rumah atau pejabat serahkan parcel dan ambil tandatangan penerima.

Aku selalu bengang dengan posmen. Aku letak alamat pejabat sebab senang. Memang akan sentiasa ada orang kat pejabat, dan kalau aku keluar pun, sekurang-kurangnya receptionist atau sesiapa rakan sepejabat boleh tandatangan untuk pihak aku. Tapi pejabat aku tingkat 8. Oleh sebab posmen malas nak naik, dia akan tinggalkan notis dalam peti surat. Aku kena pergi ambil pulak kat pusat serahan. Lagi satu kerja aku kena pergi waktu lunch, redah traffic jam, carik parking, buang masa; semata-mata sebab posmen malas nak naik.

Kalau sekali-sekala takpelah jugak, tapi SETIAP KALI! Maka setiap kali aku tengok dalam peti surat ada notis untuk aku, aku akan maki posmen dan Pos Malaysia. Aku maki sebab aku tahu posmen memang tak naik langsung. Aku selalu track shipment aku, jadi aku tahu bila barang sampai, bila barang dilepaskan kastam, bila barang akan dihantar. Memang biasanya aku tunggu dari pagi sampai petang.

Jangan malas sangat, beb. Kita kerja kena ikhlas. Setakat nak kerja sambil lewa, baik tak payah kerja. Setiap kali benda ni jadi, aku akan emel Pos Malaysia. Aku suarakan tak puas hati aku. 3 hari kemudian, baru diorang balas. Apa benda ni?

Hari ni aku baca benda ni pulak:



Pos Malaysia, apa nak jadi ni? Jangan malas sangat, okey? Dalam banyak-banyak surat yang korang buang tu, mesti ada surat-surat yang penting.

Jangan ingat masa dan hidup kau je penting.

Friday, 19 July 2013

Main kuda balik Raya

Ini pengalaman aku balik raya masa aku masih student ITM dulu. Biasalah, kalau student, lifestyle pun agak haprak, barang-barang berterabur, duit tak menentu dan belajar belakang kira. Kehidupan yang random sepanjang masa. 

Aku share bilik aku dengan lagi 3 orang, rumah aku ada dua bilik dan satu bilik untuk dua orang. Yang share bilik dengan aku, budak Sabah, jarang ada bilik, selalu lepak dengan budak-budak Sabah kat tempat lain. Bilik sebelah ada dua budak Kelantan, jarang jugak lepak bilik, lepak dengan member diaorang yang senegeri jugak. 

Hari Jumaat, aku dah beli tiket bas nak balik kampung minggu lepas. Lepas kelas habis pukul 3, aku pun balik packing barang kat bilik. Lebih kurang setengah jam packing, aku letih lepas tu tertidur terus.

Buka mata, kat luar dah gelap dah. Dah lepas waktu berbuka dah pun. Bas aku pukul 10.30, sekarang pukul 8.15. Sempat lagi. Aku masuk dapur, cari air, tekak dah perit. Nampak botol coke 1.5 Liter dalam fridge, cantik! 


Aku pun tuang penuh gelas, terus minum dengan pantas. Uiks, rasa pelik sikit. Rasa mint. Ahh, pedulikan, aku kena cargas.

Aku pergi naik bas dari Shah Alam ke Pudu. 18 minit tunggu, bas sampai aku pun naik. Duduk ajer kat atas seat, aku terus rasa mengantuk yang amat sangat. Kepala rasa pening. Okay, air tadi mesti bukan coke aje. Aku pun fikir lagi. Cis, mesti geng budak Kelantan tu punya stok ubat batuk diaorang dah masukkan dalam botol Coke.  Jilaka!

Aku tak tahan, mata pun letih nak terbukak. Kepala aku dah masuk waktu Maghrib, akal nak tergelincir dah. Aku pun lelapkan mata.“Bang, dah sampai”. Abang drebar bas sound aku. 

Tinggal aku sorang je dalam bas. Dah pukul 10. Cantik, sempat aku makan lagi. Aku bangun nak berjalan keluar. Pening, kepala masih berat, lutut rasa nak give in, nak give up. Tapi aku perlu teruskan. Kalau aku tidur kat Pudu, mungkin ada orang akan potong kemaluan aku dan jual aku kat Bangkok. Aku tak nak hidup aku berkesudahan begitu. 

Takper, aku makan dulu. Aku nak ambik wallet, eh dah takde. Alamak. Mana perginya wallet aku. Aku check dalam beg, takde jugak. Aiseh, hilang wallet lah pulak di saat-saat kritikal macam ni.

Dalam poket jeans aku ada siling, ada dua ringgit aku kira. Alamak, tiket bas pun dalam wallet aku. Habis, habis! Raya lagi 2 hari, aku ada kat Pudu tanpa tiket, tanpa duit. Semua orang pun tengah sibuk nak balik raya dan ramai yang dah balik dah pun. Zaman tu takde handphone la. Kepala masih berdenyut dan pemandangan pun blur. 


Dazed and Confused in Pudu

Tengah aku jalan pusing pusing kat seberang Pudu, ternampak aku kedai kuda.  Sekurang-kurangnya, aku boleh relaks fikir dalam aircond sambil hisap rokok. 


Tengah kepala pening, aku tengok diorang main mesin kuda.  Aku pun pernah terjebak jugak dulu tapi kejap je pasal aku memang tak terror berjudi. Lagipun judi tu haram. 

Aku masukkan syiling 20 sen, cuba nasib. Letak kat kuda 1-3. Lagu classic racing kuda pun keluar. Jeng jeng jeng, dapat 60 sen.  Aku pun masukkan 60 sen, cuba kuda 1-3 lagi sekali. Dapat RM 1.80. Wow. Wang aku berganda secara kuantum!


Manusia memang tamak. Aku pecahkan duit syiling aku semua ke syiling 50 sen, supaya aku boleh main betting lagi besar.  Mesin lain, crowd lain. We are with the big boys now.

Tiba-tiba aku teringat kata kata Chuck Palahniuk “ The only way to find true happiness is to risk being completely cut open” Mungkin tak relevan dengan kejadian yang aku sedang lalui pun sebenarnya tapi tu pun dah cukup untuk buat aku rasa hero. Dengan kepeningan yang tegar, aku masukkan semua duit aku dan bet untuk dapat 60 kali pulangan. This is it. 

Aku terbayang balik raya dengan adik beradik. Aku terbayang lemang dan mercun dan awek cun kat tepi kampung perasan bagus.  Aku mesti balik.Ting ting ting ting ting ting! Bunyi syiling jatuh kejutkan aku. Aku menang! Victory! Aku dapat 60 syiling 50 sen jadi aku dah ada 30 ringgit. Dengan pantas aku tukar duit kertas kat tauke kedai mesin kuda.  Aku pergi ke Pudu dan cari tiket ke kampung. Stok tiket dah habis tapi mamat runner yang aku jumpa cakap dia boleh kautimkan. 

Aku beli tiket 22 ringgit, 3 ringgit aku belanja makan nasi lemak bungkus dengan ais kosong dan 50 sen aku bagi kat pakcik tua India takde kaki mintak sedekah tepi jalan.

Sampai rumah kol 4 pagi. Aku happy. Dengan izin Allah, dapat juga aku beraya di kampung tahun ni. Syukur.


GULA DAN BULAN PUASA




Bulan Ramadhan elok sangatlah kalau kita kupas pasal pengambilan gula supaya takdelah perut sebesar tong dram bila nak raya nanti. Sedap memang la sedap ambil makanan yang berkandungan gula tinggi ni, tapi akibat pada kesihatan akan datang? Tau kan apa maksud DIABETES? Potong kaki derrrr. 

Apa itu GULA?

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. la wujud secara semulajadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman. Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan dari pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, cokelat, aiskrim dan beberapa bijirin sarapan. Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jenis-jenis gula

1- Gula semulajadi

Gula yang terdapat secara semulajadi dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

2- Gula tersembunyi

Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.

Kesan Gula Terhadap Kesihatan

Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.  
Mengakibatkan gangguan gastrousus.    
Menggalakkan pembentukan karies gigi.
Mengakibatkan kekurangan nutrien kerana kecenderungan individu yang mengambil berlebihan gula menggantikan makanan lain yang lebih berkhasiat.

Mohon selidik dulu jadual gula ni dulu. Jangan main hentam makan je. Itu ‘mentedarah’ namanya.

Kuih


Air

Air lagi banyak bikin panas letak gula. HAHA.


Jadi, rancang pemakanan anda. Aku ni bukan la Kevin Zahri, aku pemerhati. Yeaah!



Wednesday, 17 July 2013

Top Ten Biking Moments on screen


Watching bikes are the next best thing to riding them, but what should watch to let the thrill keep going up?


1- TT3D: Closer to the Edge
I can’t say enough about this documentary. Forget about the 3D bit, because the story is easily strong enough to carry the film without the whizz-bang technology – and has everyone actually bought a 3D TV? The 2010 TT will go down in history, and not all for the right reasons, and the film makers were here to record the whole lot. Amazing.



2- Faster
Fastest, by the same director Mark Neale. May be fresh out at the minute, but the original is still the best. An almost wet behind the ears Valentino Rossi gives fun and frank interviews about life on the 500s – “Mya first time ona five hundred a bit like – fak!” – with the supporting cast every bit as interesting and spectacular.


3- Top Gear
Top Gear? Yes, Top Gear. The 2008 Vietnam Christmas special was a glorious advert for bikes and where they can take you physically and spiritually. The trip from Ho Chi Minh City to Ha Long was an epic 1609.34 km journey on three of the shittest bikes you could buy  - the whole show was proof that 15m Vietnamese dong is enough to buy you the greatest adventure ever. 


4- On Any Sunday
Easily the most important bike the documentary up until the current crop, On Any Sunday (and its subsequent sequels) follows the lives of racers doing whatever they can to compete and win across a wide spectrum of America sport. It was even nominated for an Oscar (albeit in one of the categories no-one cares much about)



5- Easy Rider
A passage of rites for any biker, Peter Fonda and Denis Hopper’s road trip takes them across the Southwest of America in the search of freedom. 


6- The Doctor, The Tornado and the Kentucky Kid
As MotoGP returned to California in 2005, Mark Neale charted the home riders – and Mr V Rossi – as they approach the reincarnated Laguna Seca round. 

 

7- World’s Fastest Indian
Don’t get me wrong, the Indian is a bike. The story of Burt Monro, a kiwi who pushes his Indian ever faster is a great yarn, helped immeasurably by Anthony Hopkins’ portrayal.


8- Motorcycle Diaries
It turns out that one of the most important revolutionary’s in the world, Che Guavara, was into his bikes as a kid. Shame he didn’t keep it up in his later years. Anyway, a great true story, great scenery and bikes, too.


9- The Long Way Around
Inspired by Ted Simon’s book, Jupiter’s Travels, McGregor and Boorman’s original Long Way trip from London to New York, is better than the sequel – the Long Way Down. Through pampered, the trip is an entertaining and illuminating story that details the perils perfectly.


10- Fastest
Faster, Mark Neale’s latest project, isn’t quite up to the original, but who cares when sights and speed of race bikes plastered all over your 42-incher.


PAILANG MINGGU INI #2

Vlad the Impaler

Gambar 1 : Vladoslav Basarab aka Vlad III Dracula aka Vlad Tepes

Korang familiar tak dengan cerita fiksyen Dracula karya Bram Stoker? Kalau ya, pernah tak korang terfikir dari mana si Bram Stoker ni boleh dapat idea untuk tulis cerita pasal Dracula yang di mana legasinya berjaya menjadi salah satu ikon seram teragung dalam sejarah karya fiksyen. Bayangkan, karakter “Dracula” ciptaan Bram Stoker ini menjadi acuan atau “moyang” kepada vampire-vampire dalam karya fiksyen kontemporari. Tapi itu lah… “Dracula” jadi sangat la terkenal sehinggakan tidak ramai yang tahu asal-usul atau sumber ilham Bram Stoker dalam mewujudkan karektor “Dracula” ini. Siapakah sebenarnya “Dracula” ini? Siapakah dia yang sebenarnya di sebalik nama yang sungguh ikonik ini? Mari kita menyingkap karektor pailang sebenar yang menjadi ilham kepada “Dracula”.

Dracula adalah karektor yang diilhamkan dari seorang putera di wilayah Wallachia, Romania. Putera yang diberi nama Vladoslav Basarab atau Vlad III Dracula (1431- 1476) yang lahir di kota Sighisoara yang terletak di lembah Tirnava Mare, Transylvania pada tahun 1431. Vlad III juga dikenali sebagai Vlad Tepes atau dalam Bahasa Melayunya, Vlad Si Penyula (ya... bukan typo, bukan main-main. Itu memang gelaran yang diberi kepada beliau selepas kematiannya pada 1476). Ayah beliau, Vlad II mempunyai 3 orang lagi anak selain Vlad III, iaitu  Mircea II, Vlad Călugărul (Vlad the Monk) dan Radu III cel Frumos (Radu III the Handsome). Korang mungkin tertanya, dari mana datangnya nama Dracula kan? 

Medieval, “Order of the Dragon”

Vlad II adalah seorang ahli Order of the Dragon iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Maharaja Sigismund untuk mempertahankan agama Kristian dari musuh terutamanya orang Turki. Bijaknya si Vlad II ni, beliau join kelab brader-brader pro-Kristian versi medieval ini adalah bertujuan politik, yakni untuk merampas kuasa sebagai pemerintah Wallachia. Tengah syok-syok, dah feeling-feeling dan jakun ada geng sendiri ala-ala Geng Bas Sekolah, Vlad II bertindak untuk mengunakan “Dracul” (“The Dragon” dalam Bahasa Romania) pada namanya. Manakala, Vlad III, brader pailang kita minggu ini, mengunakan “Dracula” (“The Son of Dracul”) pada namanya apabila tiba giliran beliau menyertai “Order of the Dragon” dan beliau seterusnya dikenali sebagai Vlad III Dracula.

Brader Vlad kita ni, pada usia mudanya sudah mula memupuk sisi dirinya yang ganas itu. Pada usia 5 tahun telah menjadi pelatih kesatria dan mempelajari ilmu perang sebagai seorang kesatria Kristian. Suatu kejadian yang menjadi titik tolak kepada pembentukan peribadi beliau sebagai seorang yang membenci orang Turki dan mengasah sisi ganas nya berlaku pada usianya 11 tahun. Vlad III dijadikan tawanan politik Kerajaan Uthmaniyyah yang ketika itu diperintah oleh Sultan Murad II di mana beliau dan adiknya, Radu dijadikan tawanan untuk memastikan Vlad Dracul meneruskan pembayaran ufti tahunan sebanyak 10,000 ducats. Kedua-dua anak Vlad Dracul ini diajar ilmu logik, Bahasa Turki, Al-Quran, menunggang kuda, memanah dan berlawan pedang sewaktu dalam tawanan. Radu dalam sepanjang tempoh ini telah berjaya mendapat tempat sebagai orang kepercayaan kepada waris takhta, Mehmed Celebi, Vlad III pula menanam perasaan benci kepada orang Turki apabila beliau kerap kali dihukum kerana kelakuan beliau yang mempunyai kemarahan luar kawalan.

Pada November 1447, Vlad II dan anak sulungnya Mircea telah dibunuh apabila János Hunyadi menyerang Wallachia. Pada masa yang sama, Boyars of Tirgoviste (bangsawan Tirgoviste) memberontak dan menangkap, mendera, membutakan mengunakan besi panas dan kemudiannya menanam hidup-hidup Mircea. Nasib Vlad II tak kurang sadisnya juga. Vlad II walaupun berjaya melarikan diri, telah berjaya ditangkap dan dipenggal dengan kapak oleh pemberontak. Sadis... bapak dan anak nasib dua-dua sadis.

Selepas kematian bapanya sampai, beliau telah dibebaskan dan berusaha untuk menakluk kembali Wallachia dan berjaya pada 1456.  Pada perayaan Easter tahun 1456, Vlad Dracula menganjurkan sebuah majlis di mana beliau menjemput para “boyars” untuk makan malam bersama beliau. Tengah-tengah layan dok makan minum semua, Vlad tiba-tiba bertanya kepada “boyars”, berapa ramaikah “voivodes” (putera) yang telah memerintah sepanjang tempoh hidup mereka. Kesemua mereka berkata mereka hidup lebih lama daripada beberapa “voivodes”. Sejurus selepas memberi jawapan tersebut, para “boyars” yang tua, bersama keluarga mereka disula di tempat itu juga. Manakala yang lain diarahkan untuk berjalan 50 batu dan apabila tiba, dikerahkan untk membina semula dan membaiki kubu yang kemudiannya menjadi Istana Dracula. Setelah selesai pembinaan tersebut, mereka ni ingat boleh la bebas. Tapi malangnya, mereka telah disula di hadapan istana tersebut.

Gambar 3 : Menyula – Aktiviti kegemaran Vlad Tepes

Kekejaman Vlad Tepes ini tak berhenti takat sula-menyula sahaja. Antara cara-cara yang menjadi kesukaan hati Vlad ini adalah memancung, membutakan, mencekik, menggantung, membakar, merebus (pergh bunyi cam masak sup tulang pulak beb), menyiat kulit, mencucuk kedua-dua belah buah dada para ibu dengan kayu dan merodok bayi mereka dengannya (versi “nak nenen?” yang sangat-sangat sadistik). Tapi, menyula tetapi pilihan kegemarannya kerana ianya merupakan kesakitan yang amat dan mangsa mati dengan perlahan. Kadang-kala, mungkin untuk suka-suka, mangsa akan disula secara tunggang terbalik. Vlad Tepes selalu menyusun mangsa sulanya dalam pelbagai bentuk geometrik. Bentuk kegemaran beliau adalah bentuk bulatan. Manakala, ketinggian kayu pula mengikut pangkat mangsanya. Mayat mangsa selalunya dibiarkan berbulan dan selalunya beberapa ratus orang disula dalam satu masa.

Ada yang mengatakan pernah wakil dari Turki mengadap beliau tetapi enggan membuka turban di hadapan beliau diarahkan untuk dipakunya turban itu dikepala supaya turban tu tak boleh dibuka terus. Mak aih... itu memang geram betul. Tak nak bukak? Takpa, meh aku kasi kau tak boleh buka terus. Kalau ada yang nak buat palat dengan dia lagi teruk. Apabila pendatang dari Saxony merancang untuk memberontak, Vlad Tepes bertindak menyerang dan membakar kampung mereka dan juga mengerat penduduk sebuah kampung macam sayur kobis. Serius weh... sumber aku baca tu tulis kata macam kobis, “hacked to pieces like cabbages.” Agaknya lepas tu dia rebus “kobis” tu.

Bukan takat tu sahaja pailang dia. Dia sanggup makan sambil melihat mangsa-mangsanya disula di hadapannya seperti apa yang berlaku kepada penduduk Brasov. Apabila beliau melihat salah seorang dari “boyar”nya menutup hidung dek kerana bau yang amat busuk, beliau menyula mamat tu mengunakan kayu yang lebih panjang daripada yang lain supaya “mamat tu berada lebih tinggi dari bau busuk.”  Twisted gila beb... Vlad juga pernah membunuh, membelah rahim sehingga dada wanita simpanannya kerana dia berbohong dia mengandungkan anaknya. 

Yang tak tahannya, dalam berperangai sadistik macam tu, Vlad Tepes cuba melaksanakan kod moralnya dan amat menitik beratkan kesucian para wanita. Para gadis yang hilang dara (sebab kongkek luar nikah lah), isteri-isteri yang curang, janda-janda jalang akan dipotong keluar organ kemaluan mereka atau disula melalui vagina mengunakan pancang yang panas menyala. Orang gelandangan, papa kedana, peminta sedekah dan cacat pun tidak terlepas weh... dek kerana beliau melihat mereka ini memakan hasil dari penat lelah orang lain. Apa yang beliau buat dengan mereka ni? Beliau ajak datang majlis makan-makan, kasi jamu makan minum sampai mabuk, lepas tu kunci dewan, bakar dewan sampai hangus dan tiada yang keluar larikan diri. Itulah cara Vlad Tepes menghapuskan kemiskinan. 

Gambar 4 : Bukan selalu orang buat dedicated pamphlet untuk cerita kepailangan kau

Reputasi Vlad Tepes yang menggerunkan ini tersebar luas. Malah terdapat pamphlet yang bercerita tentang kekejaman beliau. Pergh.. ada pamphlet. Tapi sure bukan macam pamphlet ibu mengandung macam dekat klinik-klinik 1Malaysia. Kandungan pamphlet itu menceritakan berikut:

"He had some of his people buried naked up to the navel and had them shot at. He also had some roasted and flayed.

"He captured the young Dan [of the rival Danesti clan] and had a grave dug for him and had a funeral service held according to Christian custom and beheaded him beside the grave.

"He had a large pot made and boards with holes fastened over it and had people's heads shoved through there and imprisoned them in this. And he had the pot filled with water and a big fire made under the pot and thus let the people cry out pitiably until they were boiled quite to death.

"He devised dreadful, frightful, unspeakable torments, such as impaling together mothers and children nursing at their breasts so that the children kicked convulsively at their mothers' breasts until dead. In like manner he cut open mothers' breasts and stuffed their children's heads through and thus impaled both.

"He had all kinds of people impaled sideways: Christians, Jews, heathens, so that they moved and twitched and whimpered in confusion a long time like frogs.

"About three hundred gypsies came into his country. Then he selected the best three of them and had them roasted; these the others had to eat."

Gambar 5 : Sungguh pailang sampai muncul sebagai cameo dalam lukisan.

Kepailangan Vlad Tepes ini telah menyebabkan nama beliau yakni Vlad Dracula membawa makna lain iaitu “Devil” di mana ahli keluarga Dracul dikenali sebagai “Devils” oleh musuhnya dan rakyat jelata. Kegerunan terhadap Vlad amat la dahsyat sehinggakan Dracula itu dikaitkan dengan sesuatu yang jahat, malah beliau sendiri telah diabadikan dalam lukisan mengenai St. Andrew sebagai salah seorang dari watak jahat yang memujahidkan St. Andrews. Vlad Tepes punya la pailang, dia boleh pergi ambush askar yang dihantar Sultan Mehmed II untuk berjumpa beliau. Beliau kemudiannya menyerang kota kara milik empayar Uthmaniyyah dan memusnahkannya. Beliau mengutus surat kepada pemerintah Hungary, Matthias Corvinus menceritakan tindakan beliau.

“I have killed peasants men and women, old and young, who lived at Oblucitza and Novoselo, where the Danube flows into the sea, up to Rahova, which is located near Chilia, from the lower Danube up to such places as Samovit and Ghighen. We killed 23,884 Turks without counting those whom we burned in homes or the Turks whose heads were cut by our soldiers...Thus, your highness, you must know that I have broken the peace with him (Sultan Mehmed II)” 

Kisah kekejaman Vlad Dracula akhirnya tamat apabila tentera Turki menyerang beliau. Ada yang mengatakan beliau mati dibunuh oleh pembunuh upahan atau pembantunya sendiri yang telah dirasuah oleh pihak Turki. Kepala Vlad Dracula telah dipancung dan dihantar ke Istambul dan kemudiannya dipancakkan dengan pancang di tengah-tengah kota Istambul bagi semua untuk melihat bahawa Vlad Dracula akhirnya telah mati. Kisah yang menggerunkan yang telah menjadi inspirasi dan asas kepada salah satu ikon seram sepanjang zaman.